Tuesday, November 23, 2010

Anak permata hati ku

Lama tak citer pasal anak-anak. Makin hari makin nakal dengan keletah masing-masing.

Khalish aka adik *soon to be abang*

-Sudah berumur 1 tahun 8 bulan
-Masih belum pandai bercakap. Cuma yang dia tau 'ayah', 'hishhh'(fish), kadang² terdengar 'buu' esp time nangis, ermm apa lagi ek? tak banyak yg dia leh sebut. berat mulut sikit budak sorang ni tapi apa orang cakap atau suruh, semua dia faham. Doctor kata normal.. so tak risau apa sgt pun.
-Berat terkini 13kg.
-Agak lembekkk compare kakaknye. Tgk cara dia berlari pun da tau. Ni kes terlebih manja kot..
-Suke menjerit. Kalau nangis pun jerit sekuat hati sampai bingit telinga rasa nak ciliii je. Masa duduk rumah opah kalau jerit tak la bingit sangat sbb rumah open air. Bila duduk rumah teres ni, bergema satu taman agaknye!
-Paling suke makan! Terhibur tengok ketelah dia masa makan.
-Dah pandai bergaduh dgn kakak.
-Dah pandai jeles dgn kakak.
-kalau buat bunyi ayam paling comel 'khookk koohkk khookk..' hehe mcm nak kuarkan kahak je.
-masih mahukan boobies ibu time balik keje dan time malam. Walau hasilnye tak de sgt, tp dia tetap mahu. Alhamdulillah..


Aksi terkini kalau di ajak bergambar - mesti nk cangkung!




Suke gambar ni, nmpk sgt manjanye...
Damia aka Kakak
-Sudah berumur 3 tahun 8 bulan *kakak & adik lahir sama bulan, yg no3 nnt pun sama bulan jugak*
-Makin nakal... tapi mudah merajuk
-Pandai main & pujuk adik.. pandai jugak bergaduh dgn adik
-Pernah berjaya pakaikan adik pampers! Cantik je dia pakaikan adik pampers. Cam tak caya je..
-Berat terkini 18kg.
-Penulis skrip terhebat - sebab asyik2 bagi skrip kat ibu, suruh lakonkan semula. Ceittt..
-Cepat bosan dengan sesuatu - cthnye mewarna. Tak sampai 2minit dia da boring.
-Mulut tak reti diam. Bila dia takde, sunyi je rasa...
-Pandai bodek orang..
-Skang kalao nak keluar suka pakai tudung. Boleh la tahan selama 2jam je.. hehe..
-Paling tak suke ikat rambut. Kalau ikat pun tak sampai 1jam da bukak..
-Faveret kaler adalah PINK
-Fanatic princess & strawberry








Ibu saaaayangggggggggg kakak & adik!! Muahhhs..

4 comments:

lily azliyana @ mama zara said...

2 beradik yg semakin membesar ngan jayanya!!hehehe..nway, Zara pon skang dh start minat princess2 sah..gegirl la katekan..hihi

Sue said...

gegirl... mesti nak yg pink n princess.. hehe..

Mieja@Faiza Amir 2001 said...

comelnya kakak pakai tudung:)
khalish mcm budak besar dah...heheheh nak jdk abg yer tak lama lagik:)

nenen mama lagik kan?

Sue said...

k.mieja,
khalish masih nenen lagi. tp takde susu dah la rasanya... siannn dia. nenen pun just nk ilang rindu je kot. hehehe