Monday, November 15, 2010

Breastfeed while pregnant

Kandungan sudah berusia 5bulan+. Alhamdulillah... loya pening kadang2 aje. Cuma skarang ni dah mula muntah kuning yang pahit sgt tu. Tak sukeeee!!! Penat2 badan tu biasa lah kan.. dengan anak2 yang mudah meragam. Kakak & adik dah pandai jeles sesama sendiri. Kalau aku peluk kakak, adik akan marah2. Macam tu la sebaliknya... Tapi kakak dah pandai cakap. Bila aku cakap aku kena sayang kakak & adik, kakak kata tak boleh.. kena sayang kakak sorang je! Aihhh... sabar je la..

Sampai skarang ni masih breastfeed adik. Walaupun susu bole kata.. ermm takde dah kot. Kalau picit pun nak tak nak jee kuar. Tapi selalunye adik bfeed masa nak tido. Nak bagi mata lalok. Kadang tu, aku tanya jugak 'ade ke susu?' pastu adik angguk2 sambil mata lalok2... tak pun yang paling comel, adik picit2 pulak boobies aku. Pastu dia gelak2.. ehheh..comel!

Tapi kadang emak tegur jugak. Dia kata patutnye adik dah wean off. Sebab takut zat utk baby hilang. Tapi aku explain balik kat mak... zat tak hilang pun sebenarnya. Kalau ikut org tua2 memang la kan.. once dah pregnant so anak kena stop bf! Tapi itu mitos orang dulu2. Orang skarang ni... semuanya boleh! Doktor pun kata takde masalah. Asalkan si ibu jaga makan minum, ambil banyak air.. supplement esp calcium. Zat untuk anak yang bf dengan baby dalam kandungan memang ada... jangan risau. Cuma untuk si ibu je kena pikir.. so kalau si ibu nak kuat, kena jaga makan minum. Makan supplement...

Aku selalu refer website yang menggalakkan susu ibu. Contohnye di SINI. Banyak lagi website lain... just google je lah 'Breastfeed while pregnant'. Berderet2 link yang keluar. Aku tak berniat nak wean off adik pun. Insyaallah lagi 4bulan je lagi nak dapat baby ke-3. Aku harap dapat tandem nursing. Cuma kadang2 pikir jugak.. sempat tak nak pam untuk kumpul stock nanti. Eheheh.. tapi adik dah besar. Dah nak jadi ABANG. Lagipun baby baru keluar nanti, adik dah 2tahun. So keutamaan untuk baby la nanti. Tapi aku tetap cuba utk tandem nursing. Kalau orang lain boleh buat, kenapa aku perlu mengalah, kan?
Pit stop.
hehehe.. masa ni kat Kuching. Nampak tak kaki adik tu? Camtu lah kalau tgh menyusu.. tapi skarang ni dah freestyle.

Muka orang puasss.. hehehehe... dah lepas bf, pastu dia buat muka kepuasan. Menjilat2 bibir bagai.. hehe comel je

Apa pun, syukur sebab suami memahami. Thanks Abang... Love u!

2 comments:

Mieja@Faiza Amir 2001 said...

salamss sue,

semoga sampai kepuncaknya utk bf khalish.......seronoknya pregnant sambil menyusukan:)

seronoknya allah bg kelebihan dekat sue:)

nanti dah bersalin, pam banyak2 plak yer:):)

daisy said...

comel betul aksi diorang nih