Wednesday, April 7, 2010

Sayang anak tinggal² kan??????

Hari ni saya akan ke Awana Genting Resort. Ada bengkel ISO. Berat rasa hati nak pergi sebab ni kali pertama akan berpisah sementara dengan Khalish. Damia da biasa.. tapi kali ni ayahnya nak hantar ke kampung. Lagi berat hati rasanya..... tapi apakan daya. Bagi chance kat atok nenek nak main ngan cucu la pulak.

Malam tadi, packing 3 buah beg. 1-beg kursus. 2- beg damia balik kg. 3- beg khalish di rumah babysitter. Siap2 kira stock ebm utk khalish. Buat jadual minum, then kira berapa oz perlu tinggal. Saya extra kan 10oz. So total fresh + frozen ebm yg dihantar ke rumah babysitter adalah 112oz. Fuhhh berpeluhhh saya tengok freezer makin kosong. 21hb ada bengkel lagi... 3 hari juga. Kemudian, 10hb mei ada lawatan ke Kuching. Aduiihh... harap2 meriah laa susu saya, dpt la hendaknya mengumpul stock secukupnya.

Malam tadi juga, jam 2pagi khalish bangun menyusu. Masa tu saya belum tido. Eh dah tido kul 9.30pm tapi bangun 11pm utk kemas beg. Ciumm khalish. Dakap sekuatnya. Rindu. Saya akan rindu tangisannya di malam hari. *ahh air mata sudah bergenang* Rindu bau dia. Rindu senyumannya.

Kemudian selesai sesi penyusuan, khalish kembali tidur dengan lena. Ku pandang Damia yang enak tidur. Terus saya peluk dan cium. Damia tersedar dan mula merengek. Pantang dia kalau tidur diganggu. Tak mahu dipeluk. Tak mahu dipegang. Aihh tahu tak ibu nak pergi kursus? Damia akan balik kg, sayang. Tak jumpa ibu. Tunggu hari Jumaat baru jumpa. Tapi sempat saya berpesan, jangan nakal2... jaga adik nanti.. Hmmm...

Sekarang, di pejabat tunggu masa untuk berangkat dan sempat mengepam. Haiih.. tugasan sbg ibu tak dilupakan walau dimana jua berada :)

Owh ya! Dalam entry yg lepas ada saya ceritakan macamana nak dapat wang saku lebih. Ada beberapa orang dah register dan referer kpd saya. Ok. Tapi saya rasa ada yang tak tahu macamana nak dapat duit tu. Ini step2 dia ok:

1st: Login
2nd: Click 'VIEW ADS' kat button atas tu

Nanti akan kuar list advertisement. KLIK mana2 advert. Satu window baru akan terbuka.

Perhatikan belah atas, kiri di WINDOW BARU. Perhatikan perkataan 'WAIT 56sec' yang akan run sampai keluar perkataan 'CLICK 7(any numb.)' dan kat sebelah akan keluar 4 nombor dan klik pada nombor yg betul. COntoh:

Wait 56sec
.
.
Wait 1sec
.
CLICK 8 .... 1398

*klik pada nombor 8 itu*

Dan wang akan masuk ke akaun anda. Mudah kan? Tak caya, cuba lah! Tak rugi apa pun....

Utk yg baru nak daftar boleh klik sini :

http://www.fineptc.com/index.php?ref=sueqaisara

3 comments:

Siti said...

alahai..sayu lak bila baca
mmg sedih kan nak tinggal anak-anak..camna yer nak simpan stok susu masa kursus ni nanti?

mamaarifakeemaisy said...

alahai mmg sayu dan hiba la..tak pernah berpisah dgn anak, tak terbayangkan keadaannya mcmana...oooh daku tak sanggup! :p

take care okies!

Sue said...

siti, mamalieyna,

memang sedih.. tp wat to doooo? ehehhee.. kalu boleh nak je angkut sekali tapi kang mana nak berkursus mana nak jaga anak pulak kan?