Tuesday, March 23, 2010

18kg?

Salam

Nak update tapi takde idea. Nak blog pasal nuffnang punye gatsby street fair, pun tak ada idea. Blank. Blur. Entah apa-apa.

Dah masuk hujung bulan, macam ni la.. makin busy sebab meeting memanjang. Sampai mengantuk2 la dalam meeting tu. Malam tadi pulak, pukul 4.30pagi khalish bangun menyusu. Lepas tu taknak tido dalam cot. So letak la kat sebelah, sambil menyusukan lagi kot2 dia nak tido. Tau-tau je terasa rambut2 tertarik2. Rupanya khalish dok pijak2 rambut... sambil berdiri pegang kepala katil. Dia tengah cuba nak buka suis lampu. Suis tu atas kepala katil je..jenis yg pusing2. SUka la dia sebab da pandai on lampu. Hmmm...

Pastu bila letak balik nak suruh dia main dlm cot, nangis sekuat-kuat hati. Mata da la ngantuk. malas mau layan sebab takut tak sedar nanti jatuh katil pulak. Ayahnya ambil, letak kat sebelah *ayah tido bawah sebab katil dah di konker dek gadis2 ayu* pun tak jalan... sebabnya khalish masih merengek2 nangis sambil berdiri tepi katil tepuk2 ibu. Adehhh adik ni. Last2 pukul 6pagi baru dia tido. Huhu...
Dalam kepala ada banyak benda. Itu ini disitu disini... Hmm..
Ok la..sedikit update perkembangan khalish:
Umur setahun
Berat badan 9.7kg (naik 200gram sahaja banding dgn bulan lepas)
Panjang 81cm
Damia pulak,
Umur 3 tahun
Berat badan 18kg
Tinggi 102cm.
Ikut pada graf, berat damia tu nak cecah ke area merah. Means nak terlebih berat. Tapi aku tanya nurse tu, adakah graf tu ikut ketinggian jugak. katanya tidak. Tapi graf baru ada ikut tinggi. Ermmmm aku rasa berat damia tu ok kot dengan ketinggian tu. Sebabnya kalau ikut average budak yang umur 5tahun, ketinggian utk budak2 perempuan adalah 102cm. Sebab itu lah jugaaa ada jiran2 dok tanya, damia sekolah kat mana sebab dorg ingat damia sudah masuk tadika. Hehehe..

4 comments:

Unknown said...

damia ni mesti cam akid gak. jenis panjanggg.. hahaha.. memang jenis besar nih...

akid dulu..masa dalam pantang pon org ckp mcm dah lepas pantang.

Unknown said...

huhu.. ingatkn Sue turun berat 18 kg.. rupe2nye si damia beratnye 18kg ye.. bleh thn anak dara tu.. Farish br 15kg dah rase berat yg amat.

mamaarifakeemaisy said...

wooo..semangat dan tingginya khalish ni..kalah dak ayep! hehe... mmg skrg ni diorang suka la sgt berdiri dan ingt nk main je, cam dak ayep tu..huhu..

kak damia pun leh tahan eh! janji diorang sihat, oklah!

Sue said...

Jujue:
Yup mmg jenis baka besar. Hehe... Tapi masa lahir mcm org lain juga. Damia 3.35kg.

********

Fiza:
ahaha sowii.... kalau berat sue yg turun 18kg tadi mmg best sgt2 la kan.

********
mamalieyna:
yup khalish mmg tinggi. Bila ukur dgn anak sedare dia yg umur setahun lebih, khalish lagi tinggi dan besar. Baka... nk wat cemana. ekekkeke...