Thursday, April 8, 2010

Jangan pisahkan Damia dengan adik!!!

Semalam sampai di Awana lebih kurang 4.40pm. Lepas check-in, relax2 dlm bilik. Baruuuu nak start pam, hp berbunyik. Abg call. Ermm... Tekan button 'answer' dan....... dengar ini:

IBUUUUUU.... Uwaaaaa...Uwaaaaa.....

Nape ni???? *aku cuak gile.. pehal Damia nanges????* Mmg seperti yg dirancang, ayah mia akan jemput dia kat rumah babysitter dan bawa pulang ke kg. Adik pulak, babysitter akan jaga. Erm aku mintak dia jaga 2-2 tapi sebab pelbagai alasan yg diberi, so terpaksa buat keputusan mcm tu.

Alishhhhhh..Buu...alishhhhh...Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!! Alishhh Buuuuuuuu...!

Aku tak paham. Cool down kan damia... supaya aku boleh dengar dgn jelas butir percakapannya. Dan akhirnya aku dapat faham.

Damia nangis sebab ayah cuma jemput dia dan adik ditinggalkan di rumah orang. Aku dah gelabah. Sebab damia sgt sensitif. Aku tanak dia demam atau apa2. Dia tak henti2 menangis dan merayuuuu... Sampai aku sendiri turut menangis dan gelabah. Aku takut kalau diorang da on da way dan masuk hiway..jauh dari rumah babysitter. Aku minta damia pass fon kat ayah.

Aku suruh ayah patah balik rumah kak min (babysitter). Masa tu aku blank. Yg aku pk, pegi je rumah tu. Yg lain pk kemudian. AKu call kak min, cakap yg damia nangis2. Tapi kak min jawab sambil lewa je mcmkan anak aku tu nanges kejap je. Ye... memang dia nangis kejap je kalau aku nak gi keje. Tapi naluri hari seorang ibu tauuu keadaan dan perasaan anaknya!!!! Aku dpt rasa perasaan damia yg macam hilang arah. Ya Tuhannn...

Aku minta kakmin jaga damia sekali. Tapi awal2 dia tolak. Macam2 alasan. Ok, fine... bila ayah sampai rumah kakmin, aku ckp dgn ayah. So nak tak nak terpaksa la bawa balik khalish sekali ke kg. Aku cuma risau kalau orang tak pandai nak urus EBM. Sebab ebm ni sensitif dan byk pantang larang nya.. sape yg bfeeding tau la kan. Lagi pulak nk bawa travel dari Kajang ke Bentong, Pahang. Mcm2 kena prepare. Ilmu mesti mau ada. Tak leh sambil lewa.

So aku ajar ayah mia.. suh pegi beli ais utk letak dlm bekas gabus tu. Bekas yg aku guna utk transport stock ebm ke rumah kakmin. aku kata, nnt cara nk thaw susu n panaskan akan ku inform kemudian. Hmm...at least saat itu aku lega sebab damia dekat dgn adiknya.

Lepas mandi, aku tgk ade missed call. Aku call balik. Kakmin kata dia tak sampai hati pulak tengok budak2 tu nak balik kg dengan tak makann lagi.Ye la...masa tu da dekat Maghrib. Nasib baik lah dia masih ada perasaan sayang dan kasihan kt budak2 tu. so dia kata biarlah dia yg jaga. FUhh aku sgt2 lega!!

Malam tu ayah mia call. Dia kata masa dia nak balik tu, Damia tak kesah pon. Tak nangis pun. Ye la... dia tak sanggup nak pisah dgn adiknya. Haiii mcm nak tercabut jantung aku dengar damia nangis2 tu.

Ok la.. malam ni ada kelas. sikit je lagi, penutup je. Then ada acara lain pulak. Bos da booking room utk karaoke. Hahaha.. setiap org mesti nyanyi. Siap ada hadiahhh tauu!!! Ermmm lagu apa nk nyanyi ekkk????? *janganlah hujan, makin sejuk tak leh tido nnt*

4 comments:

Siti said...

waa..sedih pulak....
nasib baik la bbsitter ada hati n perassan gak...memula geram gak kat bbsitter. tapi eyr la, dia puna da kehidupan dia sendiri.
tapi serius, siti pun skang ni mmg tak sanggup nak pisahkan jannah n batrsyia. sebab mmg diorg tu kalau sorang takde, mesti sorang lagi tanya. tu yg siti tunggu jannah 5 tahun baru masukkan taska, so batrisyia leh la masuk sekali sebab dia dah 4 tahun mas atu.

mamalieyna said...

siannya kak damia..naseb baik penyudahnya dpt bersama2 dgn adik kesayangan..betapa kuatnya sayang kak damia ngn khalish ye..uuuii..terharu dn tersedih kejap! huhu..dpt bayangkan camna keadaan kak damia yg menangis2 tuu..huhu..

waah nk berkaraoke ye..pilih lagu terbaeeeek ok! hehe..

green apple said...

sayangnya dia...

Jiey^Mien said...

uish sedih la plak..
ye la.. budak pun tau kasih syg kan?
=)