Monday, October 18, 2010

Check up 4mos

Pagi tadi gi check up. Dah masuk 17 minggu. Alhamdulillah... gerak baby pun da mula terasa. Seronokk.... :) Apa lagi yang menggembirakan orang yang mengandung..melainkan mula merasai gerakan baby dlm kandungan. Macam tak percaya kan dalam perut kita ni ada sesuatu yang bernyawa!

Urine..alhamdulillah ok cuma ada sikit je kotor. Heheh... Doc suruh minum air masak byk2. Lately ni pun aku kurang minum air, sampai bibir pun jadi kering. Masa nak scan pulak, damia paling excited. Siap ajak ayah gi bilik scan. Nak tgk baby katanya..... comels je! Masuk bilik scan, damia dulu yang naik atas katil. Sebab dulu dia penah pergi berdua je dgn aku. So dia da tau la proses selanjutnya. Masa doc scan, damia excited bgtau kat ayah yg dlm monitor tu adalah baby. Siap dia tanya... 'baby da nak kuar ke ni?' hihihihi... lambat lagi la sayang!

Cuma doctor nasihat minum susu + makan pil kalsium sebab backbone baby tak padu sgt. Kali ni aku malas nk minum susu. Makan ubat pun main skip je. So mulai hari ni, aku kena lebih disiplin. Berat baby pun doc kata, tak mencapai berat sepatutnya.. cuma 200gm lebih je skang ni. Tapi doc kata kalau backbone baby da kuat, berat pun bertambah la.... Masa scan damia nampak la baby tengah bergerak2.. 2 tangan kat atas kepala. Sibuk la dia dok tanya nape baby gerak2... hihihi... doc yg tolong jawabkan.

Khalish pulak, amik neb sebab batuk kahak. Rasanya macam nak beli je la mesin nebulizer tu. Letak kat rumah. Sebab asal batuk je mesti kena amik neb. Kalau tak, sure meragam tak tidur malam. Ishh aku da rasa dahhh... sebab sebelum ni aku berdoa sgt supaya aku dpt rasa batuk kahak yg teruk mcm khalish alami. Alhamdulillah, bulan lepas Allah bagi aku peluang rasa batuk kahak yang amat teruk. Sampai aku menangis.. nak bernafas pun susah. Serius rasa macam nak mati. Tu la 1st time dalam hidup aku amek neb.

So bila khalish batuk kahak, aku tau seksanya macamana. Susah nak bernafas. Budak2.. apa la yg diorang tau melainkan menangis..menangis..menangis.. sampai aku pun menangis sekali. Kali ni bila dia da start batuk dan aku dgr ade bunyi kahak.. terus je bawa g klinik. Ermmm... Malam ni harap boleh tidur lena. Walau aku tau kahak dia masih penuh dalam dada. Aku bagi makan madu dgn air masak balik keje tadi. Pastu tadi dia baru nk tido, aku bagi ubat. Tengok la progress macamana. Kalau teruk lagi, esok pagi kena amek neb lagi la nampaknye...

Ok, gudnite everybody! Gambar takde.. hhihihi.. boring la kan blog tanpa gambar ni.

3 comments:

lily azliyana @ mama zara said...

hehe..nanti2 lehlah upload gmbar scab bby plak..=D

nway, hope khalish cepat sembuh..sian kena amik neb banyak kali..

Sue said...

lily..
insyaallah tp malasnye nk scan. ehhehe...

Sue said...

lily..
insyaallah tp malasnye nk scan. ehhehe...