Tuesday, November 9, 2010

Alasan...alasan..!!!

Esok sepatutnya aku pergi ke satu bengkel kat Ampang. Office punye la... Bengkel selama 3 hari. Tapi aku terpaksa untuk tak pergi. Aku assign assistant utk gantikan. Kenapa?

Sebab pertama adalah babysitter pun mintak cuti esok. Sebab ada appointment dgn doctor kat hospital untuk check balik minor operation dia ari tu. For sure kalau gov.hosp ni even kau punye appointment pukul 8pagi, tentu2 setel semua dekat kul 1 tghari. Aku tau sangat la.. Sebab aku pun selalu pegi gov.hospital. Sedar diri ni bukanlah kaya mana kalau asyik nak pergi private hosp. je... Lagipun babysitter tu pun pregnant jugak!! Adehh... sian la kat dia kalau nak jugak hantar anak kat dia. Kalau aku pergi bengkel tu, tentu2 mintak dia tolong jaga anak siang malam. Abis tu tak pikir ke orang tu mabuk ke..pening ke.. loya ke..

Husband jaga anak? Owhh husband aku bukannye kerja ikut time macam orang lain. Bukannya masuk kul 8am, kuar kul 5pm. Husband aku kerjanya kadang start awal pagi.. kadang tghari sikit.. tapi siapnye kadang-kadang sampai 10malam. Tu pun kira awal jugak.. kadang tu sampai 3-4pagi baru balik rumah.. Aku tak kisah, sebab aku tau dia keluar untuk cari rezeki yang halal. So tak payah nak compare kan dengan laki orang yang kerja opis.

Sebab yang kedua - esok jugak mak aku kena gi hospital. Ikut plan doctor, esok mak masuk wad. Maybe lusa akan di operate. Mak operate mata, ganti kanta baru. Biasa lah orang tua... selaput mata da tebal. Walaupun skarang ni aku dah duduk sendiri, tak duduk dengan mak, tapi tak bermakna aku tak jaga dia kat hospital. Plan aku, siang aku boleh temankan mak sebab dah apply cuti siap-siap. Malam, anak buah boleh temankan pulak. Takkan nak harap abang aku... kalau mak kencing berak, takkan abang aku pulak nak cebokkan? Nak suruh nurse? Kalau kaya raya antar hospital swasta boleh la nurse buatkan semua.... semua masuk dalam bil, apa nak kesah kan??

Takkan nak suruh kakak2 aku pulak.... sorang kat KKB, jauh kalau nak suruh datang. Lagipun dia pun tak sihat sgt. Yang kat semenyih pulak, keje babysitter. Mengasuh anak orang. Takkan pulak kakak aku nk mintak cuti. Dia pun dok sakit2 badan. Maklumla... diorang sume umur da 45-52tahun. So aku yang muda ni, yang masih kuat.. ni la yang kena jaga mak. Lagipun masa mak sakit n admit ward dulu-dulu masa aku bujang pun, aku yang dok ulang-alik siap tido2 kat hospital. Aku dah biasa berdikari. Dah biasa susah. Semua benda aku boleh buat.






Tapi tak semua orang faham diri kita....

Tak semua orang tau masalah kita...

Tak semua orang boleh terima alasan kita...

Terpulang lah.

Fullstop!

5 comments:

Mieja@Faiza Amir 2001 said...

sue, pengalaman mengajar kita erti kehidupan kan......akak pahammm...huhuhuh akak lagilah jauh dari kedua-dua family, susah senang jaga anak sendiri.....

PS: cantek header bunga daisy:)akak suka....:)

Lady of Leisure said...

hanya kita yang faham masalah kita kan..

Sue said...

k.mieja,
mmg betul, pengalaman mengajar erti kehidupan. skarang ni nk ckp dgn orang pasal prob kita pun sgt berhati2. takut disalah tafsir.

******

Lady,
yups.. setuju 200%

Wan Anie said...

sue dah buat yang terbaik... hanya kita yg tahu apa yg terbaik tuk diri sendiri.

Sue said...

wan,
betul.. hanya kita yg tau apa terbaik utk diri kita, kan?