Tuesday, October 5, 2010

perasaan bila disahkan pregnant

Alhamdulillah.. kandungan dah nak masuk ke usia 4bulan. Kejap je rasanya. Mana tak nya.. ada 2 orang kanak-kanak riang yang sentiasa mengisi masa terluang aku. Phewww memang mencabar sungguh!

Macam last pregnancy, kali ni pun unexpected jugak. Unplanned pregnancy. Aku tak de amik sebarang pil perancang atau suntikan, atau apa2 alat utk planning. Sejak melahirkan Khalish.. lebih kurang setahun lebih jugak aku tak datang bulan. Sebab fully breastfeed. Itu yang bagusnya.. period pon tak datang.

Cuma masa bulan April aku kan pergi kursus kat Awana Genting. Itu lah first time kursus yang aku tak bawak khalish. Bermakna aku hanya mengepam saja tanpa direct breastfeed. Tup-tup hari last tu aku period. Lepas tu bulan 5, tak datang period. So aku pun ok je la kan... Then lepas je kursus kat Awana tu.. macam berderet2 pulak kena attend kursus. Then bulan 6 period lagi. Bulan 7 tak period pulak..

So aku macam kata.. erm maybe 'dia' dtg irregular la kot. Tetiba hujung bulan 7 tu, aku rasa something. Rasa mual-mual. Loya-loya. Aku memang tak expect apa-apa pun. Pastu pulak perut aku memang terasa sakit menyucuk2. So pergi la ke klinik... doctor scan, katanya maybe ada cyst. Nak kata pregnant, rahim kosong. Memang kosong pun.. takde pa pe dlm rahim. So doctor refer ke pakar.

Seminggu lepas tu, aku ke KPMC. Nak scan sekali lagi la pulak dengan pakar. Masa scan tu.. aku ternampak sesuatu dlm rahim aku. Kecikkkk je. Bulat tak bulat sangat lah. Aku tanya doctor, tu apa. Doc kata, maybe air ketuban. AKu macam...?? Haaa? Air ketuban??? Bila doc tanya aku pregnant ke tak.. aku cakap la tak.

Then doc suruh buat urine test. Nak cek positive ke tak. Then aku tunggu je kt kaunter bayar tu. Bila nak bayar aku tanya kat nurse tu apa keputusan urine test aku. Bole takkk dia jawab camni... yang dalam keadaan aku yang mengharap tidak pregnant

'Tahniah puan...'
'Hahh? Tahniahh...???? apa keputusannya?' - dah gigil da masa ni
'Puan mengandung.... tahniah..'

Tahniahhh sangatt! Aku tak tau ape perasaan aku time tu. Gembira? Takut? Ngeri? Memang tak di sangka2. Bergenang air mataku. Tapi tu la. tak tau bergenang air mata sebab apa....

Sebab aku rasa.. khalish masih baby! Takkan dah nak jadi abang. Aku pun masih panggil dia 'adik'. Khalish pun masih belum pandai bercakap. Macamana nak jadi abang? Sama macam aku pregnantkan dia dulu. Aku rasa damia dulu masih baby. Tapi masa tu damia dah bijak. Dah petah berkata2. So tak terasa sangat.... cuma terasa yang dia boleh terima baby.

Seingat aku, aku pernah baca blog MAMA Miya pasal pregnancy while breastfeeding. Yup.. rasa syak wasangka terhadap diri sendiri bila baca tanda-tanda pregnant yang MAMA Miya cerita tu, ada kena sikit dgn aku.

Masa kandungan berusia 3-4minggu (masa tu tak tau pun pregnant) aku terasa macam khalish gigit2 niple aku.. masa menyusukan dia. Atau aku rasa gigi dia tajam2. Sampai rasa macam tak nak bfeed dia. Sakit. Tapi aku teruskan juga. Bila dah tau je pregnant terus rasa gigi2 tu dah tak de. Pheww...

Skarang ni, Damia memang tau dia nak dpt adik lagi. Khalish masih tak faham. malam tadi aku tanya khalish, baby mana??? Dia macam mencari-cari sekeliling. Cari baby farish yang sama main dgn dia kat rumah babysitter. Bila aku letak tangan dia kat perut dan kata baby dalam ni... dia tergelak. Pastu terus dia cium perut aku.. pandaiii nye... hihi..

Ahh rindu pulak dgn budak kecik 2 orang ni. Ermmm ok nak balik dah. Tak sabar nak gomol2 diorang. Daa~~~

4 comments:

lily azliyana @ mama zara said...

huhu..samelah lebih kurang psaannye..time buat urine test sndiri arituh jantung rase berdegup2 jek sbb mase tuh klu leh mmg tak harap pregnant coz kebetulan kena ciken pox..mase nk jumper dr first time tu pon dok risau semacam smpai nak nangis rase..tp dh rezeki kan, kite terimalah ngan hati terbuka..cume harapnye bby sihat2 jekla n tkde kene kesan cikenpox mama die tuh..huhu

Sue said...

insyaallah baby takde pa pe tu... ada org yg tgh sarat peknen pon kena cikenpox... tapi baby ok. kena ikut nasihat doc la yg penting..

kak mieja said...

syahdu baca cerita sue:):)

dan sue harus bangga sebb boleh bfkan khalish serentak disamping pregnantkan bb baru:):)

alamaya said...

lama tak masuk sini..tup tup dah pregnant anak no 3..wahh..bagusnya......kyra still lone ranger lagi...hehehe....tahniah su