g, 3 org adik ppuan. Aku paling close dgn anak cikgu ni yg ke-3 dan 4. Sebab lepas pantang je terus mak aku jaga. So time tu aku study kat UiTM. Bila cuti semester, mmg aku lah yg jadi pengasuh. Mandikan... bagi makan..main2... sampaikan 2org beradik ni mmg sgt mesra dgn aku. Time tido ptg, mesti nak aku yg temankan diorang tido. Sorang kiri, sorang kanan. Aku di tengah2.
Bila sorang tu umur dlm 3thn, dan sorang lagi setahun lebih... lebih kurang baya damia n khalish skang ni.. suami cikgu tu kena transfer ke Jerteh tak silapnya. Suami dia askar. So cikgu ni ikut pindah sekali. Masa hari last dia kemas2 barang, aku pegi rumah dia. Dekat je.. selang beberapa buah rumah. Rasa tak puas main2 dan bermesra dgn anak2 angkat ku... Dan yg paling sedihnya..masa aku nak balik.. kedua-duanya meronta2 menangis2 nak ikut aku. Tak pernah2 mereka buat mcm tu. Aku senyum tapi air mata sudah bergenang... Sedih sgt2.
Bila hari raya, aku hantar kad raya. Bila terasa rindu, aku kirimkan surat. Tapi satu pun tak berbalas. Aku jadi sedih.. Aku terasa seolah2 ibubapa mereka memang sengaja tidak mahu membalas. Sengaja tidak mahu memberitahu khabar berita ttg anak mereka. Sengaja!!! lama-kelamaan aku jadi akur.. Sehinggakan alamat rumah mereka pun aku tak tahu simpan kat mana skang ni..
Tadi, bila tgk gambar tu, aku terasa sgt2 rinduuuu.. teringat telatah mereka. Teringat bhw cara utk aku mengingatkan mereka bila sekali sekala balik (da tentu diorang lupa ttg aku bila berbulan tak jmp) aku akan tunjukkan rantai dan loket aku. Terus diorang main2 dgn rantai dan terus dipeluk dan diciummnya aku. Ohhh teringat sungguh.
Sekarang, mungkin mereka sudah bersekolah. Ainul yg dulu usianya 3thn, mungkin sekarang sudah Darjah 1. Afifah, mungkin sekarang sudah masuk tadika... Oh rinduunya...... mujur ada gambar pengubat jiwa.
Aku sudah lupa nama ibubapa mereka. Tapi mana taukan kalau2 ada pula sedara mara mereka yg terbaca blog ni dan masih kenal gambar mereka smsa kecil.. beritahulah saya.. sy sgt2 merindui mereka........
Ainul & Ifah (2003)
*hargailah pengasuh anak anda. kasih sayang yg dicurahkan adalah amat berharga walaupun tidak sebanding kasih sayang kita kepda anak sendiri...
3 comments:
Hmm.. Bila dh bersama mesti la ada rasa sayang kan?
Harap2 ada la yang kenal diorg..
Jiey, betul tu...da mcm anak sendiri rasanya. harap2 begitu juga..
nape eina lak sebak dan bergenang air mata ni..hukhuk..mmg pengasuh ni umpama keluarga sendiri..sampaikan perasaan bila berpisah tu, mcm berpisah dgn keluarga sndiri..
Moga2 dpt la berjumpa suatu hari nnti...! ok..
Post a Comment