Thursday, November 4, 2010

Entry sempena Diwali

Esok cutiii... Yeayyy!!! Pagi tadi on d way pegi kerja dengar radio era. Lagu-lagu hindustan. Wallaa weiiii... mengimbau kenangan2 lama. Eh tapi bukan kenangan dengan sesape. Cuma kenangan diri sendiri yang tak sedar diri je.. heheh.. Aku dari kecik lagi memang dah biasa dgn filem hindi. Mak aku punye feverett la katakan. Asal hari Jumaat/Sabtu je mesti tengok citer hindi kat tv. Pastu agak lama jugak aku tak tengok, sampai sekolah menengah. Tiba-tiba aku jadi suke balik tgk citer hindi. Sumenye gara-gara citer ni:




Waaahhh..siap pegi Mydin beli vcd dia! Tapi kawan aku yang beli. Then lepas dia tengok, aku pulak pinjam dok ulang-ulang pasang. Hehehhe.. terus jatuh cinta balik dgn filem Hindi. Masa citer ni, SRK ngan Kajol masih muda lagi.... Pastu aku suke part anak SRK pegi camp. Ada belon2. Cantik je.. Masa tu feel budak2 lagi. Maklum ler.. baru Form 2 time tu.

Sejak cite KKHH tu, sume filem lakonan SRK & Kajol memang menjadi pujaan aku la. Tak missed langsung. Antaranya yang aku ingat tajuk nye lah kan...:



Cite ni pasal diorang sama2 pergi bercuti ke Zurich. Ikut kawan masing2. Tapi kenal kat Zurich la. Bila balik India, diorang dah jatuh cinta. Camtu la kot.. tak bape ingat. Tapi yang best biasa lah.. lokasi penggambaran yang mahal gitu. Zurich kan.... cantik.. feeling2 main snow! Baring2 atas rumput ada bunga.. wahhh gituuuuu... Lagu-lagu dalam citer ni pun best2 kemain lagi.






Haaa ni lagi satu! Citer lakonan SRK yang best. Aku suke sbb dlm citer ni SRK berlakon 2 watak. 1 jadi Badshah - penyiasat persendirian. 2. Eh aku lupa la pulak. Samada jadi penjahat atau jadi budak yang kadang2 macam mengada-ngada, jenis anak mak tu... Konpius..konpius.. Banyak lagi filem lakonan SRK yang aku suke. Tapi pada aku dia memang sesuai berlakon ngan Kajol, takpun dengan Rani Mukherjee. Suke Rani sbb suara dia husky :D


Owh lagi satu:





Waaaa..sedih gile citer ni! Walaupun lakonan SRK tak banyak dalam ni, tapi aku suke jalan cerita dia. Ni la satu-satunya filem Hindi yang aku gi tengok kat panggung wayang!!! Hahaha... Ingat lagi, tengok kat TGV KLCC. Dalam tu gelap la kan.. pastu ramai yang bangsa2 yang paham tengok citer hindi tanpa baca subtitle. Aku kuar je dari pawagam, tengok punye la ramai makwe2 yang tersedu-sedan.. menangis2 kuar dr wayang. Aku pun jadik heran. Pikir punye pikir.. laaaaaaaaaaaaaaa... gila menjiwai betul la diorang ni. Kot ye nak nangis pun agak2 la kan.. Hahahhaha...



Tapi citer ni kalo ulang 80kali pun, aku tetap menangis2. Sedih gile... Tapi yang aku tak berkenan anak si Chopra tu. Gelabah semacam. Da la tak ensem. Yang lagi 2 orang tu.. awwww..cairrrr dibuatnye. Hihihi.. Oh tapi sebelum aku suke dgn SRK, aku terlebih dulu kagum dengan lakonan Amitabh Bachan. Itu memang dari dulu smpaiiii skarang. Siap berangan2 nak pakwe mcm AB. tinggi. macho. Tapi skang dpt sleeping partner yang kaler-kaler mcm kulit AB pun dah syukur la sgt. Hahahahahahhahahah...

Oh lagi sorang pelakon pujaan aku adalah Jackie Shroff. Macho kan? Lagi2 kalo dia berlakon jadi polis. Dengan mata yang macam nak taknak je bukak. Kuyuuu je. Dengan misai yang alahaii.. memang daya penarik la misai dia tu.





Tengok tu... macho beb!!




Lagi satu filem yang memang buat aku menangis tak hingat *tapi kalo ade org mmg nangis dlm ati je la* adalah citer Mann. Lakonan Aamir Khan dan Manisha Koirala. Best gile la! Lagu-lagu sumenye best. Siap boleh hafal lagi. Sedih2 gak lagu dia. Paling suke lagu masa kat dalam kapal Cruise.




Selain dari filem pelakon2 yang aku sebut tadi, ni ha.. kalau filem lakonan Salman Khan dgn Karisma Kapoor, memang feveret lah! Walaupun lakonan Salman Khan tu macam lelaki yang tergedix, mengada-ngada.. tapi tang bukak baju tu walllaaahhweeiiiii... 6 packs oittt!!!! Syokkk je kan??? *angkat2 kening*





Ni antara lakonan diorang yang paling aku suke. Koleksi vcd citer2 hindi ni banyak kat umah mak. Ada yang aku beli, ada yang abg aku beli. Citer ni je aku rajin dok ulang-ulang. Siap tulis lirik lagu yang diorang nyanyi. Hapallll!! Hahahha mcm hapeee je. Pastu lagu2 diorang ni kalo wat senaman ringan kat rumah konfem berpeluh. Tak caya, try lah! Ikut step diorang okeh...


Tengok citer Dulhan Hum Le Jayenge ni buat kan aku tersenyummmm je dari awal sampai abis. Hehehe.. Takde feeling nangis2. Tau je la Salman Khan tu. Kalo dia berlakon menangis2, sedih2 tu aku rasa macam nak baling kasut je.. buruk gile!!!



Nahhh aku bagi hadiah untuk korang sempena Diwali. Ni faveret song aku! Heheheh...




No comments: