Friday, June 4, 2010

Aku yg hampir kuyup dalam perhimpunan....

Alhamdulillah.. pagi tadi berlangsung perhimpunan pagi untuk semua kakitangan Majlis. Hujan lebat betul masa aku on d way, kat hiway grand saga. Dalam hati dah berkata2, agaknya perhimpunan tak jadi la..sbb da lebat sgt. Tapi masuk je area Kajang, tak ujan pon. Last2 Dato' kata perhimpunan tetap on.



Ok la tu.. tak la sia2 aku standby skrip ucapan. Hehe. Oh pagi ni department aku jadi hos perhimpunan pagi. Mujur jugak la hujan, so cuaca sejuk je.. Masa aku bagi ucapan, time tu rasanya hujan makin turun. Makin laju jugak la aku sampaikan ucapan aku. Dan-dan pulak bila turn Dato YDP nak bagi ucapan, hujan terus berhenti. Sabo je la.... Kuyup kertas text aku tauu. ehhe...

So overall.. semuanya berjalan lancar walaupun kami dimaklumkan utk jadi hos pd hari khamis, sehari sebelum. Tak silap aku, perhimpunan yg lepas2 tu.. yg jadi hos dok asyik bercerita pasal kesihatan.. pasal makan la.. pasal tido la.. pasal senaman la.. Dan bila tiba giliran aku, aku tanak dahh cite pasal mende2 tu. Bosan! So aku citer pasal Hari Ibu.. pasal mcamana nak jadi ibubapa terbaik.. Dan aku ada bagi 2 cerita pasal pengorbanan ibu.

Lepas perhimpunan, ramai gak ar yg wish congrats dan diorang sgt terkesan dgn cerita yg aku kongsikan tu. Sampaikan ada pegawai lelaki menitis airmata.. Apa yg aku citer???

Citer pertama pasal gempa bumi kat Sichuan, China. Pasal seorang baby yg dijumpai masih hidup dan selamat di bawah badan ibunya, tapi ibunya telah mati dlm keadaan melutut... Citer ke-2 pasal Capt. Ginger Bohl yang hantar stock ebm kat anak dia dari Afghan ke Michigan.

Ok la.. Next week bz. Ada bengkel perjawatan kat Bagan Lalang. Kalau sempat bole la blogging dari sana. Chiow...

No comments: