Friday, October 29, 2010

Tadika...stroller..etc

Sorry, agak lama tak update. Da nak abis bulan 10 dah tp entry setakat bulan ni baru bape je. Last week busy menyiapkan assignment dan slide presentation utk PTK under audit negara. Alhamdulillah... semuanya dah siap. Exam ptk pun da amik hari isnin n selasa baru2 ni. Lulus ke tak, itu belakang cerita. Yang penting adalah pengalaman menghadapi exam ptk tu macamana. So kalau la failed, at least kita dah ada pengalaman. Huhu ayat nk sedapkan ati je kott ni...

Lama tak update cerita pasal budak kecik 2 orang tu. Bukan tanak update. Tapi bila gambar takde, nk cite pon jadi malas. Ehemmm.. setakat ni dah survey da camera idaman hati. Insyaallah, sikiiiiit je lagi dapat la tu. Da ada camera nanti lajuu la update. Nak repair camera hp ni entah bila pun tatau la. Banyak agenda dalam kepala ni.. semua nak pakai duit. Mujur la ada bonus tepi2 kan.. hihihi..Tu yang bagusnya kalau ada bisnes part time ni.

Tahun depan, damia masuk 4thn. Dah lama sangat dia sibuk nak ke sekolah. Skarang ni kalau apa2 yang dia buat, mesti dia cakap 'mia pandaiii... kan mia da nak skola'.

Plan nak hantar dia ke Islamic Montessori kat Saujana Impian. Kat situ dia terima budak dari umur 2 thn 1/2. learning method based on montessori. Monthly fee kalau tak silap dalam rm250 la kot. Tak tau la kalau thn depan fees naik pulak. Ada kwn yang tanya jugak, kenapa nak hantar damia skolah cepat2. Baruuu 4 thn. Nanti dia cepat bosan.

Pada aku, elok lah aku antar damia ke skolah. Umur 4 thn tu dah elok sgt. Antara sebab aku nak antar dia ke montessori adalah :

1. Damia jenis temper. Kurang sabar. So kat montessori ni dia ajar benda2 basic dalam kehidupan macam cara pakai baju... masukkan benang dlm manik. So benda2 ni boleh develope kesabaran budak2.

2. Damia suka berkawan. Kalau kat skolah tentu ramai kawan. Jadi kalau nak mewarna ke apa ke, sure damia lebih berminat.

3. Damia sendiri yang mintak nak ke skolah. So aku pasti dia ada minat nak bersekolah. Sebelum minat tu tertutup, baik aku dedahkan dia dgn alam persekolahan.

4. Aku plan nk dia skolah kat sek.cina. So utk umur 4yr ni, aku antar dulu ke islamic kindy. So that dia boleh belajar doa2 n everything. Nanti umur 5-6yr, plan lain pulak. Belum pk. Maybe Smart Reader kot...

Aku dah called tadika tu. Owner tu kata dah boleh register untuk next year. Tapi aku tunggu la bulan 11-12 ni. Sebelum tu nak gi survey dulu la.. cemana diorang mengajar... cemana budak2 belajar. Kalau bole, bawak damia sekali. Eh dah nak cuti sekolah da ekkkk. Alamakk.. kena set date cepat2 ni.

Eh pasal stroller, next entry la ekk. Panjang dah ni, kang boring nak baca. hehehe..

No comments: