Tuesday, February 8, 2011

Nuts in a nutshelll..N,N,N...

Ramai diisytihar muflis kerana jadi penjamin

"KUALA LUMPUR 20 Nov. - Pada 2003 semasa Chan sedang dalam perjalanan pulang dari Singapura, pegawai imigresen di Johor Bahru menahan pasportnya.Pelukis grafik itu diarah pergi ke ibu pejabat
imigresen di Kuala Lumpur dan diberitahu bahawa dia telah diisytihar sebagai
seorang muflis pada 2001 disebabkan satu pinjaman tidak berbayar. Chan kemudian
dirujuk kepada Jabatan Insolvensi di Jabatan Perdana Menteri.Dia merupakan
seorang daripada ribuan rakyat Malaysia yang diisytihar muflis kerana menjadi
penjamin sama ada kepada kawan, anggota keluarga atau rakan perniagaan.``Kami
mempunyai 150,000 fail dan separuh daripada mereka yang diisytihar muflis
terdiri daripada penjamin,'' kata jurucakap Jabatan Insolvensi kepada
Bernama.Kebanyakan penjamin ini tidak tahu bahawa mereka juga bertanggungjawab terhadap pinjaman yang dibuat dan boleh diisytihar muflis. "



"Saya ada kawan yang ngadu jadi penjamin kepada anak jiran yang belajar di UiTM. Dia jadi penjamin pinjaman pelajaran MARA. Jumlah pinjaman yang terkumpul dan tak dibayar ialah hampir mencecah RM28 ribu. Baru baru ini dia dapat salinan peringatan 14 hari kepada peminjam untuk bayar pinjaman. Sebagai penjamin dia dapat satu salinan. Apa hak sesorang itu kalau pemimjam tak bayar. Peminjam sengaja tak mau bayar. Dia buat dont know je. Sesiapa ada pengetahuan sila respon."



Aku nak highlight kan ni :


Kebanyakan penjamin ini tidak tahu bahawa mereka juga bertanggungjawab terhadap pinjaman yang dibuat dan boleh diisytihar muflis.



Memang betul pun.. kebanyakkan orang kita main sainnnn je borang. Nk tolong kawan.. nak tolong sedara.. Niat tu dah murni dah.. Niat tu dah baik sangat dah.. Nak tolong jiran, maka jadi lah penjamin loan anak jiran tu. Tapi akhirnya, anak jiran tu hargai tak tandatangan jiran dia tadi? Silap2 jadi kacang lupakan kulit. Jangan kata ucapan terima kasih, sebaliknya makian agaknya yang di beri. Agaknya anak jiran tadi pandang si penjamin tadi dengan muka yang lagak sombong dan bodoh. Agaknya............



Aku pun dikategorikan sebagai penjamin jugak. Dengan tak pikir apa akibatnya nanti, aku sainnn je borang tu. Ye la kan.. kita ni bukan jenis kacang. Kita masih ingat jasa orang di keliling kita. Orang yang banyak tolong kita. Ni salah satu cara kita nak balas jasa orang la kan. Tapi yang sedihnya kalau masih ada orang yang kata kita tak kenang jasa dia. Aduhai.. hanya Allah je lah yang tahu pedih tak pedih, sakit tak sakit hati kita. Kita bukannya jenis yang berkira sangat. Orang buat baik, kita buat baik.. malah lebih daripada tu. Tapi kalau ada pihak ke 3 pulak yang lebih sudu dari kuah, tu yang rasa nak penampor je. Hehehe....



Tak pe la.. walaupun takde ucapan 'terima kasih', malah boleh pulak kata 'apa sangattttt takat jadi penjamin aku?' 'ek elehhhh..penjamin je, bukan ape pun'



Insyaallah, Allah akan bagi orang2 macam ni petunjuk. Bila orang berkira, kita pun kena berkira jugak, kan? Sedar-sedar lah diri tu di mana... aku pun, cukup2 lah nak tolong orang macam ni. Bukan kata terima kasih, malah hati kita pulak disakitinya.


So perkara macam ni buat aku tersedar. Tak banyak, sikit pun aku kena simpan buat bekalan pelajaran anak2 aku nanti. Supaya bila tiba masanya, tak payah nak susah payah minta bantuan saudara-mara pulak untuk jadi penjamin loan anak aku nak sambung belajar. Guna je lah savings yang ada. Insyaallah.. seboleh-bolehnya kita elak. Tapi kalau ada rezeki anak2 sambung belajar ke luar negeri, nak apply scholarship pun kena ada penjamin. Harap2 masa tu Allah mudahkan lah urusan ku...


Dan anak2 ku pulak, jangan jadi KACANG LUPAKAN KULIT.





6 comments:

Maya said...

betul, skarang ni ramai penjamin yang terkena. Tak pasal2 je kena bayar hutang orang lain. Nak bantu saudara pun kena fikir banyak kali. Takut jadi macam yang awak cerita tu... kesian awak. Memang tak patut si peminjam tu, tak sedar diri...

Anonymous said...

wrong sentence la u....

"ek eleh....penjamin je. bkn pe pn"

Sue said...

Maya,
memang kena pikir banyak kali. Walau dgn adik beradik, pasal duit pun ada yang bergaduh2.. kita jadikan iktibar..:)

*****

cik anon gedix,
Eh salah ek.. maklumla i ni pelupa. hehe thx..i betulkan skarang jugak!

p.s: woih menambah cicit mak enon lagi ke?

BILUT said...

Emm ... Padan Muka ... suka sangat sain kat org ... tengok cam I nie ... sorry ar nak pakai tande tangan aku nak jadik penjamin ... kecuali isi borang peguam aku lu ... papa aku nilai dulu harta benda dia ... sama nilai baru leh aku jamin ... kalo tak dok suruh ceti sain ... so nak belajar tak yah ar buat pinjaman ... masa belajar pun leh carik duit pe ...

Anonymous said...

hahhaha.... gud2. Kena ingt smpi mati nie..

heheh...malu i :-p
next month i bgtau laa..

Sue said...

BILUT,
tak baik wo0 nk padankan muka orang! kita ni jenis org berbudi kita berbahasa. tapi pas ni nk jadi lebih kejam ar. tak kira!!! dgn laki sndiri pon kena kejam gak kan? ekekekkek....

**********
anon ika,
pi beli kat famasi cepattt. hehehe...