Friday, October 29, 2010
Tadika...stroller..etc
Lama tak update cerita pasal budak kecik 2 orang tu. Bukan tanak update. Tapi bila gambar takde, nk cite pon jadi malas. Ehemmm.. setakat ni dah survey da camera idaman hati. Insyaallah, sikiiiiit je lagi dapat la tu. Da ada camera nanti lajuu la update. Nak repair camera hp ni entah bila pun tatau la. Banyak agenda dalam kepala ni.. semua nak pakai duit. Mujur la ada bonus tepi2 kan.. hihihi..Tu yang bagusnya kalau ada bisnes part time ni.
Tahun depan, damia masuk 4thn. Dah lama sangat dia sibuk nak ke sekolah. Skarang ni kalau apa2 yang dia buat, mesti dia cakap 'mia pandaiii... kan mia da nak skola'.
Plan nak hantar dia ke Islamic Montessori kat Saujana Impian. Kat situ dia terima budak dari umur 2 thn 1/2. learning method based on montessori. Monthly fee kalau tak silap dalam rm250 la kot. Tak tau la kalau thn depan fees naik pulak. Ada kwn yang tanya jugak, kenapa nak hantar damia skolah cepat2. Baruuu 4 thn. Nanti dia cepat bosan.
Pada aku, elok lah aku antar damia ke skolah. Umur 4 thn tu dah elok sgt. Antara sebab aku nak antar dia ke montessori adalah :
1. Damia jenis temper. Kurang sabar. So kat montessori ni dia ajar benda2 basic dalam kehidupan macam cara pakai baju... masukkan benang dlm manik. So benda2 ni boleh develope kesabaran budak2.
2. Damia suka berkawan. Kalau kat skolah tentu ramai kawan. Jadi kalau nak mewarna ke apa ke, sure damia lebih berminat.
3. Damia sendiri yang mintak nak ke skolah. So aku pasti dia ada minat nak bersekolah. Sebelum minat tu tertutup, baik aku dedahkan dia dgn alam persekolahan.
4. Aku plan nk dia skolah kat sek.cina. So utk umur 4yr ni, aku antar dulu ke islamic kindy. So that dia boleh belajar doa2 n everything. Nanti umur 5-6yr, plan lain pulak. Belum pk. Maybe Smart Reader kot...
Aku dah called tadika tu. Owner tu kata dah boleh register untuk next year. Tapi aku tunggu la bulan 11-12 ni. Sebelum tu nak gi survey dulu la.. cemana diorang mengajar... cemana budak2 belajar. Kalau bole, bawak damia sekali. Eh dah nak cuti sekolah da ekkkk. Alamakk.. kena set date cepat2 ni.
Eh pasal stroller, next entry la ekk. Panjang dah ni, kang boring nak baca. hehehe..
Tuesday, October 26, 2010
Ingat 'nikmat' Allah ok!
Tapi kalau sikap kita pada sesama insan.. sesama rakan sekerja. Agak2 kita sedar ke tak? Kalau niat kita baik, mungkin kita sedar dan tahu 'nikmat' yang Allah akan beri. Tapi kalau kita ni jenis yang iri hati.. dengki.. dah tentu lah kita takkan atau pura2 tak sedar tentang 'nikmat' Allah itu.
Spesis macam ni, letak kat mana pun dia akan buat aniaya pada orang.
Kita ni kalau nk buat jahat pun.. kena la pikir kesan dan impak nye nanti. Contohnye la... Kita ni hidup dalam kemiskinan. Nak bagi anak makan pun.. terpaksa bekerja keras. Tu untung kalau bekerja keras. Usaha jugak kan. Tapi ye la kan.. seorang ibu / bapa pun sanggup mencuri demi sesuap nasi untuk diri sendiri, apatah lagi untuk anak-anaknya. Cuma.. kadang2 kalau kita yang jadi ibu/bapa yang mencuri tu.. agak2 kita terpikir tak apa hukuman yang Allah akan bagi pada kita. Tak kisah la walau niat kita baik sekalipun. Buatnye kite mencuri di rumah seseorang yang tinggi ilmu agamanya.. kang tak pasal2 je mata kita buta dek sumpahannya. Takut kan....
Contoh yang lain. Kalau la kita ni buat jahat sesama rakan. tak kisah la rakan kerja ke.. jiran tetangga ke... Buatnya satu hari Allah bagi 'nikmat' ke atas kita. Haa.. tetiba kalau eksiden la katakan. Kalau kereta je kemek sana sini, kita selamat.. maknanya Allah masih buka peluang pada kita untuk menginsafi diri. Tapi macamana pulak kalau dalam eksiden tu, kita temui ajal. Nauzubillah..... agak2 kawan yang kita buat jahat tu maafkan kita ke tak?
Takut kan...
Ermm jadi moral of the story, hidup di dunia ni tak lama mana pun... Dengki mendengki pun tak ke mana. Dalam Al-Quran pun dah kata.. kalau seseorang tu membuka pekung orang lain (tak kisah la kot benar atau tidak pekung tu), Allah akan buka pekung dia sendiri. Haa.. kan tak pasal2 orang semua tau kisah hidup dia yang alaaahaiii..susah nk cakap la! Sendiri mau ingat la ye.
Friday, October 22, 2010
Andai ku tahu kapan tiba ajal ku
Da selesai beli, damia masuk kereta, seat co-driver. Aku ke pintu driver la. Mujur aku tak terus jalan je sebab tiba2 aku nampak bas Rapid-KL tu lajuuu je. Berdegup jantung. Kalau selangkah dua lagi aku ke depan, konfemmmm......... ! Terus aku berpaling pandang Damia dalam kereta. Adik tgh tidur kat seat belakang. Kalau lahhh..... mula la aku punye imaginasi melampau. kalau lah malang tidak berbau... Aku terfikir.. apa jadi pada anak2 aku. Macamana dia menerima / menghadapi kejadian yang berlaku depan mata.. Macamana..? Siapa nak maklumkan pada suami aku? Siapa nak uruskan anak2 aku time tu...?
Wahh... aku mmg hebat bab2 imaginasi melampau ni. Semuanye terbayang depan mata. Sedih.. Aku selalu terfikir... kalau sesuatu terjadi pada aku, siapa akan jaga anak2 aku? Siapa yang akan memahami anak2 aku seperti aku memahami mereka? Memang ayah ada.. tapi tentu tak sama dengan macamana seorang ibu seperti aku menjaga dan membelai mereka. Kan? Lagipun 95% masa mereka adalah bersama aku.
Aku sentiasa berdoa semoga Allah beri aku kesempatan untuk melihat anak2 ku membesar.. berjaya dalam hidup. Sekurang-kurang nya biar lah aku di beri kesempatan sehingga anak2 ku pandai berdikari. Semoga Allah makbulkan doa2 ku ini.. Aminn...
Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Ku akan memohon tuhan tolong panjangkan umurku…
Andai ku tahu…
Kapan tiba masaku…
Ku akan memohon tuhan jangan kau ambil nyawaku…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Andai ku tahu…
Malaikatmu kan menjemputku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…
Aku manusia yang takut neraka…
Namun aku juga tak pantas disurga…
Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…
Wednesday, October 20, 2010
Kalau tak suka, pulangkan....!
Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar automatiknya terbuka. Perlahan kereta dihalakan ke dalam garaj.
“Horey! Papa balik!” Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya.
“Tepi! Bahaya tau tak?” Jeritnya.
Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar.
“Aimin bawa adik ke belakang.” Arahnya pada anak yang sulong.
Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut terdiam bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka.
“Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang. Lepas minum papa mesti nak main bola dengan kita,” pujuk Laila.
Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika kemudian terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun.
“Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat! Tutup paip tu! Buka shower!” Sergahnya. Suara yang bergema mematikan tawa anak-anaknya.
“Asal saya balik rumah mesti bersepah. Kain baju berselerak. Apa awak makan tidur aje ke duduk rumah?” sambungnya kembali bila isterinya terpacul di belakang pintu.
“Anak-anak pa. Diorang yang main tu. Takpe nanti mama kemas. Papa minum ye. Mama dah siapkan kat taman.” Balas isterinya lembut.
“Fail saya kat depan tu mana?”
“Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan.”
“Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susah tau tak? Fail tu patutnya saya bawa meeting tengahari tadi.” Rungutnya sekalipun di hati kecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya itu.
Suasana sepi kembali. Dia menarik nafas berat. Terasa begitu jauh berbeza. Dia tercari-cari riuh suara anak-anak dan wajah isterinya. “Laila” Keluhnya Akhirnya dia terlena di sofa.
—————————————————————————-
“Saya nak ke out station minggu depan.”
“Lama?” Soal Laila.
“Dalam seminggu.”
“Cuti sekolah pun lama. Mama ikut boleh?”
“Budak-budak? “
“Ikut jugalah.”
“Dah! Takde! Takde! Susah nanti. Macam-macam diorang buat kat sana . Tengok masa kat Legacy dulu tu..”
“Masa tu Amirul kecik lagi.” Balas Laila.
Wajahnya sayu. Dia masih berusaha memujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin berganjak dari keputusan yang dibuat. Tak mungkin peristiwa Amirul terpecahkan pinggan di hotel dulu berulang. Anak itu masih kecil benar sewaktu ia berlaku. Lagipun apa sangatlah harganya pinggan itu malahan pihak hotel pun tak minta ganti rugi.
” Bolehlah Pa ! Lama sangat kita tak ke mana-mana.”
“Nak jalan sangat Sabtu ni saya hantar awak balik kampung,” Muktamad!
Demikianlah seperti kata-katanya. Anak-anak dan isterinya dihantar ke kampung. Laila tak merungut apa-apa meskipun dia tahu isterinya berkecil hati. Anak-anak terlompat riang sebaik kereta berhenti di pengkarangan rumah nenek mereka. Tak sampai setengah jam dia telah bergegas semula untuk pulang. Bapa mertuanya membekalkan sebuah kitab lama.
“Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid. Dari mereka bakar abah ambik bagi kamu!”
“Manalah saya ada masa..”
“Takpe..pegang dulu. Kalau tak suka pulangkan balik!” Dia tersentak dari khayalannya.
“Kalau tak suka pulangkan balik!” Kata-kata itu bergema di fikirannya. Dia rasa tersindir.
Tahukah bapa mertuanya masalah yang melanda rumahtangganya itu? Bukan..bukan tak suka malah dia tetap sayang sekalipun Laila bukan pilihannya. Dunia akhirat Laila adalah isterinya. Cuma..
“Mizi, makan!” Panggil ibunya yang datang menemaninya sejak seminggu lalu. “Jangan ikutkan hati. Yang sudah tu sudahlah.”
———————————————————————————-
“Papa! Makan!” Jerit Aiman ,anak keduanya sambil tersengih-sengih mendapatkan dirinya.
“Tak boleh panggil papa elok-elok. Ingat papa ni pekak ke?”
Aiman menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik! Kenapa papanya tiba-tiba saja marah. Dia berpatah semula ke dapur.
“Awak masak apa?”
“Mama masak sup tulang dengan sambal udang!” jawab Amirul memotong sebelum sempat mamanya membuka mulut.
“Takde benda lain ke awak boleh masak? Dah saya tak nak makan. Hilang selera!”
“Papa nak ke mana?” Soal isterinya perlahan.
“Keluar!”
“Mama dah masak Pa!”
“Awak saja makan!”
“Takpe Aiman boleh habiskan. Cepatlah ma!”
Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah pandai mengambil hatinya. Aimin tersandar di kerusi makan. Sekadar memerhati langkah papanya keluar dari ruang makan.
“Kenapa sekarang ni papa selalu marah-marah ma?” Soal Aimin sambil menarik pinggannya yang telah berisi nasi.
“Papa banyak kerja agaknya. Dah! Makan.”
“Abang tak suka tengok papa marah-marah. .”
“Adik pun sama. Bila papa marah muka dia macam gorilla kan ?”
Kata-kata Aiman disambut tawa oleh abang-abangnya yang lain. Laila menjeling. Di hati kecilnya turut terguris.Besar sangatkah dosanya hingga menjamah nasi pun tidak. Kalau ada pun salahnya, apa?
Syamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong.
“Laila..” serunya
“Sudahlah tu Mizi! Jangan diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak dapat kita tolak-tolak. Bawak-bawaklah beristighfar. Kalau terus macam ni sakit kau nanti.” Kata ibunya yang muncul tiba-tiba.
“Sunyi pulak rumah ni mak,”
“Lama-lama kau biasalah.”
Airmatanya menitis laju. “Kalau tak suka pulangkan!” Dia rasa terhukum. Hampir segenap saat kata-kata itu bergema di sekitarnya. Dia rasa terluka. Kehilangan yang amat sangat.
———————————————————————————-
“Papa beli apa untuk Aiman?” Soal Aiman sebaik dia pulang dari outstationnya.
“Beli apa pulak? Barang permainan kan bersepah dalam bilik belakang tu.”
“Tak ada lah?”
“Ingat papa ni cop duit?”
Aiman termangu. Dia berlalu mencari mamanya di dapur. Seketika kemudian rumah kembali riuh dengan telatah anak-anak lelakinya yang bertiga itu mengiringi mama mereka yang sedang menatang dulang berisi hidangan minum petang.
Wajah Laila direnungnya. Ada kelainan pada raut itu. Riaknya tenang tapi ada sesuatu yang sukar ditafsirkannya.
“Awak tak sihat ke?”
Laila tersenyum. Tangannya pantas menuang air ke cawan.
“Papa, tak lama lagi abang dapat adik lagi.” Aimin mencelah di antara perbualan kedua ibu bapanya.
Shamizi tersenyum. Jemari isterinya digenggam erat. Tiba-tiba cawan berisi kopi yang masih panas terjatuh dan pecah di lantai. Aiman tercegat.
“Tengok! Ada saja yang kamu buat. Cuba duduk baik-baik. Kalau air tu tak tumpah tak sah!” Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk ketakutan. Baju mamanya dipegang kejap.
Lengan Aiman dipegangnya kuat hingga anak kecil itu mula menangis. Pantas saja akhbar di tangannya hinggap ke kepala anaknya itu. Laila cuba menghalang tapi dia pantas dulu menolak isterinya ke tepi. Aiman di pukul lagi. Amirul menangis. Aimin mendapatkan mamanya.
“Perangai macam beruk! Tak pernah buat orang senang!”
Laila bangun dari jatuhnya dan menarik lembut Aiman ke dalam pelukkannya. Airmata mereka bersatu. Pilu sungguh hatinya melihat kekasaran suaminya terhadap anak-anak.
“Cukuplah pa. Papa dah hukum pun dia tapi janganlah sebut yang bukan-bukan. ” Ujar Laila perlahan
“Macamana awak didik budak-budak sampai macam ni teruk perangainya? Tengok anak orang lain ada macam ni? Anak kak Long tu tak pulak macam ni. Panjat sana , kecah barang. Gila apa?” Omelnya kembali.
Shamizi meraut wajah. Bukan kepalang salahnya pada Aiman. Padanya anak itu tak pernah dapat memuaskan hatinya. Ada saja salah Aiman di matanya. Ada saja yang kurang di hatinya terhadap anak-anak dan isteri. Tak cukup dengan perbuatan malah dia begitu mudah melemparkan kata-kata yang bukan-bukan terhadap mereka.
———————————————————————————–
“Tak boleh ke kamu semua senyap? Dalam sehari ni boleh tak diam? Rimas betul duduk dalam rumah ni.”
Laila menyuruh anak-anaknya bermain di halaman belakang rumah. Memberi sedikit ruang buat suaminya menonton dengan tenang.
Malangnya tak lama kemudian kedengaran bunyi tingkap kaca pecah.
“Celaka betul!” Sumpahnya sambil menghempaskan akhbar ke meja.
“Abang!”
“Baik awak tengok anak-anak awak tu sebelum saya hambat dengan rotan! Perangai satu-satu macam tak siuman!” Getusnya kasar.
Akhirnya tingkap yang pecah kembali diganti. Cerita sumpah seranahnya petang itu hilang begitu saja. Laila berubah. Sikapnya yang pendiam menjadi semakin pendiam. Anak-anak juga sedikit menjauh. Tak ada lagi cerita Amirul di tadika. Tak ada lagi kisah Aimin yang cemerlang di dalam sukan sekolahnya. Aiman juga tak lagi mahu memanggilnya makan.
Shamizi terasa puas hati. Barangkali itu saja caranya untuk memberi sedikit pengajaran pada anak-anak.
“Pak Ngah, Eddie nak balik!” Shamizi terpana. Dia mengangguk.
“Kak Long balik dulu Mizi. Sudahlah! Kamu muda lagi. Cari pengganti.”
Alangkah mudahnya. Kalaulah dia boleh bertemu lagi yang serupa seperti Laila. Laila tak ada yang kurang Cuma dia yang tak pernah puas hati. Laila tak pernah merungut. Laila tak pernah membantah. Sepanjang usia perkahwinan mereka Laila tak pernah meminta lebih dari apa yang dia beri. Laila cuma dapat gred B walaupun dia teramat layak untuk mendapat gred yang lebih baik dari A.
“Laila”
—————————————————————————————————-
“Papa nak ke mana hensem-hensem gini?” Dia tersenyum sambil menjeling ke cermin meninjau bayang isterinya yang kian sarat. “Wangi-wangi lagi. Dating ye?”
“Saya ada makan malam di rumah bos besar. Dia buat makan-makan untuk staff.” Ujarnya masih leka membetulkan kolar kemeja batiknya.
“Ikut boleh?”
“Dia tak ajak family. Staff only!” Terangnya sedangkan difikirannya terfikir lain. Kali ni dia akan pergi ke jamuan tu dengan Helmi. Helmi akan turut menumpangkan Maria dan Harlina. Staff yang masih muda dan bujang.
“Dalam setahun papa selalu ke jamuan office tapi tak pernah pun bawak kami.”
“Leceh kalau ada budak-budak. Bukan tau duduk diam Lari sana sini, panjat itu ini. “
“Papa pesanlah..”
“Nantilah besar sikit.” Dalihnya.
“Kalau tunggu besar takut takde peluang. Nanti diorang tu dah tak nak ikut pergi mana pun.”
“Lagi senang. Saya kalau lasak-lasak ni buat hati panas je,”
Laila terdiam. “Namanya budak-budak. Anak-anak papa tu lelaki.”
“Saya pergi kejap je. Lepas tu terus balik.”
“Mama tanya sikit boleh?” Dia mengangguk
“Bos tak pelawa atau papa malu nak bawa mama dan anak-anak?”
Mereka dia tinggalkan di rumah. Di jamuan tu ramai staff yang membawa keluarga mereka bersama. Pada Shamizi dia mahukan keselesaan sedangkan hakikatnya anak-anak staff yang lain lebih lasak dan nakal. Semeja hidangan untuk anak-anak staff berderai bila ada yang bermain tarik-tarik alas kainnya.
“Never mind. Budak-budak memang macam tu. Kalau tak lasak tak cerdik,” ujar Mr. Kwai, tuan rumah.
Shamizi sedikit mengakui kebenaran kata-kata itu. Anak-anaknya pun nakal tapi amat membanggakan dalam pelajaran. Namun dia rasa serba tak kena bila bersama mereka. Bimbang ada yang menyata yang bukan-bukan tentang anak-anaknya yang lasak apatah lagi tentang isterinya Laila. Bimbang dimalukan dengan perangai anak-anaknya. Bimbang jika dikatakan Laila tidak sepadan dengan dirinya. Dia lulusan luar negara sedang Laila cuma perempuan kampung. Tak pandai bergaya seperti staff wanita yang lain. Betullah jangkaan Laila, dia malu untuk memperkenalkan isteri dan anak-anaknya pada rakan-rakan.
“Kalau tak suka pulangkan!” Kata-kata itu semakin keras di fikirannya.
Pagi itu anak-anak sekali lagi dimaki sebelum ke sekolah. Semata-mata bila Aimin dan Aiman bergelut berebutkan tempat duduk di meja makan menyebabkan air cuci tangan tumpah ke meja. Berangnya tiba-tiba menguasai diri. Kepala kedua-duanya di lagakan sedangkan perebutan itu tidak pula disusuli dengan perkelahian.
“Kamu semua ni..kalau macam ni daripada ada elok tak ada. Menyusahkan! ” Laila merenungnya dalam..
Matanya berkaca dan anak-anak ke sekolah tanpa menyalaminya seperti selalu. Laila juga tidak berkata apa-apa sebelum menghidupkan enjin untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Shamizi dapat melihat Laila mengesat airmatanya. Dia terus menghadapi sarapannya. Sejenak dia terpandang hidangan untuk anak-anak yang tak bersentuh. Susu masih penuh di cawan. Roti telur yang menjadi kesukaan anak-anak juga tidak dijamah. Bekal di dalam bekas tidak diambil.Pelik! Selama ini Laila tak pernah lupa..
“Kalau tak suka pulangkan,”
Kali ini dia benar-benar menangis. Laila dan anak-anak terus tak pulang selepas pagi itu. Hari-harinya tak lagi diganggu dengan gelagat anak-anak. Rumah terus sunyi dan sepi. Tetap dia tak dapat tidur dengan lena. Di halaman belakang hanya ada kenangan. Kelibat anak-anaknya bergumpal dan berlari mengejar bola tak lagi kelihatan. Riuh anak-anak bila mandi di bilik air juga tidak lagi kedengaran. Dia mula dihambat rindu. Hanya ada kesunyian di mana-mana. Hanya tinggal bola yang terselit di rumpun bunga.
Selaut rindu mula menghambat pantai hatinya. Laila.
Benarlah, kita hanya tahu harganya bila kita kehilangannya.
Laila terus tak pulang sekalipun dia berjanji untuk berubah.
Laila pergi membawa anak-anaknya pagi itu bila kereta mereka dirempuh sebuah kereta lain yang dipandu laju. Laila pergi tanpa meninggalkan satu pun untuknya. Laila pergi membawa Aimin, Aiman, Amirul dan zuriat yang bakal dilahirkan dua bulan lagi..
Dia menangis semahu-mahunya bila menatap wajah lesi anak-anak dan isterinya. Dia meraung memeluk tubuh Laila yang berlumuran darah. Hakikatnya Laila adalah kitab lama itu, lapuk bagaimana pun dipandangan harganya tak terbanding, dan kerana keengganannya Laila dipulangkan…….
Monday, October 18, 2010
Check up 4mos
Urine..alhamdulillah ok cuma ada sikit je kotor. Heheh... Doc suruh minum air masak byk2. Lately ni pun aku kurang minum air, sampai bibir pun jadi kering. Masa nak scan pulak, damia paling excited. Siap ajak ayah gi bilik scan. Nak tgk baby katanya..... comels je! Masuk bilik scan, damia dulu yang naik atas katil. Sebab dulu dia penah pergi berdua je dgn aku. So dia da tau la proses selanjutnya. Masa doc scan, damia excited bgtau kat ayah yg dlm monitor tu adalah baby. Siap dia tanya... 'baby da nak kuar ke ni?' hihihihi... lambat lagi la sayang!
Cuma doctor nasihat minum susu + makan pil kalsium sebab backbone baby tak padu sgt. Kali ni aku malas nk minum susu. Makan ubat pun main skip je. So mulai hari ni, aku kena lebih disiplin. Berat baby pun doc kata, tak mencapai berat sepatutnya.. cuma 200gm lebih je skang ni. Tapi doc kata kalau backbone baby da kuat, berat pun bertambah la.... Masa scan damia nampak la baby tengah bergerak2.. 2 tangan kat atas kepala. Sibuk la dia dok tanya nape baby gerak2... hihihi... doc yg tolong jawabkan.
Khalish pulak, amik neb sebab batuk kahak. Rasanya macam nak beli je la mesin nebulizer tu. Letak kat rumah. Sebab asal batuk je mesti kena amik neb. Kalau tak, sure meragam tak tidur malam. Ishh aku da rasa dahhh... sebab sebelum ni aku berdoa sgt supaya aku dpt rasa batuk kahak yg teruk mcm khalish alami. Alhamdulillah, bulan lepas Allah bagi aku peluang rasa batuk kahak yang amat teruk. Sampai aku menangis.. nak bernafas pun susah. Serius rasa macam nak mati. Tu la 1st time dalam hidup aku amek neb.
So bila khalish batuk kahak, aku tau seksanya macamana. Susah nak bernafas. Budak2.. apa la yg diorang tau melainkan menangis..menangis..menangis.. sampai aku pun menangis sekali. Kali ni bila dia da start batuk dan aku dgr ade bunyi kahak.. terus je bawa g klinik. Ermmm... Malam ni harap boleh tidur lena. Walau aku tau kahak dia masih penuh dalam dada. Aku bagi makan madu dgn air masak balik keje tadi. Pastu tadi dia baru nk tido, aku bagi ubat. Tengok la progress macamana. Kalau teruk lagi, esok pagi kena amek neb lagi la nampaknye...
Ok, gudnite everybody! Gambar takde.. hhihihi.. boring la kan blog tanpa gambar ni.
Friday, October 15, 2010
Renungan di Pagi Jumaat
" KALAU NAK BERPERANGAI KEJI... PASTIKAN MUKA KAU LAWA. SEBAB KALAU KAU TAK LAWA TAPI BERPERANGAI KEJI.. ADALAH SANGAT KESIAN"
hehehe... ada lagi satu :
Kita jadi orang ni biarle orang nampak diri sebenar kita. Kalau tak pun, ko baik tapi orang ingat ko jahat takpe. Hakikatnya ALLAH tau. Tapi,.... aku memang tak boleh angkat la stok-stok manusia stok suci nih. Depan orang pijak semut pun tak mati rupanya kaki tangan dalam perut.
Maknanya di sini adalah...:
Kalau kita nak mengata orang, pastikan diri kita sempurna dulu.
Kalau kita nak mengeji kerja orang, pastikan kerja-kerja kita selesai dulu.
Kalau kita nak menyindir orang, pastikan diri kita dipenuhi ilmu dulu.
Kalau kita nak mengutuk orang, pastikan kawan2 kita tak pernah kutuk kita dulu.
Kesian.
Kesian kat orang-orang yang menyangka dirinya ramai kawan. Ramai tukang back-up.
Tapi hakikatnya.. diri kita sendiri. Alone. Kawan-kawan rupanya makan kawan.
'Harap muka je lawa tapi perangai macam setan' <-- ok la jugak ada +ve dan ada -ve. Tapi...
'Dah la muka tak lawa.. perangai pun macam syaiton' <--- memang kesian. Hehehe...
p/s: Oh.. btw, ada orang da dapat balasan di dunia lagi. Alhamdulillah... Allah Maha Mendengar. Allah Maha Adil.
Tuesday, October 12, 2010
Adakah setiap permintaan anak perlu ditunaikan?
Lately ni pulak kalau damia berebut apa-apa barang dengan adik dia, dan sebagai jalan penyelesaian mesti aku janjikan nak beli apa-apa yang dia suka. kadang macam rasa melampau pulak sebab asal berebut je dan nak bagi damia mengalah, aku pulak yang kena berjanji itu-ini.
Sejak itu, asal aku janji je nak beli apa-apa..pasti damia list kan apa yang dia nak. Listkan tu bukanlah bermakna dia pegi amik kertas dan pen.. pastu tulis. Takkk..! Mana lah dia tau nak tulis2 lagi. Tapi dia akan sebut apa yang dia nak. Mujur je lah dia tak keras kepala nak time-time tu jugak. Kalau takk..... jenuh jugak.
Ok meh kita tengok apa wishlist Damia:
Yang ni pun cantekk.. Comelll je. Arghhh rasa macam sekarang jugak nak landing kat dalam tu! Eh ni nak survey utk anak ke ibu..?? Ngeeeeee.......
2. LAPTOP PRINCESS
3. BEDDING SET PRINCESS
4. BEG PRINCESS
5. CAKE PRINCESS
Cantikk kannnnnnnnnnnn costume Snow White ni! Berkenan sungguh. Dah survey dah kat walmart. Mana lah tahu kot-kot damia masuk kindy nanti, ada event yang dia kena pakai costume, konfemmm aku beli yang ni! Hehe... costume ni wishlist ibu damia sbnrnye.
Wajarkah kita tunaikan semua kehendak anak-anak?
Pada aku, kalau mampu apa salahnya, kan? Bukan untuk membazir. Tapi ni pun salah satu tanda penghargaan kepada anak2 kita. Contohnya, kalau dia behave dan baik, atau cemerlang dalam akademik then kita hadiahkan apa yang dia nak. Mesti dia rasa lebih dihargai. Macam kita jugak la.. dah kerja penat2.. sekali sekala nak jugak beli baju idaman ke.. kasut n handbag idaman ke.. Budak-budak pun camtu. Cuma yang keluarkan bajet adalah mak bapak. Ok la tu kan.. heheheh.. kata sayang anak!
Harapan aku semoga satu hari nanti aku mampu tunaikan kesemua impian anak-anak aku. Impian mereka, impian ku jua. U all macamana?
Monday, October 11, 2010
Currently addicted to..
Sunday, October 10, 2010
10.10.10
Anyway, skarang ni aku kat shah alam, tak abis2 lagi beraya. Tadi sempat tengok NONA kat tv3. citer pasal pernikahan dr.musz dgn dr.halina. Mmg grand habis... aku bukan lah fanatik sgt cuma suke jeeee tgk dr.musz punye senyuman tu.. yg kelakar masa dorg interview dr.H pasal perkenalan pertama tu. Rupanya gatal gak dr.musz ni ekkk... nak ajar dr.H sorg jeeeeee padahal ramai lagi kwn2 dr.halina tu. huhu...
Apa pun, Selamat Pengantin Baru utk Datuk Dr. Sheikh Muszaphar & Datin Dr. Halina. Tak sabar nak tgk siaran langsung Perkahwinan Kayangan kt tv3 malam ni.
Gambar2 di atas aku amik dr FB khairulhazwan dan Fuad Topa. Cantikkkkk sgt gambar yg diambil gabungan CS & Kukubesi. Kalau aku mmg tak mampu la... Buat gambar manipulasi tu rm1k weiiiihhh sekeping. Minimum 10pcs. SOk2 damia ke khalish ke da besar.. hope diorg mampu leeeer pasal aku mmg suka gambar2 camni.
Tuesday, October 5, 2010
perasaan bila disahkan pregnant
Macam last pregnancy, kali ni pun unexpected jugak. Unplanned pregnancy. Aku tak de amik sebarang pil perancang atau suntikan, atau apa2 alat utk planning. Sejak melahirkan Khalish.. lebih kurang setahun lebih jugak aku tak datang bulan. Sebab fully breastfeed. Itu yang bagusnya.. period pon tak datang.
Cuma masa bulan April aku kan pergi kursus kat Awana Genting. Itu lah first time kursus yang aku tak bawak khalish. Bermakna aku hanya mengepam saja tanpa direct breastfeed. Tup-tup hari last tu aku period. Lepas tu bulan 5, tak datang period. So aku pun ok je la kan... Then lepas je kursus kat Awana tu.. macam berderet2 pulak kena attend kursus. Then bulan 6 period lagi. Bulan 7 tak period pulak..
So aku macam kata.. erm maybe 'dia' dtg irregular la kot. Tetiba hujung bulan 7 tu, aku rasa something. Rasa mual-mual. Loya-loya. Aku memang tak expect apa-apa pun. Pastu pulak perut aku memang terasa sakit menyucuk2. So pergi la ke klinik... doctor scan, katanya maybe ada cyst. Nak kata pregnant, rahim kosong. Memang kosong pun.. takde pa pe dlm rahim. So doctor refer ke pakar.
Seminggu lepas tu, aku ke KPMC. Nak scan sekali lagi la pulak dengan pakar. Masa scan tu.. aku ternampak sesuatu dlm rahim aku. Kecikkkk je. Bulat tak bulat sangat lah. Aku tanya doctor, tu apa. Doc kata, maybe air ketuban. AKu macam...?? Haaa? Air ketuban??? Bila doc tanya aku pregnant ke tak.. aku cakap la tak.
Then doc suruh buat urine test. Nak cek positive ke tak. Then aku tunggu je kt kaunter bayar tu. Bila nak bayar aku tanya kat nurse tu apa keputusan urine test aku. Bole takkk dia jawab camni... yang dalam keadaan aku yang mengharap tidak pregnant
'Tahniah puan...'
'Hahh? Tahniahh...???? apa keputusannya?' - dah gigil da masa ni
'Puan mengandung.... tahniah..'
Tahniahhh sangatt! Aku tak tau ape perasaan aku time tu. Gembira? Takut? Ngeri? Memang tak di sangka2. Bergenang air mataku. Tapi tu la. tak tau bergenang air mata sebab apa....
Sebab aku rasa.. khalish masih baby! Takkan dah nak jadi abang. Aku pun masih panggil dia 'adik'. Khalish pun masih belum pandai bercakap. Macamana nak jadi abang? Sama macam aku pregnantkan dia dulu. Aku rasa damia dulu masih baby. Tapi masa tu damia dah bijak. Dah petah berkata2. So tak terasa sangat.... cuma terasa yang dia boleh terima baby.
Seingat aku, aku pernah baca blog MAMA Miya pasal pregnancy while breastfeeding. Yup.. rasa syak wasangka terhadap diri sendiri bila baca tanda-tanda pregnant yang MAMA Miya cerita tu, ada kena sikit dgn aku.
Masa kandungan berusia 3-4minggu (masa tu tak tau pun pregnant) aku terasa macam khalish gigit2 niple aku.. masa menyusukan dia. Atau aku rasa gigi dia tajam2. Sampai rasa macam tak nak bfeed dia. Sakit. Tapi aku teruskan juga. Bila dah tau je pregnant terus rasa gigi2 tu dah tak de. Pheww...
Skarang ni, Damia memang tau dia nak dpt adik lagi. Khalish masih tak faham. malam tadi aku tanya khalish, baby mana??? Dia macam mencari-cari sekeliling. Cari baby farish yang sama main dgn dia kat rumah babysitter. Bila aku letak tangan dia kat perut dan kata baby dalam ni... dia tergelak. Pastu terus dia cium perut aku.. pandaiii nye... hihi..
Ahh rindu pulak dgn budak kecik 2 orang ni. Ermmm ok nak balik dah. Tak sabar nak gomol2 diorang. Daa~~~
Pagi2 dah buat aku hangin!
paling tak suka orang tak tepati masa.
Paling benci kalau kena tunggu orang lama-lama.
paling menyampah kalau dah penat tunggu, tiba2 cancel.
Aku...
memang boleh berbudi bicara.
tapi kalau kau tak boleh tepati janji.
boleh tak kau inform aku?
Aku..
bukannya penunggu...
bukan tunggul kayu yang takde perasaan.
bukannya tok pekong nak tunggu kau.. melanguk tak tentu masa
Kau...
ada henfon, sila campak ke longkang
kalau tak reti nak telefon
tak payah bagi macam2 alasan
kalau dah seharian aku tunggu kau
tapi batang hidung pun tak nampak!
Kau...
tolong ingat.. nak berjaya yang penting tepati masa!
tak kira lah dengan kawan.. dengan lawan
atau dengan kaum keluarga sekalipun
tapi kalau kau kata masa itu tak penting
jangan salahkan aku
kalau apa yg kau buat semuanya tak berjaya
kalau org paling dekat dgn kau pun tak ambil kisah lagi
sebab kau cuma pentingkan diri sendiri!
Gerammmmm..........
Sunday, October 3, 2010
Lucky Draw: Mungkinkah saya yang bertuah itu?
topsyturvymum buat contest. Lucky draw! Sangat2 senang.. tak payah nak cerita itu ini macam2.. tak payah nak serabut2 carik idea.
INI HADIAHNYERR..
TENG TENG TENG!
Product Information :
4 Dinner Plates, 4 Bread & Butter Plates,
Additional Information
Item Code 1065856
Weight 4,275g
Category Dinnerware
Pattern Geometric
Product Description
Corelle Dinnerware range is break, chip, scratch and stain resistant. Its made from a unique material called Vitrelle which compresses two layers of different glass compositions, so it's incredibly tough. It's microwave. Dishwasher and oven safe.
Syarat-syarat penyertaan:
1. Anda adalah seorang blogger. (InshaAllah lain kali aku buat lucky draw utk blogger dan reader pulak ye)
2. Beralamat/mempunyai alamat di Malaysia.(Bermakna yang berada di luar negara juga boleh menyertai kalau ada alamat di Malaysia.)
3. Penyertaan mesti dibuat di dalam bentuk entry secara STICKY POST di blog anda. Caranya, copy je la entry ni.(1 profile cuma layak masuk satu penyertaan sahaja.)
4. Setelah siap buat entry, sila hantar link penyertaan anda di ruangan komen entry ini. (Nanti aku masukkan link blog anda kat entry ni)
5. Tarikh tutupnya adalah bila-bila masa sahaja dalam minggu ni(Sebelum Isnin depan 04/10/2010). Aku akan buat entry kalau dah tutup. Bila dah tutup, maka boleh hilangkan sticky post tu.
6. Pemenang akan dipilih DI SINI.
Aku suke sbb.... Hadiahnye!!
16-pcs Dining Set Corelle. Waahhh... boleh tambah koleksi pinggan mangkuk kat rumah nanti ni.
Thx to pihak penganjur yang sudi anjurkan contest yang senang banget ni..... Ye.. TUAH AYAM NAMPAK DI KAKI. TUAH SAYA KALI NI, MANA LAH TAHU...kan?