Saat aku menaip, bergenang air mata ku..
Innalillahi wa inna'ilaihi roji'un..
Aku tak kenal arwah. Tak pernah baca blog arwah. Tapi bila aku dapat tau beliau dah tiada dari blog seseorang.. aku terus buka blog arwah.
Sekali lagi jiwa aku tersentap. Bila melihat anak kembar 3 arwah yang masih kecil. Arwah baru memiliki blog.. rasanya belum puas arwah meluahkan apa-apa kenangan beliau terhadap anak² dan keluarga tercinta.
Arwah memiliki 6 orang anak, termasuk kembar 3 yang baru berusia beberapa bulan. Aku rasa arwah tak sempat pun sambut ulang tahun pertama anak kembar 3nya. Tapi Allah lebih sayangkan arwah.......
Info dari seorang blogger iaitu AMRAFAHAN, arwah meninggal dunia sebab terjatuh di bilik air.
Aku kesian pada anak-anak kecil itu.. kehilangan ibu pada usia mereka masih muda. Jika mereka masih menyusu badan, alangkah kasihannya.............................................. tak dapat aku bayangkan.
Al-Fatihah untuk Arwah Kak Aisyah. Semoga roh beliau ditempatkan di kalangan orang-orang beriman...........
Semoga anak-anak ini dipelihara sebaik arwah ibu mereka memelihara dan menyayangi mereka........
2 comments:
sedihhhhhhhh sangat:(:(
kesiannnn...mlm2 mesti cari mamanya...hhuhuhuhuhu.....
ye la k.mieja.. malam2 mesti cari mama dia. kesiannyeee... mesti asyik nangis2 kan.. kalau sy jd salah sorang family member dia pun akan berjurai2 air mata sy tiap kali budak2 tu nangis... kesiann sgt
Post a Comment