Sehari sebelum raya, beli barang2 nak di masak. Tak plan pun. Masa kuar nak gi keje pagi tu, ternampak gerai org jual daging. Stop kejap, beli paru + limpa + hati.. pastu nampak ayam pulak. Beli pulak ayam tua, sekor. Pastu beli bahan-bahan macam serai, halia, kunyit etc.
Malam tu baru aku start memasak lepas semua bahan2 siap. Paru hati limpa tu aku rebus dulu siap2. senang nak potong. Bila mengenangkan yang nak makan cuma 4 mulut, so ayam tu aku masuk freezer dulu lah. Paru limpa hati pun dah banyak sgt.. Pagi raya pulak aku masak kuah lontong dengan sambal ikan bilis. Nak buat kuah kacang, tak de bahan. So belasahlah sambal ikan bilis, buat lawan kuah lontong tu.
Juadah raya kami : nasi impit, rendang paru hati limpa, kuah lontong, sambal ikan bilis, & choc moist cake (yg ni beli kat opis-mate). Not bad la kan... Takde gambar tgh makan sebab baju semua orang pakai baju duduk rumah je. Sebab nak pegi surau tengok orang korbankan lembu. Aku bawak anak2 je la... tapi suami nak tolong2 melapah.
Mula2 hantar ayah dulu ke surau. Pastu antar anak buah ke komuter. Then patah balik surau, bawak Mia & adik tgk lembu. Drpada ramai org ppuan yang tengok, sampai la aku rasa aku sorang je perempuan kat situ selain damia. Sabooo je la. Demi anak, tahan je la kebas kaki.
Banyak gak lembu yang dikorban kat surau ni. 8 ekor semuanya. Ramai yang menolong. Tengahari dah setel semuanya. Ayah yang menolong orang ni dapat la sikit bahagian. Kira pada aku banyak jugak la kalau takat nk makan 1 family kecik ni.
Seronok bawak anak2 tengok ibadat korban ni. Macam2 soalan tak terjangkau dek akal di tanya. Contohnye:
nape kena potong lembu tu?
nape kena potong kaki tu?
ehhhh tu telor lembu kan yang panjang2 bulat2 tu?
nape nak potong kecik.. nape tak masak terus?
Haaa sila jawab!
Sebab lembu tu besar
Sebab nak masak kaki tu
eh bukan, itu perut lembu *berpintal2 mcm usus itu adalah perut*
Kena potong kecik, nak masak tak muat kuali la kalau nak masuk sekor2 tu..
Hahahha.. last skali jwpn/soalan : muat lahhh! kuali kan besar *cuba bayangkan seekor lembu digulai dalam kuali* gedebuk camtu.. sape nk makannnn?????? :p
Ayah start nak melapah
Ni aktiviti kat rumah sementara tunggu ayah balik dr surau. Nampak mcm adik lagi besar kan?
Nak tau apa yang spesel, yang di bawa pulang oleh ayah??
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
tak reti la buat dot dot ni panjang2.. lenguh!
.
.
Yang kiri dah siap 'siang', yang kanan n atas kecik tu belum lagi. Ni saje nak bagi contoh beza yang dah 'siang' dengan yang belum. Ini jugak 1st time dalam hidup aku buat sendiri benda ni. Selalunye emak yang buat, aku tengok je kejap2. Letihhh weiiiihh nak mengerjakan benda ni. Nak masak otak ni, kena buang dulu urat2 darah tu. Kalau tak kena gaya, hancur la benda ni sbb lembek gile..
Kebetulan, masa gi beli paru tu aku tanya jugak kat org jual tu kot2 ada OTAK. tapi nan ado la kan... pastu masa tgk orang melapah, hati ni nakkkk je cakap kat ayah - kalau bole amik la otak bawak balik. Tapi bila pikir balik ini kan lembu orang, sape aku nak demand2. So senyap dalam hati je la. Bila ayah balik aku tengok ada otak. Happy tak terkata! Dah siap bilas2.. simpan dulu dalam freezer. Sabtu ni nak masak lemak cili api. Perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh meleleh da air liur ni!
Petang tu, lepas ayah berehat2 baru kami bersiap nak ke rumah emak. Baju adik tu baju raya Aidilfitri. Memandangkan masa tu sekeping gambar pun tadek, so kali ni aku pakaikan jugak. Mia punye adalah baju baru tapi da lama tempah. Hehhe.. Comel kan 2 beradik ni.
Masa kat rumah emak, damia & khalish tengok opah macam pelik je.. Masing2 takut nak dekat. Nak amik gambar ni pun damia takut. So aku pun kena la join skali. Tapi adik memang tanak bergambar sama. Tu opah tengah panggil adik la tu.. dia jenguk kat pintu je.
Masa nak balik malam tu, singgah speedmart beli susu. Pastu aku nak singgah sini, nak tapau.
Ingatkan nak tapau air je, minum dalam kete sebab da kul 10mlm. Tapi damia sibuk nak makan situ. Apa lagi feveret dia kalau bukan half boiled egg. Aku...?? Macam biasa la...
Hazelnut White Coffee pujaan hati ;)
Ingatkan nak tapau air je, minum dalam kete sebab da kul 10mlm. Tapi damia sibuk nak makan situ. Apa lagi feveret dia kalau bukan half boiled egg. Aku...?? Macam biasa la...
Hazelnut White Coffee pujaan hati ;)
1 comment:
Suka makan bahagian2 dlm lembu ek..saye mmg tak reti nk makan otak ke, hati, limpa sume tuh..tau makan daging jek..huhu
nway, sweetnya damia siap berjubah n bertudung..berani budak2 tu tgk lembu kena sembelih ek..aunty ni pon pernah sekali jek setakat ni tgk lembu kena korban..smpai tang kerat leher mmg ngeri amatla..siap nyorok belakang org lagi..=p
Post a Comment