Petikan dari Harian Metro 26/1/10
KULIM: Sungguh menyayat hati apabila seorang bayi lelaki berusia 16 bulan maut selepas dipercayai tertelan puting semasa tidur di rumah pengasuhnya di Taman Jati, dekat sini, kira-kira jam 3 petang semalam.Difahamkan, ketika kejadian, mangsa Ahmad Shaqif Firdaus Yuzamberi dari Taman Sri Petaling, di sini, dikatakan sedang menghisap puting sebelum tertelan bersama pemegang puting berkenaan.
Menurut sumber, pengasuh berusia 30-an itu, terpaksa memegang puting dengan jarinya untuk mengelakkannya terus ditelan mangsa sebelum dia membawa bayi berkenaan ke hospital untuk rawatan kecemasan.
“Bagaimanapun, bayi terbabit meninggal dunia selepas berada beberapa minit mendapat rawatan di wad kecemasan Hospital Kulim (HK) dipercayai akibat kesesakan nafas,” katanya.
Difahamkan, sebelum kejadian, pengasuh bayi terbabit menjenguk Ahmad Shaqif dalam bilik kerana terdengar seakan bunyi benda tersekat sejurus beberapa minit bayi itu tidur.“Pengasuh terbabit terkejut dan panik apabila melihat puting terbabit berada di dalam mulut bayi berkenaan.
“Untuk mengelakkan puting itu masuk lebih jauh dalam tekak mangsa, pengasuhnya terpaksa menggunakan jari untuk menahan puting berkenaan sehingga ke hospital,” katanya di sini, semalam.Sebelum dibawa ke hospital, bayi terbabit dibawa ke pusat kesihatan Taman Selasih untuk rawatan lanjut.
“Bagaimanapun, selepas mendapat rawatan lanjut di situ, pihak pusat kesihatan meminta kes ini dirujuk ke HK dengan ambulans untuk dirawat di wad kecemasan,” katanya.Namun, katanya, ketika dalam perjalanan ke Hospital Kulim, tubuh bayi terbabit berubah kebiru-biruan.
Difahamkan, pengasuh terbabit terus memaklumkan kejadian itu kepada ibu bapa bayi berkenaan yang masing-masing bekerja di sebuah bank di Prai dan Bukit Mertajam, Pulau Pinang, mengenai kejadian malang yang menimpa anak tunggal pasangan berusia 33 tahun itu.
Difahamkan, kedua ibu bayi bayi malang itu tidak membuat sebarang laporan polis dan tidak membenarkan anak mereka dibedah siasat pihak hospital.Jenazah Ahmad Shaqif akan dikebumikan di kampung keluarganya di Kampung Kedah, Parit Buntar, Perak, hari ini.
Bagaimanapun, ibu bapa bayi itu enggan ditemuramah kerana terlalu sedih dan masih terkejut dengan kejadian yang menimpa anak mereka.
**************************************************************************
Ya Allah... macam-macam boleh berlaku. Kebanyakan kes baby mati adalah semasa tidur. Tercekik puting la.. tercekik susu la.. dan bole juga lemas akibat terhimpit dgn bantal atau pun diselubung selimut. So kita sebagai ibubapa perlu lebih berhati-hati agar tidak berlaku kejadian tak diingini.
Kita sebagai ibubapa dan mungkin juga anda adalah pengasuh.. jangan dibiarkan bayi tertidur dgn botol susu atau puting di mulutnya... Yang penting kalau baby tu tgh menyusu botol, pegangkan la botol tu. Beri sepenuh perhatian. Kalau baby tu isap puting hingga tertidur, keluarkan lah puting tu sebaik baby tidur.
Nauzubillah.... kesian anak yang tidak berdosa.
Tuesday, January 26, 2010
Bahaya puting kosong kpd bayi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
tu la takutnya bila dgr berita cenggini..Arif sllu mamanya biarkan jer dia menyusu sndiri time terjaga mlm..sedar2 botol susu arif dah baling sebelah...huhu..kena ubah tabiat la ni!
ishhh jgn gitu. bahaya. mmg kena ubah tabiat ni tau. takut u terlelap n tak sedar je nanti.
2 la sue takut kan.. kami pun ader baca...mujur la anak2 x isap puting.. tp menda nak jadi... p/hal puting tuh besar gak kan rasanya
As.. mmg ngeri rasanye. nsb baik masa damia dulu tak pernah pa pe. damia isap puting smpai umor dia 1yr 9bln tau.. tp nasib baik khalish tak mo puting langsung.
as..tak sume puting besar tau. ade yg kecik. sbb penah beli utk khalish brand mam. bila khalish isap.. mcm sumeee puting tu nk masuk dlm mulut dia. puting tu lak takde ring. so bila da tgk camtu, terus stop. lgpun khalish mmg takmo. kite je dok bagi nk suh dia diamm. eheheh
Post a Comment