Thursday, April 15, 2010

Allah lebih sayangkan adik Dzafri, Al-Fatihah..

Semalam ptg, baca blog Filla, mama kasih. Tapi tak berani/tak kuat nak buka link yg dia bagi tu. Sebab tahu mesti sesuatu yg amat menyedihkan. Mesti tentang kematian. Mesti kematian kanak2. Saya dah boleh agak. Tapi tak pegi ke link tu sbb masa tu kat office. Tak nak staff nampak saya menangis2 sorang2 dlm bilik. Sbb saya mmg sensitif.

Malam tadi, masa pump dlm kul 1pagi, tergerak utk pegi ke link tu. Ya Allah... menangis2 berjujuran air mata. Sepanjang baca kisah itu, wajah anak2 bermain di mata saya. Sayu rasa hati bila anak kecil yg sihat walafiat itu, tiba2 pergi. pergi tak kembali. Saya tempatkan diri dikaki ibunya. Saya menangis semahu2nya. Tapi berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Harap ibunya tabah menghadapi dugaan Allah ini. Dan saya terus berdoa:

"Ya Allah.. Jangan lah Engkau menguji diriku dengan ujian-ujian Mu, Ya Allah. Aku tidak kuat. Aku tidak mampu menghadapi ujian-Mu Ya Allah... Jangan lah Kau uji diriku, melainkan dengan bantuan-Mu Ya Allah"

Sungguh. Sentap rasa di hati. Masuk bilik, saya kucup dahi Khalish yg lena dalam babycot. Kemudian saya kucup dan peluk Damia yang lena di atas katil saya. Aduhai... saya tidur dalam sedan yg belum reda. Dan pagi tadi masa iron baju, fikiran masih lagi teringat cerita arwah adik Dzafri. Baru berusia 15bulan. Wajah yg sangat comel. Sekali lagi air mata saya tumpah. Ya Tuhan..... Semoga roh adik Dzafri dicucuri rahmat.

Al-Fatihah

Part 1

Part 2

3 comments:

mamalieyna said...

oooh Arwah adik Dzafri..ada terbaca sebelum ni..memang meruntun jiwa raga! harapnya kejadian seumpana tu tak dtg menghampiri ktia2 ni..tak sunggup rasanya!

Al-fatihah untuk arwah!

As said...

Innallillah... sedih kalo baca org meninggal ni.. nak2 budak2.. semoga rohnya dicucuri rahmat

Sue said...

mamalieyna,
ye mmg betul2 buat jiwa kacau. mmg tak sanggup!!

*******

As,
mmg sedih kan as.. tapi Allah janjikan syurga utk mereka..