Friday, April 30, 2010

APC dan Kuching

Hnssfff........ penat taip pjg2 tadi tp bila nk publish abis sume ilang. takpe... sabar..sabar...

Apa pun skang da lega sikiiittt la. Pasal Majlis Apc pun da selesai. Majlis telah diadakan pada 29hb kat Oriental Crystal Hotel, Kajang. Aku, ajk Jamuan. Yg liase dgn pihak hotel ttg tempahan, menu makanan dan lain2 yg berkaitan. Alhamdulillah everything goes well. Part makanan, sedap la cuma biasa la, time food test rasanya lain, bila hari function rasanya lain sikit. ehehe...

Pastu grand ballroom nye pulak tak la besar sgt. Just muat utk tak sampai 50 table. So the rest, kena duduk luar ballroom, tapi ada la tablenye kat situ. lagipun staff2 esp buruh ni, yg muda2 la...lagi suka duduk situ sbb tak la protokol sgt. Pastu, time makan pulak mmg lambat. hi-tea katakan. tunggu pulak acara penyampaian anugerah dulu. Makanya, kat table luar, bebudak tu da sebat dulu makanan yg ada. Nak buat cemana, manusia, takkan nak halang. Kot dia mmg tak makan tghari kan...mmg kebulur la nk tunggu smpai 3.30 baru nk makan. Kalo anak kambing ke.. bole la kita nak halang2 tak bagi makan ehehehe...

Kita cite ni, selang seli dgn gamba la ek. baru bestt....


Ni masa kat hospital yg dpt surat refer dr doc klinik tu. Sejukk gile ekon dia. Mmg tak tahan tapi nsb baik skang ni dia da sediakan selimut utk budak2 n warga emas.

*konon2 ayah mithali la kan...? ehehe thx abg coz tlg gak jaga anak2*




Masa ni kat jusco maluri. kat ruang legar ade promotion brg2 it. ini dia buat mcm studio la. actually dia nk promote printer dia yg leh print gambar. brand canon. mulanya aku snap guna hp je ni. pastu budak promoter tu dtg nk amik pic kitorg. tapi damia malu2 kucing la pulak. so dpt gmbr khalish yg tak reti dok diam je la. n budak tu terus print n dpt la 1 copy. tak tepek sini sbb nk kena scan dulu..alahai leceh la nk scan2 ni.



Ok. ni masa Apc. Me n my best buddy, zalinda. Masa smpai, majoriti da masuk dewan tu. so aku just letak je la kitorg punye doorgift kat meja yg paling dkt dgn pintu masuk. then bila suma da kena masuk, tgk meja tadi tu pegawai2 juga la yg duduk. ada la 3-4kusi yg kosong. Bole je duduk. Tapi aku teringat pulak somebody yg ada inform aku masa kt luar tu yg ada table kt tgh byk seat kosong. pastu nampak pulak pegawai yg dok lambai2 kitorg suh duduk meja diorg.


So aku apa lagi, drp duk bersempit2.. pastu mcm crowded sbb nnt penerima anugerah nk lalu2 situ lagi... aku ajak la zalinda dok kt blkg. Huh...heaven betul dpt dok tempat yg selesa.... makan pun tenang je. ehehhe...


Tema adalah BIRU dan HIJAU.

Air pun kita request kaler hijau.

*tahun depan kita cadang buat tema arabian nite pulak ye. tak pun garden party. ok wattt.. tempat lain ada buat tema2 ni?? takde de.. ekekekke*


Ni masa kat pintu masuk. Aku pakai jubah je... ingat senang nk tgk aku pakai jubah? setahun sekali pun mmg takde tauu!! walopun kitorg pakai simple2 je ni..tapi kitorg tau ada gak mata2 yg memandang keanggunan kami. ahahaha... yea.. kami tahu siapa anda yg memandang kami :D


Ini adalah barisan : pengarah perbendaharaan . Pen. pengarah pelesenan. pengarah audit dalam



Ok sudah. cukup pasal apc. next week start audit iso. seminggu. Tapi linda... ko tak yah la nk pening2 kepala yea. packing je la beg2 kau tu.. selamat bercuti ke Disneyland HK ok. Jgn lupa souvenir utk aku kena lebih2. ni mmg kena font besar n kaler, nk bagi ko nmpak bila baca, ye linda...ehhe


Minggu lagi satu pulak, aku akan ke kuching. Ada retreat A.Majlis. dekat 50 org gak la yg pegi. Alahai... maknanya aku akan tinggalkan lagi anak2 aku. Iskk iskk.... Teringat pulak kisah masa aku nk kursus baru2 ni. Plan asalnya, mcm yg aku ada cite, nak letak khalish kat rumah babysitter. Damia, ayah dia yg jaga n katanya nak bw balik kg sbb ada keje kat sana. tapi sehari sebelum tu, tetiba ayah dia kata camni: 'mak suruh bawak balik damia & khalish ke kg, mak nak jaga' aku mcm..biar betul? sebab aku pun mmg tau, mak mertua bz meniaga kedai makan, macamana nk jaga budak2 ni. adik ipar pun tlg mak diorg meniaga. aku taknak la menyusahkan diorg pulak nanti. lagipun tak penah lagi tggalkan khalish kt sana. damia da besar, tak susah sgt nk jaga.

khalish masih kecik. pulak tu fully bfeed. nak uruskan susu dia, nak cairkan, nak panaskan, semuanya ada peraturan. pastu, sape2 yg da ada anak mesti tau bila anak da ada stranger anxiety atau separate anxiety *kalu tak tahu tlg la google* mesti kita sbg ibu ni, was-was samada org bole jaga ke anak kita, atau anak kita ni boleh ke terima org lain yg jaga dia.

tapi bila hubby da yakinkan yg budak2 tu akan ok..dan mak dia yg nak sgt jaga.. so aku pun turutkan aje la. ye la kan... kesian pulak kat mertua yg rindukan cucunya. tp mertua aku sibuk kt kedai. so adik ipar la yg byk tlg jaga *tima kasih byk2*.

Tapi utk ke kuching ni, aku da inform hubby. kalu nk antar balik kg lagi mmg susah sikit la sbb isnin tu kul 5pagi da kena ada kat office. flight kul 8pagi. balik pulak, depart dr kuching kul 6ptg kot. so arrival dlm 8.30pm. kalu camtu mmg susah la sikit nk antar anak jauh2. lagipun tadi da ckp dgn babysitter. dia suke je nak jaga khalish. n dia pun ada ckp yg dia takde masalah nk jaga damia sekali. alhamdulillah.......

so skang ni, aku kena pulun pam utk cukupkan stock ebm nak tinggalkan bsama2 khalish nnt. oh tadi sempat pegi Jusco Bdr Mahkota Cheras. Ada store GNC kat sana. So for the 1st time, aku telah beli fenugreek. production takat ni takde la masalah. tapi sbb nk pulun pam so aku try la. nnt aku inform keberkesanannya ok!

n pasni nk study kat susuibu.com pasal nak transport ebm. memandangkan retreat ni selama 4 hari, so ada susu yg aku perlu bekukan. so aku estimate stock ebm yg aku dpt pam kt kuchg nnt lebih 50oz. so aku perlukan container/coolman box yg sesuai dan nak beli techni ice byk2. harap2 selamat la susu aku.

Eh pastu nk tanya...kalau bawak ebm naik flight (hand luggage) imigresen cek takg??tlg la kwn2 yg ada pengalaman tu ye..... ok...esok hari cuti, dan nk ucapkan:

SELAMAT HARI PEKERJA :D








Wednesday, April 28, 2010

tak sempat

nak update. Bizi. ni tau2 dah kul 5.15pm. 3 malam tak cukup tido ni. Malam tadi nasib baik ok sikit la.. khalish tak meragam. 2 mlm sblm ni mmg asyik menangis je dia nk tido. tak selesa agaknya sbb selsema n batuk kahak. kalu kita kena pon mmg tak selesa, inikan budak. nak ckp tak pandai, nangis je la jwbnye...

mlm tadi, bw skali lagi ke klinik. ni da 3 kali pegi. isnin malam tu pegi gak klinik kul 12.30am sbb khalish nanges2 tak leh tido. bunyik kahak. nk minta neb tapi doc kata tak perlu. just bg ubat je. mlm tu even da bg ubat pun still tak leh nk tido.

so mlm tadi lepas dinner, bwk jugak ke klinik razak. tapi doc lain, bukan doc razak atau doc hanafiah yg hari ahad tu. so doc ni suh amek neb. mlm tadi jugak baru aku dpt tido yg agak sedap even terjaga juga beberapa kali melayan tangis khalish. ni pun nasib baik ayah dia ada so boleh la ayah tlg layan kak damia. ermm mlm ni, ayah takde. sian la damia nnt kena uruskan diri sendiri. mujur dia da pandai berdikari.

ok, just letak 3 kpg pic je. bagi berseri2 sket blog ni. ekekekeke...


ni dlm cable car ke genting highland.
kejap ku tgk, ok je bila pakai tudung ni.
kejap tak ok.



Berebut nak naik kete ni padahal byk lagi kat sebelah2 tu.
khalish pon da boleh tahan tanak mengalah...


ni la hotel kat genting view resort. cantik jugak. tapi byk habuk jugak.
tidak laaa aku dok sorang2 kt dlm ni. bilik ade, tp aku dok kt bilik org.
ehehehe

Ok. nk g tesco beli brg n fetch damia n khalish. bye.

Thursday, April 22, 2010

Genting View resort

Saya skarang berada di bilik di Genting View Resort. Saya tau akan menginap sorang sebilik, tp tgk kat web, room ni jenis apartment yg dlm tu ada bilik2. tapi rupanya mcm hotel jugak... siap ada sofa bagai. kalau la tau camni, sure ku bwk si ajan n anak2 kat sini.

semlm, sebelum check in, sempat ke Kota Keriangan. Sebab damia n khalish pon ikut sekali so bwk la dorg jalan2. Seronok! Damia nanges2 masa nak naik skyway. Sungguh penakut. Khalish tak tau apa2. relax je la.

Kat atas tak main sgt pun. Jalan2 je. damia pun tak nak main. Cuma ada la naik menatang ape tah yg ade bentuk dragon, whale dgn bunga2 tu.. yg tergantung ala2 kabel car tu. tapi b4 tu mood damia da spoiled sbb dia ternampak hantu. 2 ekor pulak tu. dok jalan2 kat bawah ripleys believe it or not. Melalak la ape lagii. Mmg betul2 rosakkan mood anak dara aku je la hantu ni.


Ok. nak upload gambar tapi nak kena kecikkan size dulu. laptop ni takde photoshop la pulak. nk dload malas ahh.

Ok kawan2. Saya dlm proses nak clearkan wardrobe. Tapi nak letgo baju2 maternity. Wahh gaya mcm da tutup kilang kan? Mungkin tidakkkkk *Linda, jgn marah dgn statement i okey* Cuma tidak untuk 2thn ni kot... so drp disimpan smpai reput baiklah di jual sahaja
Brand MODERNMOM XL
*SOLD*



Brand Scarlet L (stretchable)
Code: zebra
*available*
RM25

Brand Scralet XXL
*SOLD*


Brand Scarlet XXL (NEW!)
Code: MW maroon
*Available*
RM30



Brand Scarlet XXL
*SOLD*




Brand Scarlet XXL
Code: MW Kebaya
*Available*
RM25




Brand Scarlet XXL (used less than 5 times)
Like new!
Code: MW Stripe red
*Available*
RM 25




Brand MODERNMOM XL
Code: MW Modernmom
*Available*
RM30



Kalau ada yg berminat bole contact :
017-276 8818

Sue

Harga bole nego!
.

Monday, April 19, 2010

Entry mcm rojak!

Cute takkkk?
Khalish kegelian tgk sugar glider. Siap gigil2 lagi badan dia.. ehhe
*abaikan walker yg da kepam tu, tapi bila da cuci, bersih balik :D*



Siap posing pandang muka ibu, dan tangan pun pegang ekor sugar glider.
Pas snap terus dia jadi penggeli siap gigil2. eekekekke


Ms. World From China....
Masa ni bila tgk balik gmbr dlm phone, waaa gebu rupanya anak dara aku. Tgk lengan dia..rasa nak geget2.


Ops..pic ni mcm senget ye tak? *teringat cikgu ye tak*


Ni hasil pam sepanjang di Awana, 3h2m. Alhamdulillah...







Me n my best buddy, Linda dlm class.




View from our room @ Awana. Best je tgk org swimming!



Okey... Lusa nk g Genting View Resort pulak. Adehhh kalo Awana kan besttt..
*ceh nak p kursus ke nk tido sedap2 kat hotel?*

Thursday, April 15, 2010

Allah lebih sayangkan adik Dzafri, Al-Fatihah..

Semalam ptg, baca blog Filla, mama kasih. Tapi tak berani/tak kuat nak buka link yg dia bagi tu. Sebab tahu mesti sesuatu yg amat menyedihkan. Mesti tentang kematian. Mesti kematian kanak2. Saya dah boleh agak. Tapi tak pegi ke link tu sbb masa tu kat office. Tak nak staff nampak saya menangis2 sorang2 dlm bilik. Sbb saya mmg sensitif.

Malam tadi, masa pump dlm kul 1pagi, tergerak utk pegi ke link tu. Ya Allah... menangis2 berjujuran air mata. Sepanjang baca kisah itu, wajah anak2 bermain di mata saya. Sayu rasa hati bila anak kecil yg sihat walafiat itu, tiba2 pergi. pergi tak kembali. Saya tempatkan diri dikaki ibunya. Saya menangis semahu2nya. Tapi berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Harap ibunya tabah menghadapi dugaan Allah ini. Dan saya terus berdoa:

"Ya Allah.. Jangan lah Engkau menguji diriku dengan ujian-ujian Mu, Ya Allah. Aku tidak kuat. Aku tidak mampu menghadapi ujian-Mu Ya Allah... Jangan lah Kau uji diriku, melainkan dengan bantuan-Mu Ya Allah"

Sungguh. Sentap rasa di hati. Masuk bilik, saya kucup dahi Khalish yg lena dalam babycot. Kemudian saya kucup dan peluk Damia yang lena di atas katil saya. Aduhai... saya tidur dalam sedan yg belum reda. Dan pagi tadi masa iron baju, fikiran masih lagi teringat cerita arwah adik Dzafri. Baru berusia 15bulan. Wajah yg sangat comel. Sekali lagi air mata saya tumpah. Ya Tuhan..... Semoga roh adik Dzafri dicucuri rahmat.

Al-Fatihah

Part 1

Part 2

Wednesday, April 14, 2010

Awana lagi ke...?

2 hari yang semalam..mmg saja ambil cuti. Last week lepas bengkel di Awana, weekend just duduk di rumah saje. Oh ahad tu ada jugak keluar ke S.Alam, rumah makcik. Isnin dan selasa duduk rumah tapi panass ya amat!! Haihh masa tu teringat pulak kat opis sbb kat opis ada ekon. ehheheh... Nak pasang kat umah? Nanti2 la... ada jugak angan2.. ehhe
Tgh sakit kepala ni. Sebabnya ari tu Hanis ada sms tanya nak gi seminar kat Awana tak *Awana lagi??* Ahad ni pulak tu. 18th. Ermmm 21st dah ke Genting View resort pulak ada seminar lagi. Nakk sangat pegi seminar Hai-o ni, aduih mcamana yea? Rasa pack gile lahhhh program bulan ni.
Bulan depan ke Kuching pulak. Waduhhh gawat nehhh!! Gawattt sebab stock susu baru nak kumpul semula. Last week masa tinggal Khalish tu, tinggal sekali 112oz susu kan? Ermm tapi ada balance lagi 21oz. Means dari 11am (7hb) sampai 6pm (8hb) dia minum sebanyak 91oz.
Dan untuk tempoh itu di Awana, saya sempat pam dan kumpul lebih kurang 48oz. Alhamdulillah.. dapat topup balik.
haihhh..cemana ni? Abg leh jaga adik tak ahad ni??? ehh abg kena antar Damia balik kg la... Kali ni kena antar awal sebab taknak jadi lagi mcm hari tu. Hope bila damia gerak dari rumah Opah, takde la dia risau adik dia sgt... ermmm harapnye lah!!

Thursday, April 8, 2010

Jangan pisahkan Damia dengan adik!!!

Semalam sampai di Awana lebih kurang 4.40pm. Lepas check-in, relax2 dlm bilik. Baruuuu nak start pam, hp berbunyik. Abg call. Ermm... Tekan button 'answer' dan....... dengar ini:

IBUUUUUU.... Uwaaaaa...Uwaaaaa.....

Nape ni???? *aku cuak gile.. pehal Damia nanges????* Mmg seperti yg dirancang, ayah mia akan jemput dia kat rumah babysitter dan bawa pulang ke kg. Adik pulak, babysitter akan jaga. Erm aku mintak dia jaga 2-2 tapi sebab pelbagai alasan yg diberi, so terpaksa buat keputusan mcm tu.

Alishhhhhh..Buu...alishhhhh...Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!! Alishhh Buuuuuuuu...!

Aku tak paham. Cool down kan damia... supaya aku boleh dengar dgn jelas butir percakapannya. Dan akhirnya aku dapat faham.

Damia nangis sebab ayah cuma jemput dia dan adik ditinggalkan di rumah orang. Aku dah gelabah. Sebab damia sgt sensitif. Aku tanak dia demam atau apa2. Dia tak henti2 menangis dan merayuuuu... Sampai aku sendiri turut menangis dan gelabah. Aku takut kalau diorang da on da way dan masuk hiway..jauh dari rumah babysitter. Aku minta damia pass fon kat ayah.

Aku suruh ayah patah balik rumah kak min (babysitter). Masa tu aku blank. Yg aku pk, pegi je rumah tu. Yg lain pk kemudian. AKu call kak min, cakap yg damia nangis2. Tapi kak min jawab sambil lewa je mcmkan anak aku tu nanges kejap je. Ye... memang dia nangis kejap je kalau aku nak gi keje. Tapi naluri hari seorang ibu tauuu keadaan dan perasaan anaknya!!!! Aku dpt rasa perasaan damia yg macam hilang arah. Ya Tuhannn...

Aku minta kakmin jaga damia sekali. Tapi awal2 dia tolak. Macam2 alasan. Ok, fine... bila ayah sampai rumah kakmin, aku ckp dgn ayah. So nak tak nak terpaksa la bawa balik khalish sekali ke kg. Aku cuma risau kalau orang tak pandai nak urus EBM. Sebab ebm ni sensitif dan byk pantang larang nya.. sape yg bfeeding tau la kan. Lagi pulak nk bawa travel dari Kajang ke Bentong, Pahang. Mcm2 kena prepare. Ilmu mesti mau ada. Tak leh sambil lewa.

So aku ajar ayah mia.. suh pegi beli ais utk letak dlm bekas gabus tu. Bekas yg aku guna utk transport stock ebm ke rumah kakmin. aku kata, nnt cara nk thaw susu n panaskan akan ku inform kemudian. Hmm...at least saat itu aku lega sebab damia dekat dgn adiknya.

Lepas mandi, aku tgk ade missed call. Aku call balik. Kakmin kata dia tak sampai hati pulak tengok budak2 tu nak balik kg dengan tak makann lagi.Ye la...masa tu da dekat Maghrib. Nasib baik lah dia masih ada perasaan sayang dan kasihan kt budak2 tu. so dia kata biarlah dia yg jaga. FUhh aku sgt2 lega!!

Malam tu ayah mia call. Dia kata masa dia nak balik tu, Damia tak kesah pon. Tak nangis pun. Ye la... dia tak sanggup nak pisah dgn adiknya. Haiii mcm nak tercabut jantung aku dengar damia nangis2 tu.

Ok la.. malam ni ada kelas. sikit je lagi, penutup je. Then ada acara lain pulak. Bos da booking room utk karaoke. Hahaha.. setiap org mesti nyanyi. Siap ada hadiahhh tauu!!! Ermmm lagu apa nk nyanyi ekkk????? *janganlah hujan, makin sejuk tak leh tido nnt*

Wednesday, April 7, 2010

Sayang anak tinggal² kan??????

Hari ni saya akan ke Awana Genting Resort. Ada bengkel ISO. Berat rasa hati nak pergi sebab ni kali pertama akan berpisah sementara dengan Khalish. Damia da biasa.. tapi kali ni ayahnya nak hantar ke kampung. Lagi berat hati rasanya..... tapi apakan daya. Bagi chance kat atok nenek nak main ngan cucu la pulak.

Malam tadi, packing 3 buah beg. 1-beg kursus. 2- beg damia balik kg. 3- beg khalish di rumah babysitter. Siap2 kira stock ebm utk khalish. Buat jadual minum, then kira berapa oz perlu tinggal. Saya extra kan 10oz. So total fresh + frozen ebm yg dihantar ke rumah babysitter adalah 112oz. Fuhhh berpeluhhh saya tengok freezer makin kosong. 21hb ada bengkel lagi... 3 hari juga. Kemudian, 10hb mei ada lawatan ke Kuching. Aduiihh... harap2 meriah laa susu saya, dpt la hendaknya mengumpul stock secukupnya.

Malam tadi juga, jam 2pagi khalish bangun menyusu. Masa tu saya belum tido. Eh dah tido kul 9.30pm tapi bangun 11pm utk kemas beg. Ciumm khalish. Dakap sekuatnya. Rindu. Saya akan rindu tangisannya di malam hari. *ahh air mata sudah bergenang* Rindu bau dia. Rindu senyumannya.

Kemudian selesai sesi penyusuan, khalish kembali tidur dengan lena. Ku pandang Damia yang enak tidur. Terus saya peluk dan cium. Damia tersedar dan mula merengek. Pantang dia kalau tidur diganggu. Tak mahu dipeluk. Tak mahu dipegang. Aihh tahu tak ibu nak pergi kursus? Damia akan balik kg, sayang. Tak jumpa ibu. Tunggu hari Jumaat baru jumpa. Tapi sempat saya berpesan, jangan nakal2... jaga adik nanti.. Hmmm...

Sekarang, di pejabat tunggu masa untuk berangkat dan sempat mengepam. Haiih.. tugasan sbg ibu tak dilupakan walau dimana jua berada :)

Owh ya! Dalam entry yg lepas ada saya ceritakan macamana nak dapat wang saku lebih. Ada beberapa orang dah register dan referer kpd saya. Ok. Tapi saya rasa ada yang tak tahu macamana nak dapat duit tu. Ini step2 dia ok:

1st: Login
2nd: Click 'VIEW ADS' kat button atas tu

Nanti akan kuar list advertisement. KLIK mana2 advert. Satu window baru akan terbuka.

Perhatikan belah atas, kiri di WINDOW BARU. Perhatikan perkataan 'WAIT 56sec' yang akan run sampai keluar perkataan 'CLICK 7(any numb.)' dan kat sebelah akan keluar 4 nombor dan klik pada nombor yg betul. COntoh:

Wait 56sec
.
.
Wait 1sec
.
CLICK 8 .... 1398

*klik pada nombor 8 itu*

Dan wang akan masuk ke akaun anda. Mudah kan? Tak caya, cuba lah! Tak rugi apa pun....

Utk yg baru nak daftar boleh klik sini :

http://www.fineptc.com/index.php?ref=sueqaisara

Tuesday, April 6, 2010

Wang saku lebih

*Sticky post*


Baca blog Ladynoe. Dia da buat wang saku lebih. Dari klik2 iklan. Aku tak pernah buat keje ni dulu. Tapi kali ni saje suka2 nak try. Sambil2 curik masa mengepam kat opis, sambil tu boleh klik2.




KLIK SINI untuk register: http://www.fineptc.com/index.php?ref=sueqaisara



Kalau dapat, untung lah kan? Kalau tak dapat pun tak rugi apa2 :)

Monday, April 5, 2010

Minnie & Baby Mickey Mouse.. in da house!!

1st of all.. TQ to cik Ajan coz upload pic2 ni kat FB. Jenuhhh aii nak kopipes. Maka terpaksa la pilih pic mana yang boleh menang. Yang lain, nanti i kopipes thru pendrive ye... :)

Ok. Ini cerita majlis harijadi Damia & Khalish. Masa nak tempah kek tak tahu nak letak gambar apa. Selalu tiap tahun *ceh padahal baru kali ke-3 ni* print siap2 gambar apa nak letak atas kek. Tapi kali ni sebab last minit nye plan.. redah aje lah! Damia nak princess. Tapi pikir2 balik.. letak mickey & minnie je la.. dah itu je yg ada kat kedai kek tu. Hehe.. tu pun pic customer dulu2 punye...



Nur Damia Qaisara
09-03-2007

Khalish Amsyar
16-03-2009


Baby Mickey Mouse & Minnie Mouse
2kg
Flavor: Choco Lychee Sponge Cake
Fresh Cream
From Mon Cherry
Setakat ini, setiap tahun tempah kek di kedai yang sama. Mon Cherry, dekat sebelah KFC Taman Pertama. Depan Velodroom Cheras. Sedap! Untuk birthday cake kanak2 dia memang guna fresh cream sebab tak berminyak. Nak cuci pinggan pun senang!
Lagi satu yang saya suka.. Dia pandai lukis! Memang cantik dan takde cacat cela. Cuma kali ni agak ketara tang kasut baby mickey tu. Hehehe.. Tak kisah janji sedap!
Majlis cuma jemput adik-beradik dan jiran terdekat. Budak2 lelaki tu anak2 jiran. Ada lagi yang lain tapi malu nak join. isk iskk
'Ni Mia.... *sambil tunjuk Minnie Mouse* Ini adik *tunjuk Baby mickey*'
Damia pandai... tak keco pun nak tiup lilin adik dia. heheh
Khalish standby... nk potong kek dgn geramnya..
DAN..
Tangan kiri lagi laju drp kanan maka dia da tepuk kek tu.. yg kemudian pakciknya nampak dan amek tgn khalish dan sapu kat pipi sendiri... Ciann dia terkejut!



Adik - Syaidi - Balqis
Yang 2 tu adalah anakbuah Khalish. Yea.. cucu ibu.. ;)
Khalish tak berapa enjoy. Yea.. dia masih baby compare damia dulu. Tak pe.. ibu masih ada baby lagi.. heheh belum toddler!!! Khalish letih dan mengantuk sbnrnye..



********************
Ok ini cerita weekend yg lepas. Sabtu kami ke Sunway Lagoon. Seronok! Tapi masa masuk kereta cek henpon rupanya bateri da kong! Tak dpt nak snap pic. Harap henpon ayahnya aje la.... Camera plak rosak tak ganti2 lagi. Uihhh... hehehe ade can nk beli camera baru ni!

masa mandi tak amek pic coz brg2 simpan dalam locker.






Dalam kereta, budak2 kecik terbongkang keletihan!
Cuma aku je lately ni tenaga berganda2. Kalu tak da jalan2 camni sure cepat moody dan letih.
Agaknya sebab aku minum cocoa collagen kot. Rasanya la.... kan? Hehhehe...
Eh ok la.. nak fetch anak2. Bye!