Monday, November 1, 2010

Stroller oh stroller

Kami hanya ada 1 stroller je, beli masa umur Damia setahun lebih. Masa mengandungkan Khalish sampailah da bersalin memang tak plan pun nak beli stroller lain. Sebab masa tu pikir Damia sure taknak naik stroller dah. Lagipun dia dah boleh jalan. Selalu bawak stroller pun, dia taknak duduk dalam tu.So cuma membayangkan kalau gi jalan-jalan, Khalish duduk dalam stroller, Damia jalan je...

Tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Maybe perasaan cemburu si kakak pada si adik la kan. Biasa lah tu... Sampai sekarang ni pun, terpaksa bergilir2 naik satu stroller. Tak pikir pun nak beli lagi. Sebabnya kadang kakak nak jalan2.. lari2.. kadang adik pulak. kadang tu, dua-dua tak nak duduk dalam stroller. So, tak yah la nak membazir!



Maclaren Quest Sport


Kat atas tu adalah stroller yang digunapakai sekarang ni. Sesuai untuk toddlers hingga 18kg. Standard pada rata-rata stroller la kan... Tapi Damia skarang dah lebih 20kg! Kadang aku rasa, menangis kot stroller ni nak bawak damia, esp kalau dia tido. Tu yang rasanya macam nak tukar kepada stroller kat bawah ni:


Maclaren Techno XLR


XLR ni boleh tampung toddlers sampai berat 29.5kg. Sesuai sangatt lah untuk Damia, kan? Nanti damia taknak pakai, Khalish pulak.. kan? :)

Eh tapi kan tahun depan Insyaallah, ada baby lagi. Nak tak nak, memang kena beli jugak stroller lagi satu. Yang quest sport yang ada skarang ni, agak tak sesuai untuk baby sebab tak leh decline abis. Jumpa satu stroller yang agak praktikal jugak :



Baby Trend Sit n Stand LX Galaxy





Aku membayangkan, Khalish duduk kat depan. Damia duduk @ berdiri kat belakang tu. Tapi persoalannya: adakah stroller ni larat nak bawak diorang? Kalau tengok spec dia, fit utk toddler front sit ~ 40lbs. Jump seat (belakang tu) ~ 40lbs. Maknanya 40lbs = 18kg. Masih tak rasa sesuai untuk Damia. Ermmmm.......




Phil n Teds



Yang ni cantik, kan..? Tapi aku macam tak berkenan sebab seat belakang tu rendah sangat2. Imagine Khalish kat depan, adik kat belakang. Rasa macam... ermmm dekatt sangat dgn lantai. Ah pening jugak ekk?

Kolcraft Contour Option Tandem Stroller


Yang ni pun cantik jugak. Ada banyak option seat facing. Harga boleh tahan jugak la... Tapi kalau pandai carik je yang secondhand tapi in very good condition la. Murah pun tak murah sangat la.. tetap 1k above. Perghhhh... *lap peluh*


Ok. So skarang pilihan yang aku ada :


1. Let go Quest Sport yang ada, beli XLR. Ni untuk Damia. Kalu tanak letgo QS tu pun bole,tapi nak simpan mana pulak?


2. Pilih tandem stroller yang terbaik. Untuk Khalish & Adik nanti.


Tak ada decision lagi ni. Tengah survey lagi apa kata orang lain pasal stroller2 di atas, dan lain2 stroller gak. Kalau kawan2 ada cadangan/pandangan..bole la kongsi sama2 yek!

8 comments:

kmieja said...

suee

akak suka yg 'Baby Trend Sit n Stand LX Galaxy' tuh...rasa macam fleksi mcm2 blh pakai:)

Sue said...

ye ke kak.. sue pun suke. kalo beli tu, yg ada skang ni bagi kt baby ke ekkk...?

lily azliyana @ mama zara said...

Zara jugak yg tak suke masuk stroller..umur 10 bulan stroller dh bungkus masuk stor..heheheh

Pink Kouture said...

Olla!!! Looking for exclusive and limited scarf design?Do visit our blog http://pinkkouture.blogspot.com/ .We do sells inner tudung with awning too.Theres a lot of colours for you can choose!!!If you are interested just drop me an email at pinkouture@gmail.com

Sue said...

lily, ye ke... tp kalau ade adik nanti belum tentu dia tak jeles. mcm damia, masa sorg2 dulu even bwk stroller pun dia tetap nk jalan sendiri. Stroller just stdbby utk dia tido je.. tp bila ada adik, tak bg pulak adik naik. sabarr je la..

gee ryder said...

i skg plan nk beli phil&teds tu sbb leceh nk angkut dua stroller..tp plan jela harga dia kan leh tahan kena lap peluh bab kata u hehe..
aqeel smpai la ni mmg duk dlm stroller jer..kdg dia nk turun jugak tp xbole lama dia tu, lepas je terus berlari..dedua tu pun stroller dia..afeef je sian sket kena guna yg abg hehe

Sue said...

waaa best tu gee! tp mmg berpeluh la nk kuar duit.eehehe.. tp penah tgk org bwk phil&teds kat zoo. Yanh duduk belakang tu dekat sgt dgn lantai jalan la. bukan pe.. selamatkah utk anak2 kalau tgn dia jenis tak dok diam nak pegang jalan tu, takut tegelek ngan tayar stroller pulak *imaginasi melampau kah?*

azyanie said...

try strollermania.blogspot.com