Monday, November 22, 2010

Otak Lembu Masak Lemak Cili Api oh sedapnye...

Saje nak kongsi resepi dengan kawan-kawan sekalian. Ahad semalam aku masak hasil korban. Kira boleh layan lah jugak. Dan aku sungguh puas hati. Sebab apa nak tau..? Kang aku bagitau lah. Kita bagi resepi dulu ek...


OTAK MASAK LEMAK CILI API



Bahan-bahan:
Otak lembu
Bawang merah/besar
Bawang putih
Kunyit
Serai
Daun limau purut
Santan
Cili padi
*sukatan agak2 je la yea..macam tak biasa masak! :D*



*ni saje nk bagi cantik, ada ala-ala blog chef2 tak?*



Pastu masak macam masak lemak biasa tu je. Masuk santan, masuk bahan di tumbuk, masuk serai yang dititik.. tunggu mendidih sambil tu kacau-kacau. Bila da didih, masukkan otak, garam & gula sikit. Bila da didih lagi, masukkan daun limau yang diramas2.



Ok ini hasilnya. Pandai pulak orang yang cedokkan lauk ni, siap ada serai atas otak lagi. Macam tau2 je aku nak snap gambar. *aku masak, ada orang yang tolong hidangkan*
Bila makan, aku puas hati! Sebab apa......? Sebab tak hanyir langsung!!!!! Ada 2 sebab tak hanyir:
1. urat darah dah buang habis
2. daun limau purut
ehh ni saje nak citer, aku penah makan otak masak lemak ni kat mana tah.. *tempat adalah dirahsiakan ehehhe* tapi hanyir gilerrrrr... bila aku belek2.. otak tu masih penuh dengan urat darah. Perghhhh... nasib baik aku amik secubit je tau. Terus loya tekak aku. So kalau nak makan otak ni pastikan buang urat2 darah tu betul2.. jangan main masak je!!!
eh lagi satu, barang2 dalam ni aku memang tak bagi anak2 makan. Sebab ustaz kata tak elok untuk proses pembelajaran anak2. Walaupun aku tak pasti lagi nak juruskan anak2 aku ke arah tahfiz ke ape ke, tapi aku elakkan je bagi diorg makan organ dalaman ni. Nehiii nehii kabi nehiii... Mak aku pun tak bagi budak2 makan organ dalam. Tapi terpulang la pada penerimaan masing2.
*Aku lebih suka ikut cara orang yang berpengetahuan/berilmu daripada ikut cara orang yang lebih dulu makan garam* ada pahamm...?


2 comments:

gee ryder said...

haaa otak lembu?? sedap ke?
mcm xlalu je nk mkan hehe..

org tua takpela kan mkn organ dlman bukan nk beljar dh pun haha tp utk bebudak mmg tak elok

Sue said...

hehe sedap la gee... rasa lemak2. kalau terer masak *mcm i muahahahha* takde langsung rasa hanyir tu. susah nk dpt otak ni tau. mmg hangat di pasaran.