Wednesday, March 31, 2010

Misi membeli-belah

Tak plan pun nk celebrate. Hari Jumaat sebelum balik kerja, called abang dan inform dia yang aku just nk buat simple celebration. Dalam kepala, just beli kek dan masak laksa. Jadik la...

So hari Sabtu pagi plan nak ke Tesco tapi mak ajak ke pasar Ampang. Beli sikit barang basahan harian dan sikit untuk jamuan esoknya. Seronok sekali sekala ke pasar. Barang fresh. Lagipun pasar situ bersih dan tak de becak2. Kalau ke pasar Pudu alamatnya memang aku pakai seluar buruk je la.. Hahaha...


Khalish masa kat pasar tu da mengantuk sebenarnye sebab bangun pagi sangat.

Muka pun muka toyeee je.. cian anak ibu ni!




Damia, memang teruja kalau jumpa ikan keli. Dia suka tengok ikan tu bergerak2.

'Ini apa, bu? Leh mamam tak?'



'Ermmm cedapp je buah ni'



Masa hantar separuh barang ke kereta, Damia sibuk nak call ayahnya. Pastu nak telepon kena gi jauh2. Ni memang sebijik gaya ayahnye kalau tgh jawab call.


Masa nak keluar dari kawasan pasar tu, ternampak orang jual anak2 ayam itik kat tepi pagar pasar. So parking kereta kat tepi dan bawa Damia ngan Khalish tengok anak2 ayam tu. Comel!

Damia nak! Dia geram.. tapi kat mana nak bela..






Khalish pun teruja tengok anak2 ayam/itik/angsa



Pastu ke Tesco Xtra Cheras pulak. Mencari barang2 lain.




Excited sungguh!!!










Ok.. nanti sambung lagi. :)


p/s: macam tak kena tajuk tu kan?


Tuesday, March 30, 2010

Double Celebration!!




Cerita kemudian. Ada meeting sebentar lagi :)
Lagipun gambar2 yg lain dalam camera anak buah. Kena tunggu dia email dulu.
Ini dr henpon ku. Snap sebelum majlis.
Damia sangat2 enjoice!
Khalish teruja tengok kek.. tapi ketakutan bila belon meletup.
Daa~

Friday, March 26, 2010

Wanita sarat mengandung dihempap kren (Allah Maha Besar..)

Minggu lepas terima email dari staff. Owh staff saya sungguh rajin fwd2kan email. Tapi baru hari ini berkesempatan untuk buka dan baca. *membuktikan saya sungguh sibuk dan menyibuk di pejabat*

Ini saya copy & paste dari email saje ye. Mudah. Ringkas. Padat :)


Bermulalah kisah......
Hanya kematian yang dapat dibayangkan oleh semua pengguna jalan raya bila menyaksikan kejadian ini....

*tidak pasti bila kejadian ini berlaku*



Bila mendapat Maklumat ada kemalangan ngeri yang melibatkan 5 buah kereta dansebuah kren yang telah terbabas lalu merempuh kenderaan yang sedang melalui jalan ini dan kenderaan yang sedang berhenti di lampu isyarat...


Akhirnya dapat dilihat kerakusan kren menerjah kesemua kereta yang melalui jalan ini....



Kia spectra yang di pandu oleh seorang ibu dengan anaknya...



Gen2 juga di pandu oleh seorang ibu yang baru balik kerja...



Akhirnya apa yang dikatakan kemalangan maut terjawap......Sebuah kereta wira terperosok dibawah kren...










Lihat lah kerakusan Kren yang menerkam kereta yang di pandu oleh seorang Ibu yang sarat mengandung dan hanya menunggu masa untuk melahirkan anak..... Cuba anda bayangkan kedudukan dan situasi ibu ini sekarang.....MAUT mungkin sedang memanggil......YA ALLAH.....
*saya sungguh membayangkan pemandunya cedera parah atau telah menemui ajalnya*





Suami yang mengetahui kemalangan yang melibatkan isteri tercinta hanya mampu berserah dan memanggil nama isteri tercinta......dan bertawakal...serta berserah padaALLAH yang MAHA KUASA....







Akhirnya dengan KUASA ALLAH satu keajaiban terjadi......Si Ibu yang terperangkap dibawah Kren meminta TOLONG!!!!!!!........

Usaha Terus Ditinggkatkan bagi dapat mengeluarkan Si Ibu dengan segera.......Pihak bomba cuba sedaya upaya dan dengan segala kelengkapan yang ada cuba mengeluarkan mangsa dengan segala kemahiran yang ada.....











Akhirnya wajah Si isteri dapat dilihat.......



Tuhan saja yang tahu bagaimana sedihnya Hati Si Suami melihat keadaan Si Isteri....yang tersepit dibawah Kren.....YA ALLAH...




Kata-kata semangat dan ayat suci Al-Quran yang mampu Si Suami bagi pada Si Isteri agar ia terus bertahan dan sabar......Insyallah dia akan selamat

Pihak Bomba terus meningkatkan Usaha!!!!






Akhirnya Bumbung kereta berjaya dipisahkan dari kereta....





" YA ALLAH......"



Bantuan Sebuah Kren diperlukan bagi mengangkat kren yang menghempap kereta Si Ibu ini......dan mengeluarkan kereta ini dari bawah kren...









AKhirnya wajah tenang Si Ibu dapat dilihat apabila kren yang menghempapnya di angkat dan kereta mangsa di tarik keluar oleh orang ramai...




Dengan berhati-hati pihak Bomba mengeluarkan "Ibu Yang Sarat Mengandung"













Pihak Pramedik memberi bantuan pada Si Ibu agar Si Ibu dan Bayi dalam kandungan Si Ibu selamat


Jika dilihat dari keadaan kereta ini mungkin kematian yang kita akan jangkakan....Tapi " Ini yang disebaliknya....Dengan Kuasa ALLAH".....Subhannallah...





***************
Ngeri! Sungguh ngeri! Sambil melihat gambar2 tersebut, mulut saya tak henti2 berdoa agar Allah jauhkan kami anak-beranak daripada bahaya sebegini. Takut. Apatah lagi setiap hari saya berulang-alik dari Cheras(dekat Pandan Indah tu) ke Kajang. Bersama 2 orang anak kecil yang amat saya sayangi.
Selalu saya ingatkan suami. Berhati-hati semasa memandu. Terutama sekali jika saya dan anak2 turut berada dalam kereta. Kadangkala hati lelaki ni panas. Orang tunjuk lagak, dia pun tunjuk lagak. Sampai pernah saya kata :
'Ayang tak kisah abang nak bawak laju mana pun.. tapi pikirlah siapa yang bersama abg dalam kereta sekarang. Fikirkan lah keselamatan anak dan isteri. Kalau abg seorang, ayang tak kisah'
ye ke tak kisah? Sebenarnya... memang saya ambil kisah. Siapa tak sayang suami, kan? :)
Dan selalu juga ingatkan diri sendiri dan suami, kadang2 kemalangan berlaku bukan sebab kecuaian sendiri. Tapi selalunya sebab kecuaian pihak lain. macam kes di atas lah. Disebabkan kecuaian kren tu, berapa banyak kereta jadi mangsa? Dan syukur Allah melindungi wanita tersebut. Syukur pada Mu, ya Allah.

Wednesday, March 24, 2010

Saya sokong KEMPEN '90 DAYS FOR MUM'

Salam

Korang, korang rasa cuti bersalin 60 hari tu cukup tak? Pada saya, tak cukup! Sebab baru 2minggu habis pantang dah kena masuk kerja. Pastu pulak buatnya masuk2 kerja, melambak2 fail atas meja. Fuhhh..... Pastu kesian baby kan? Baru nak manja2 da kena tinggal...

Ni sempena Hari Wanita Kebangsaan 2010, NUBE ada buat Kempen 1 juta Tandatangan untuk menyokong cuti bersalin diberi 90 hari dengan bergaji. Kalau dibandingkan dengan beberapa negara Asean, Malaysia ni sikit je cuti bersalin yang diberi iaitu 60 hari. Alangkan Singapore pun bagi cuti selama 112 hari.

Saya sangat2 sokong kempen ini. Sebabnya:

  1. Ibu boleh luangkan masa lebih banyak bersama bayi
  2. Ibu dapat rehat yang secukupnya
  3. Ibu boleh menjayakan penyusuan susu ibu
  4. Tempoh 60 hari tu belum menjamin ibu tu pandai menyusukan anak dengan susu badan
  5. Bagi ibu2 yang melahirkan anak pra-matang atau ada komplikasi pada anak atau sebagainya memang memerlukan cuti yang panjang
  6. Masalah kesihatan ibu itu sendiri. Mental, emosi. Dalam pantang bukannya boleh rehat sepenuhnya...
  7. Dan macam2 lagi lah yg penting SAYA SOKONG KEMPEN 1 juta Tandatangan untuk '90 DAYS FOR MUM'

Dan kalau kawan-kawan tak kira lah yang belum/sudah berkahwin, belum/sudah ada anak, ibu2 bapa2, anak2.... mari lah kita jayakan kempen ini. Tak susahhh... Cuma klik SINI dan isi petition di bawah sekali.

Tuesday, March 23, 2010

18kg?

Salam

Nak update tapi takde idea. Nak blog pasal nuffnang punye gatsby street fair, pun tak ada idea. Blank. Blur. Entah apa-apa.

Dah masuk hujung bulan, macam ni la.. makin busy sebab meeting memanjang. Sampai mengantuk2 la dalam meeting tu. Malam tadi pulak, pukul 4.30pagi khalish bangun menyusu. Lepas tu taknak tido dalam cot. So letak la kat sebelah, sambil menyusukan lagi kot2 dia nak tido. Tau-tau je terasa rambut2 tertarik2. Rupanya khalish dok pijak2 rambut... sambil berdiri pegang kepala katil. Dia tengah cuba nak buka suis lampu. Suis tu atas kepala katil je..jenis yg pusing2. SUka la dia sebab da pandai on lampu. Hmmm...

Pastu bila letak balik nak suruh dia main dlm cot, nangis sekuat-kuat hati. Mata da la ngantuk. malas mau layan sebab takut tak sedar nanti jatuh katil pulak. Ayahnya ambil, letak kat sebelah *ayah tido bawah sebab katil dah di konker dek gadis2 ayu* pun tak jalan... sebabnya khalish masih merengek2 nangis sambil berdiri tepi katil tepuk2 ibu. Adehhh adik ni. Last2 pukul 6pagi baru dia tido. Huhu...
Dalam kepala ada banyak benda. Itu ini disitu disini... Hmm..
Ok la..sedikit update perkembangan khalish:
Umur setahun
Berat badan 9.7kg (naik 200gram sahaja banding dgn bulan lepas)
Panjang 81cm
Damia pulak,
Umur 3 tahun
Berat badan 18kg
Tinggi 102cm.
Ikut pada graf, berat damia tu nak cecah ke area merah. Means nak terlebih berat. Tapi aku tanya nurse tu, adakah graf tu ikut ketinggian jugak. katanya tidak. Tapi graf baru ada ikut tinggi. Ermmmm aku rasa berat damia tu ok kot dengan ketinggian tu. Sebabnya kalau ikut average budak yang umur 5tahun, ketinggian utk budak2 perempuan adalah 102cm. Sebab itu lah jugaaa ada jiran2 dok tanya, damia sekolah kat mana sebab dorg ingat damia sudah masuk tadika. Hehehe..

Wednesday, March 17, 2010

No bday party ke??

Menjawab pertanyaan yang datang dari beberapa orang - tak buat bday party ke?

Oh..bday tu disambut, tapi party tu belum diadakan lagi buat masa ni. Birthday damia sudah disambut secara kecil-kecilan. Tapi itu pun cuma pre-party aje sebab ada family yang tak dijemput masa tu. Ohh jangan kecik ati ye.... cuma masa tu makan main2 je. Hehe..
Cuma masih rasa bersalah kalau tak celebrate birthday Khalish yang ke-1 ini. Masa damia dulu, excited! Walau majlis yg biasa-biasa aje.. tapi bajetnya cecah ratusan ringgit juga. Tapi hati ini meronta juga untuk celebrate bday Khalish. Memang dia tak faham lagi, tapi nilai gambar yang ada gambar khalish memakai party hat.. dengan kek angka 1... adalah sgt2 berharga! Sebab yg saya punye dulu pun masih ada disimpan. Kek angka 1 jugak....
Tapi memandangkan bajet constraint sebab ujung bulan ini kami akan berpindah rumah.. dan da tentu nak masuk rumah memerlukan bajet tertentu, makaaaaaa... oh bukan takde celebration.. tapi mungkin akan ditangguhkan ke bulan 4. Celeb kat rumah baru (bukan baru yg betul2 baru ok..) sure lagi best kan...
Dan biasa la.. being me.. kalau nak buat apa2 mesti nak perfect. Ibaratnya kalau gunting kertas ikut any shape, mesti tak leh ada mistake! Walaupun benda nak dibuat tu cuma yang biasa2 aje. Yang penting, sedap mata saya memandang. Apatah lagi kalau celebrate bday tu nanti adalah untuk 2 orang kanak2 kecil. Oh ye... utk bapak kepada kanak2 itu.. nnt kita citer lain ye bangg... :D
Tentang hadiah.
Untuk damia dan khalish, sudah ada perancangan tapi belum dibeli lagi. Tunggulah semuanya dah setel. Yang penting hadiah untuk diri sendiri dulu mesti ada yea bangg.. Hahaaha... nak masuk rumah, yang penting adalah PETI SEJUK!!!!! Sebab nak simpan stock ebm khalish. Itu kena setell kan dulu. Sorry ye anak-anak.... :D
Untuk en.suami, pun sudah ada perancangan. Tapi haruslahhh dirahsiakan dulu. Dan yang penting, abang pasti suke nanti! Hehe.. doa2kan je la biznes ayang ni berjaya ok.
Ermm ok lah. O-yea... umur khalish sudah setahun tapi dia masih belum berjalan. Semalam hari jadinya, baru dia pandai berdiri sendiri tanpa pegang apa2. Bravo0o0!!! Dan yang penting, dia nak makan makanan kakaknya je.. da besar kottt.. bubur sendiri tanak makan. Nak makan org besar punye. Adoiiyaiii... bila tak bagi, merajuk2 siap hentak2 kaki dan baring kat lantai sambil tutup muka kat lantai.. UWaaaaaa... tak tahan ibu tegelak tekekek2. Selalu dibiarkan aje sbb COMEL ok...!! Ihihi...

Tuesday, March 16, 2010

It's My Boy's Birthday!!!!!

Hari ini.... setahun yang lalu..

newborn







1 month




2 months




3 months





4 months



5 months






6 months







7 months






8 months









9 months


(masa ni da pandai conteng muka sendiri dgn kaler pencil)







10 months








11 months















Dan sudah genap SETAHUN daku menyusukan Khalish. Baru separuh perjalanan. Lagi separuh harus dituju! Semoga Allah permudahkan segalanya bagi ku.. AMiinnn...