Friday, June 25, 2010

ALhamdulillah

Hari ni datang kerja, dapat perkhabaran yang menggembirakan. Syukur alhamdulillah.. Walaubagaimanapun ada sesuatu di sebalik perkhabaran tersebut. Apa pun, kelemahan akan diperbaiki. Bak kata Doc Yahya Maksum, penceramah dalam bengkel Human Performance Improvement di office baru2 ni,

'Nak berjaya, tonjolkan diri anda walaupun anda terpaksa keluarkan duit belanja untuk belanja bos anda'

Bukan dia suruh bodek. Tapi ermmm mungkin boleh di anggap 'membodek' atau 'mengipas' demi kebaikan diri sendiri. Apa salahnya, kan? FYI, aku bukan lah jenis kaki kipas. Dari zaman persekolahan lagi. Tak reti. Malas. Aku jenis low profile. Kalau org kenal, kenal la... kalau org tak kenal, aku pun tak kisah. Aku pun bukan jenis nak provoke semua orang.. kata aku bagus. Kalau betul aku bagus, orang akan tau. Dan aku bukannya jenis yang 'cakap tak serupa bikin'. Kalau benda tu aku ada.. aku kata ada. Tapi kalau takde.. aku diam. Hehehe... Tak yah menipu. Dosa tak dapat.. hati pun tak gundah gulana. Lagi tak best kalaulah aku menipu, later on orang tau hakikat sebenarnya, mana nak letak muka? Sebab tu aku prefer menjadi diri sendiri. Tak susah...

Dan mulai hari ini, aku boleh memikirkan kehidupan aku untuk tempoh yang akan datang, dgn lebih serius! Merancang untuk sesuatu keputusan yang perlu dibuat dengan hati yang nekad. Bulat. Kuat. Demi kehidupan kami sekeluarga. Sebab kalau asyik difikir2.. kita tak kemana. :)

p/s: Abang.. jom bincang ;)

2 comments:

As said...

badus sue... kalo pikir org... bila kiter nak maju... l/pun manusia zaman skang ni berlumba2 nak meningkatkan dlm sumer aspek...

Sue said...

betul tu as. hehe