Wednesday, June 30, 2010

Entry tanpa tajuk

Dalam dunia blogging ni, aku paling suke baca blog yang cerita pasal anak2.. pasal family.. pasal breastfeeding.. pasal pendidikan.. semua tu utk tambah ilmu. Seronok lagi2 kalau tuan punye blog tu tinggal di luar Malaysia, so aku dpt tau macamana life dia kat negara orang, mcmana penerimaan orang luar pada dia, mcamana dia handle anak2 dia.. seronok. Contohnya blog MamaMiya. Lagi satu, pendidikan kat negara luar ni lain dari Msia.

Pasal breastfeeding lak, suke baca pasal tips2 nak banyakkan susu.. cara2 nak handle ebm dan lain2. Pastu ada jugak blogger yang share pengalaman sepanjang breastfeeding. Kat Susuibu.com punye forum pun aku layan...

Rupanya ramai juga manusia yang masih belum terima konsep penyusuan susu ibu ni. bukan saja orang melayu, tapi yang bukan melayu pun ada juga..... terutama orang2 tua dan orang muda yang cetek ilmu pengetahuan. Yang bukan melayu tu, aku baca kat FB.. fanclub ape tah. hihihi...

Pengalaman aku sendiri... ada la family members yang tak support BF.

  1. Terutama bila anak kecil menangis.. katanya susu badan tak cukup.. budak tak kenyang. So perlu topup dgn susu tepung.
  2. ada yang berpendapat, sila lah bagi anak makan nestum *campur dalam susu buat cair2* supaya dia kenyang dan tido 24jam *ni aku memandai je 24jam* even anak itu masih dalam pantang
  3. Ada juga yang tak konfiden bahawa susu ibu ni bagus.. pada mereka, susu dalam tin tu lebih tinggi khasiatnya.. dan budak akan lebih montel kalau bagi susu tin
  4. Ada yang taknak pegang langsung susu yang diperah dan disimpan dalam botol. Geli. *ni kakak aku le ni.. heheheh geli yea...... ajan, ika..makesure korang bfeed baby tau nnt. pastu bagi mak korang jaga ngehngehngehhhh*

Masa pantang, dok ngan mak sendiri. Masa khalish ni.. dia lebih byk meragam banding damia dulu. Kalau da menyusu tu, nak kena di dodoi2 di kelek2 sampai la tertido. Penat. Kalau terus letak sure dia menangis. Sampai kan mak pun pernah kata 'Susu tak cukup kot.......' Luluh hati tau tak? Tapi aku kuatkan semangat. Aku taknak mudah putus asa dan aku tau aku mampu exclusive bfeed khalish.

Sokongan? Kalau nak di ikutkan.. aku takde dapat sokongan pun dari sapa2. Suami pun tak 100% menyokong bfeeding. Sedih tak kalau suami pun tak kisah la nak bagi susubadan ke susu tin ke kat anak... sedangkan aku beriya-iya nak bfeed. Tapi aku buat tak kisah. Forum SI.com la yang banyak bagi sokongan dalam diam pada aku. Hari2 aku baca... aku dapat semangat dari forumer kat situ. Lama2 suami pun faham.. aku pun banyak bagi info pada dia.



Damia sempat merasa susu aku sampai usia 5bulan je. Lepas tu dia sendiri reject. Pengalaman telah mendewasakan... *nyanyi mcm ameng spring*

Pengalaman mak aku pula, katanya tak de pun bagi susu badan. Cuma kalau ada pun takat 3bulan je, pastu susu kering. Tapi aku pun faham, mak dulu kerja keras. Pastu dulu2 hidup susah.. so makan pun tak ikut diet yang seimbang. janji makan. Tapi sekurang2nya mak aku mampu menasihatkan makanan ape yang boleh tambah susu. Itu dah cukup baik kan? Kalau susu aku kurang, mesti mak suruh makan sayur esp sawi banyak2... thx mak!

Alhamdulillah.. aku berjaya menepis suara2 sumbang yang tidak menyokong bfeeding. Aku berjaya menyusukan khalish exclusive selama 6 bulan. Dan terus fully bfeed sehingga sekarang. Cuma pernah top up juga dgn susu formula waktu aku berkursus 3 hari baru2 ni. Dan aku akan terus berusaha utk fully bfeed hingga usianya 2 tahun nanti. Insyaallah...




Pada kawan2 yang ingin menyusukan anak, nasihat aku :

  1. Tekad, azam, semangat
  2. Be positive!
  3. Pekakkan telinga pada suara2 yang sumbang
  4. Usaha selagi terdaya.

Bfeeding bukan lah murah sebenarnya. Betul... kos untuk beli breastpump saja da beratus. Ada yang beribu harganya. Kos utk supplement pula.. beratus2 sebulan. Makan pula mesti yang berkhasiat. baru lah susu pun berkhasiat dan banyak... Aku takde amek apa2 supplement. Cuma kadang2 kalau perlu ada la makan juga macam alfalfa shaklee, tu pun trial pack je.. pastu aku stop. Tapi yang penting, minum susu untuk hasilkan susu :)

Sekian

2 comments:

mamaarifakeemaisy said...

kena kuat semangat betul tu kan..moga success ya!

BILUT YANG HENSOM said...

Dan satu lagi pesanan dari para suami ... kalo dok nyusu anak tu jangan ar dok komplain sakit pinggang ar, penat ar dok pegang baby ... teruskan usaha jangan jemu kalo susukan anak² tu lelama ... mungkin susu sikit kot ... tapi kena bersabar ar ... jangan dok mengeluh ... nak seribu daya ... tak nak seribu dalih ... jangan salahkan baby kalo dia menyusu lelama ... tugas ibu memang cam tu ... jangan dok komplin kat para suami ... suami tak leh kuarkan susu kat breast ... tu dah diketahui sejak azali ... kalo suami pun leh kuarkan susu ... memang mudah ... so pikir² kan lah ...