Wednesday, June 23, 2010

Merancang pendidikan awal anak2

Tahun depan, Damia masuk 4 tahun. Pada aku, time tu adalah waktu yang sesuai untuk dia di hantar ke sekolah. At least playgroup atau pre-school. Tapi kalau da masuk 4yrs maknanya kena antar ke pre-school. Ye.. Aku memang da merancang pendidikan anak2. Umur bila nak di hantar ke sekolah.. Sekolah mana.. Semua da plan dalam kepala. Dan dah beberapa kali cuba berbincang dgn ayahnya.


*damia 1s time tgk album kahwin ibu&ayah. sambil point to pic aku suapkan ayahnya makan, damia tanya : Nape ibu suap ayah makan? kan ayah da besar.. suaplah siri (sendiri)
Apa nak jawab tu? ngehngehngehh



Tahu tak... pendidikan awal tu memang penting sebelum anak masuk ke skolah yang sebenarnya? Maknanya.. usia 3-4 tahun dah bole masuk pre-school. Sebab budak2 sekarang ni tahap kebijakan masing2 berbeza, advance pun ada. lagi2 kalau di bandar besar macam di Lembah Klang ni. Mak bapak semua dok antar anak2 kat sekolah yang bagus2. Macam2 sekolah tadika ada.. ada Smartreader.. ada Q-dees.. CEC.. macam2 la. Aku dari tahun lepas sbnrnye da google *cewah siap gugel* pasal sekolah2 tadika ni. Excited katakan... :D


Kalau ikut ayah mia, katanya antar je sekolah mana2 pun. Sama je. O yea? Sbnrnye tiap sekolah ada kelainannya. Tiap sekolah tak sama aktiviti atau programnya. Sebab kanak2 ni baru nak kenal erti kehidupan, baru nak teroka dunia baru melalui pembelajaran.. dats y kita sbg ibubapa kena bijak memilih prasekolah mana yang betul2 terbaik utk anak. Bukan setakat reputasi sekolah tu je..macam2 kena difikirkan.


Kanak2 seusia damia ni dunianya bukannye setakat mewarna.. menulis abc.. membaca 123.. tapi lebih drpd tu. kanak2 ni macam sponge. Dicelup2 dalam air dan air meresap ke seluruh span dgn cepat. maknanya kanak2 belajar dgn cepat mengikut persekitarannya. lagi satu, pendidikan anak2 ni tak boleh dibuat secara spontan. Maknanya.. bila ada masa, baru ajar anak2. Takde planning yang bagus. Sebaiknya kita rancang jangkamasa panjang. Nak anak2 berjaya..masuk U, start dari sekarang. Bukan tunggu dia umur 17tahun da nak amek spm, baru nk plan.


utk damia, aku da plan pendidikan dia. Aku plan nak hantar dia ke sekolah cina. Insyaallah. So diperingkat pre-school ni aku kena masukkan dia sekolah yang ada kelas mandarin. Tapi rancangan aku, 1st sekolah nanti nak masukkan dia ke Nuh's Ark Montessori. Umur 5-6 thn nanti maybe bole la tukar ke smartreader ke...


Pasal duit..mana2 sekolah skarang ni pun memang yuran da mahal. Rata2 yang aku gugel n baca, nak daftar anak masuk preschool je pun da lebih 1k. Bulanan kalau 200 tu adalah standard. So aku simpulkan di sini:


  1. Nak antar anak ke skolah terbaik.. spend la duit lebih.
  2. Nak jimat duit, antar anak ke skolah biasa2. Tapi kena ingat, budak2 skang ni semua nya bijak. kalau anak kita ketinggalan, jgn salahkan sekolah pulak.

Kalau ibubapa yg mmg byk luang masa dgn anak2.. tak kisah la kalau antar anak ke sekolah mana pun asalkan ibubapa ada masa nak ngajar anak2. tapi kalau tak.. pilihla yg terbaik. Walaupun guru terbaik adalah ibubapa sendiri.. tapi kalau seminggu sekali pun payahhh sgt nak bawa anak2 ke taman permainan, fikir2kan lah.


Ni pun aku bukan ckp org lain.. aku ckp kat diri sendiri.. heheh.. masa dulu2 suka berangan kalo da kawen dan ada anak2, nak bawa anak2 gi playground tiap2 minggu..pastu berangan nak travel ke holiday ke at least 3 bulan sekali ke.. tapi berangan je la! Mmg tak dapat la nk bw diorg ke playground tiap2 mggu. Sbb kadang ayahnye keje on weekend. Kadang hujan. Kalau tang holiday tu mmg tak dpt la kan 3bulan sekali. Ngehngehngehh... tapi tak pe.. tak lamaa je lagi nk travel ni. Happy damia bila aku kata nnt nak naik aeroplane!!


utk anak2..apa saja sanggup. Tul tak?



*adik kat office ibu. Siap nak pakai tag lagi.. Sok da besar adik duk dalam bilik yg lagi bagus dr ibu, tau sayang..

p/s: nah mamalieyna, pic kembar dak ayep. hehehe.. khalish macam kurus dlm gmbr, tp kt luar nmpk 'gagah' compare budak2 sebaya dia. ehehehe.. makin nakal, makin slim la badan

2 comments:

salsabeelasofiyyahsakeenah said...

hi. salam kenal. saya pun plan nak hantar anak ke sek cina juga. cuma masalahnya, sek cina ni jenis balik lambat, ada mcm2 kelas tambahan..kalau hantar sek cina anak tak dapat masuk sekolah agama petang tu..tu yg sy masih timbang2 kan...harap2 by the time anak saya masuk sekolah sudah ada subjek elektif bahasa cina...

Sue said...

salam kenal n thx singgah sini. itu la pulak masalahnya.. mmg tak sempat kalau nak masuk sek agama belah ptg tu. sy masih memikirkan keperluan utk anak sy masuk sek agama. kalau nak mengaji atau belajar bhs arab, byk kelas kat luar n weekend. sy pulak tanak bebankan anak sek pagi ptg, sbb sy dulu mcm tu..mmg pressure sikit la