Tuesday, October 12, 2010

Adakah setiap permintaan anak perlu ditunaikan?

Setiap anak pasti ada minat yang tersendiri kan? Macam Damia.. rasanya dia obses dgn kaler PINK. Asal nak beli baju ke.. beg ke.. ape ke.. mesti dia pilih yang pink! Tapi bagus jugak sebab ibu dia pun suke je.. baru la gugurl gitu.

Lately ni pulak kalau damia berebut apa-apa barang dengan adik dia, dan sebagai jalan penyelesaian mesti aku janjikan nak beli apa-apa yang dia suka. kadang macam rasa melampau pulak sebab asal berebut je dan nak bagi damia mengalah, aku pulak yang kena berjanji itu-ini.

Sejak itu, asal aku janji je nak beli apa-apa..pasti damia list kan apa yang dia nak. Listkan tu bukanlah bermakna dia pegi amik kertas dan pen.. pastu tulis. Takkk..! Mana lah dia tau nak tulis2 lagi. Tapi dia akan sebut apa yang dia nak. Mujur je lah dia tak keras kepala nak time-time tu jugak. Kalau takk..... jenuh jugak.


Ok meh kita tengok apa wishlist Damia:






1. KATIL PRINCESS



Kalau yg ni confirm tak dapatttt!!! Melainkan kalau harganya cuma 300-500 saja. Dalam Ringgit Malaysia ye... bukan USD! Tapi makan space jugak tu.





Kalau yang ni, maybe boleh jugak kot. Just guna katil biasa, pasang bedsheet princess dan canopy princess camtu. Kat Wallmart ada jual canopy tu. Tapi harga dalam USD la.. tak ingat lak bape.


Yang ni aku sukee.. Kalau ada kat Malaysia ni boleh la usya-usya harga. Hehehe.. nak beli sesuatu kena tengok dulu berbaloi ke tak. Kalau tak.. berangan je la! Mesti best kan kalau damia ngan adik2 landing atas katil gebu ni. Silap2 ibu dia lak yang conquer. ehhe



Yang ni pun cantekk.. Comelll je. Arghhh rasa macam sekarang jugak nak landing kat dalam tu! Eh ni nak survey utk anak ke ibu..?? Ngeeeeee.......


2. LAPTOP PRINCESS



Yang ni cantik. Tapi function biasa-biasa je la. Nama pun laptop budak-budak. Tapi budak2 skarang ni bukannye tak cerdik. Semua cerdik2 belaka. Kalau laptop gini, main sejam je la. Pastu dia da boring.. menyibuk la kat laptop makbapak.




Owh ayah kata nak bagi Damia netbook kan? Ok jugak tu.. nanti cuma beli je la laptop cover gambar Disney Princess ni. Cantik jugak kan??? Janji ada gambar princesssssss





3. BEDDING SET PRINCESS






Mahal jugak kan comforter set gambar-gambar Disney Princess ni. Tunggu ada katil khas untuk damia la baru beli bedding set ni. Ermmm tak pun wishlist no.1 tu buat mcm dlm gambar atas ni. Beli je katil single dan pasang je bedsheet princess. Sure dia tetap cakap itu katil princess. Hehe... Bijakk..bijak! Yang penting, save budjet.




4. BEG PRINCESS




Damia dah ada backpack princess. Tu lah yang dia bawak ke hulu ke hilir. Sampaikan nak pegi beraya rumah orang pun dia nak bawak. Dalam tu penuh dengan buku-buku dia. Beratt gile aku nak ngangkatnye! Tapi kalau beli yang luggage camni pun cantik kan...kan?



5. CAKE PRINCESS




Dah 3 kali birthday, tak pernah ada cake princess. Yang 1st gambar Strawberry Shortcake. 2nd gambar Pocoyo. 3rd share dgn adik, gambar Minnie & Mickey Mouse. Ermmm mahal jugak kan kalau nk buat cake mcm castle ni. Sedangkan fondant cake bentuk Princess pun da 200 lebih. Pheww berpeluh mak!
6. BAJU PRINCESS
Dah ada banyak.. takat t-shirt gambar disney princess tu je la. Dia bangga je pakai baju gambar princess. Hehehe.. Tapi kan...


Cantikk kannnnnnnnnnnn costume Snow White ni! Berkenan sungguh. Dah survey dah kat walmart. Mana lah tahu kot-kot damia masuk kindy nanti, ada event yang dia kena pakai costume, konfemmm aku beli yang ni! Hehe... costume ni wishlist ibu damia sbnrnye.



Wajarkah kita tunaikan semua kehendak anak-anak?

Pada aku, kalau mampu apa salahnya, kan? Bukan untuk membazir. Tapi ni pun salah satu tanda penghargaan kepada anak2 kita. Contohnya, kalau dia behave dan baik, atau cemerlang dalam akademik then kita hadiahkan apa yang dia nak. Mesti dia rasa lebih dihargai. Macam kita jugak la.. dah kerja penat2.. sekali sekala nak jugak beli baju idaman ke.. kasut n handbag idaman ke.. Budak-budak pun camtu. Cuma yang keluarkan bajet adalah mak bapak. Ok la tu kan.. heheheh.. kata sayang anak!


Harapan aku semoga satu hari nanti aku mampu tunaikan kesemua impian anak-anak aku. Impian mereka, impian ku jua. U all macamana?

7 comments:

lily azliyana @ mama zara said...

amboi..leh tahan wishlist damia ek..sume princess2 belaka..heheh..tp part katil tuh, rase starting lehla belikan die katil single n bedsheet princess kan..tantek gak..=p

Anonymous said...

ajan pon nak....hahahha

Sue said...

lily,
bukan bole tahan je.. tapi mmg tak tertahan2 dah tgk wishlist dia. hehe.. tu la.. rasanya pun gitu je. jimat. ehhe

********
anon aka ajan,
nak??? mintak la ngan datin normah. ehhe

kmieja said...

sue....cute jerk permintaan damia:)

umur2 mcm damia memang mcm tu kot...mesti nak kaler pink, mesti nak princess, mesti nak barbie...heheheh mcm kakak allysha kecil dulu...

tapi bila dah msk sekolah, semua tu dah semakin slow....dan semakin berubah citarasa:)

sisdee said...

salam..

actually depends pada kita gak...ada kala tak bole tunaikan semua sbb nanti dia terlebih tapi kalau kita mampu tak salah :)

i selalu ckp ngan my kids...apa dorg nak bole tapi bersebab dan tgk berbaloi atau tak...tapi mesti ada balasan yg stimpal le contoh kalau dia belajar rajin dapat le apa dorg nak :)

tapi katil tu pun i tergediks gak hahahhahaha

Sue said...

sisdee,

betul tu.. mmg la kalau nk ikutkan nak je kita bagi apa yg kids nak. tp tgk pada apa yg diorg nk bagi pada parents pulak. cthnye: lebih hormat dan tak mudah temper. hehe sbb my kid yg sorg ni mmg temper, dan tak pandai berdikari.

katil tu cantik kan.......

shiqin said...

ahahahaaa..sama la macam anak kita,awak..siap nak cawan pinggan sudu segala princess..baru ni tengok kat Tesco S.Alam ada bedsheet princess utk single fitted..kiut jugak..harga dalam RM150++ la gitu..gi la survey..biasanya ayat kita kalau nak comfortkan diri sendiri untuk belikan barang kat anak2 ialah,"Kata REZEKI ANAK2, belikan la kat anak2.." ni kata rezeki anak2,tapi ko pegi beli sport rim keta..ahahahahaa.. ;)