Monday, June 14, 2010

Cara² travel dgn susu ebm & kisah alahan susu lembu

Kali ni aku nak kongsi cara-cara aku bawa stock ebm travel samada balik ke/dari kg atau balik dari kursus.

1. Travel dengan kereta

Ini biasanya kalau balik ke atau dari kg la kan.. Pernah aku tinggalkan khalish kat kg sementara aku berkursus. Dan pernah jugak aku bawa pulang ebm yang aku pam di kg utk di bawa pulang ke KL. So perjalanan dalam 2-3jam saja dari KL ke Bentong *tapi ada benti2 isi myk dan makan2*

Apa yang kita perlukan? Cekidaudddd....!!!
  • Kotak polisterin
  • Air batu
  • Surat khabar lama

Caranya:


  • Tuangkan air batu ke dalam kotak polisterin
  • susun stock ebm cantik2.. lagi elok kalau setiap bungkus susu dibalut dulu dgn paper supaya plastik tak koyak terkena serpihan atau bucu ais.
  • Tuang lagi air batu memenuhi dan menutupi ebm tu..
  • pastu tutup air batu dgn surat khabar rapat2, insyaallah boleh tahan hingga 4 jam kalau betul caranya.
  • Dlm kereta, jgn disimpan dalam boot pulak yea. Letak kat dalam, kat seat belakang ke...


2. Travel by flight

Ok.. baru2 ni aku ke kuching. sepanjang tempoh 4 hari kat sana aku dapat lah kumpul stock yg byk jugak la... hampir 100oz tak silap. Ada stock ebm yang aku bekukan sbb fresh n chilled ebm tahan 48jam saja then lepas tu mesti dibekukan. Masa kat hotel, ice-packs, chiller n susu utk dibekukan aku mintak housekeeping simpankan. Tapi kena mention kat diorang betul2. Terang dan jelas. Mintak simpan beku. Kalo tak..dia simpan kat fridge je. Ni jadi kt aku masa mintak diorg simpan icepack n chiller. Esok tu bila aku mintak, tengok sume sejuk tapi CAIR. Rupanya dia simpan dlm fridge bawah je. Padahal da ckp byk kali suh simpan BEKU. hehe




Dalam gambar tu, dalam cooler bag kecik adalah fresh ebm. Yg dalam cooler bag besar adalah frozen ebm. Tapi sila maklum bahawa membawa frozen ebm adalah tidak sesuai menggunakan cooler BAG okeyy. Sebab bag tu tak insulated sepenuhnya. Nipis. Tapi maklumla ini pengalaman pertama aku.. so aku kongsikan kat sini supaya kita sama2 tau.. :D dan utk pengajaran diri sendiri juga.

Ok..ni just nk cerita experienced aku balik dari Kuching. Check-out hotel dalam kul 12noon. Pegi lunch kat restoran ape tah yang aku tak pasti lak ade ekon ke takde ekon. Tapi macam cikai je la restoran tu. 2 beg cooler tu aku angkut bawak masuk kedai. Then lepas makan2, pegi pulak DBKU ada sesi lawatan kat situ. Aku angkut juga 2 beg tu masuk muzium kucing n dewan DBKU. Aku tak berani nk bukak tgk selamat ke tak selamat ebm aku. Tawakal je la.


Flight kul 8pm. 2 beg tu aku bawa masuk cabin. Oh aku tak declare pon yg aku bawa liquid. Rasanya kalau takat dalam Msia ni tak yah declare kot. Landing KLIA 9.30pm. Sampai office kul 10.30pm. Fetch anak2 dan balik ke rumah, sampai umah dekat 12malam. Aku bukak beg yg simpan frozen ebm tu dulu. Nak nanges rasanye sebab mostly sume da mula mencair. Dan ada yang memang da cair betul. So mana yang masih ada beku2 lagi tu aku masukkan dalam freezer. TAPI TOLONG JANGAN BUAT MACAM NI YE kawan2... cuma aku syg kalau nk buang, sebab esok tu cuti 3 hari so tak bagi ebm.. just direct je.


Jadi lepas je kejadian ebm cair ni, aku da pk kalau kena travel lagi mesti lah bawak ini:



COOLER BOX


Apa yang diperlukan sama mcm travel dgn kereta tu cuma kali ni guna cooler box. Sebab tahan lama... Caranya pun sama je :) Dan kalau guna cooler box ni kan berat dan besar. Bole la check-in luggage, tak yah bawak masuk cabin.


Sebenarnya kan aku mmg nk beli cooler box ni tapi aku pk, nanti masa nak pegi, org akan sebok2 kenapa aku bwk cooler box tu, org lain sume bwk luggage sahaja, nk p lawatan bukan nk p memancing. tapi bila da jadi ni, aku tak peduli la nanti apa org nk ckp. yg penting ebm aku tak cair.. uwaaaaaaaaaaa. Tapi alhamdulillah ebm yg cair yang aku frozen kan balik tu tak mendatangkan mudarat pon pada khalish.



Lagi satu, memang la ice packs tu tahan 12jam. tahan sejuk. chilled. Tapi tak bermakna dalam tempoh 12jam itu, susu akan kekal beku. Ingat tu. *cewahhhhh... ingatan utk diri sendiri tuh sbb icepacks tu smpai umah still beku tapi susu ebm sudah cair*



Dan baru2 ni kan aku berkursus kat Bagan Lalang. So ebm utk khalish mmg tak cukup. Aku standby susu Progress Wyeth. Susu lembu kan itu... Dan aku rasa khalish mmg alahan dgn susu lembu. Sebabnya???


Masa 1st day tu babysitter kata muka n badan khalish naik merah2 macam kena gelagata. Tau tak apa itu gelagata?? Gatal tauuu mende tu. Then sampai la hari aku balik, Jumaat, masih ada gelegata. Mende tu naik.. lepas 2-3 jam hilang. Pastu naik lagi kat tempat lain. Mula2 aku ingat kena gigit nyamuk. Da nk sapu myk telon da ni *oh aku mmg sapu myk telon kat bekas gigitan nyamuk, cepat hilang :D* tapi bila tgk naik banyak n merata tempat, aku tak jadi la sapu. Aku sapu calamine lotion.

Hari Ahad rasanya, da takde da gelegata tu. So aku konfemkan sendiri, khalish mmg alahan susu lembu. Maka aku kena kuatkan semangat utk terus mengepam dan bagi susu badan kat khalish. Cayang anak ibu ni... :D


Owh damia minum isomil. Sbb dia pun tak leh dgn susu lembu. Minum Enfalac dulu pun abes naik ruam kat muka dan badan. Sampai penah kena alahan yang teruk kat muka. Doc kata eczema. memang kesian tgk muka dia. Tu yg doc suggest suh tukar ke isomil. So sampai la skang dia minum isomil. Ada plan nk tukar ke Enfa atau Friso. Tapi doc kata better tak yah tukar sbb dia mmg alergik cow's milk. Memang nampak even minum isomil pun dia still naik rashes kadang2, tapi doc kata at least kurang allergic compare kalau dia minum cow's milk. Emmmm pa pe la... nampaknye Mia still dgn susu bear-bear la ye!!!




Ni masa umur dia 8 bulan. Tengok pipi dia.

Tapi dlm gambar kurang jelas. Monyokkk je.

Masa ni umur 10bulan dan telah minum susu isomil. Cantik kulit dia. Gewammm!!!

Ok tu je utk panduan diri sendiri dan sape2 yg nak travel dengan ebm. Kalau tak clear, bole la bertanya. Ehehehe.... Jadi ibu yg menyusu anak ni mmg bole jadi kreatif. Apa2 pun bole dibuat janji susu itu selamat.

Happy breastfeeding!!!! *cewahhh..kata2 semangat utk semorang tu*

2 comments:

Unknown said...

2nd weeks of Mac nak travel ke KK..errm..tengah dok pk2 nak bawak cooler box tak..sure ramai yang tertanya2..nak gi mancing ke...olaalaa..

ejane fyruz said...

Kagum dgn smangt ibu2 yg slu outstation. ..tp msh mpu bf...tahniah alhamdulillah