FYI, BBIIM (brainy bunch international islamic montessori) ada a few branches. Yang aku ingat, kat saujana impian *of course*, pelangi semenyih, shah alam dan kota damansara. Principal yang sama iaitu Pn. Ladyana yang sangat soft spoken dan sangat fluent english sampai aku yang dengar dia bagi talk pun rasa lidah aku yang terbelit2. Heeee... BBIIM ni dulu namanya Nuh's Ark Islamic Montessori.
Baru-baru ni teacher ada bagi calendar 2011. Yang aku ingat, tiap 3 bulan sekali akan ada 'progress day' di mana ibubapa akan berjumpa dgn teacher n time tu la nanti teacher akan inform pasal progress anak2 kat sekolah. Aku belum ada experience ni lagi, insyaallah dalam jadual tu, 12 mac nanti ada 'progress day'. Cuma awal2 dulu Principal dah pesan, setiap anak adalah tak sama progress diorang. So jangan membandingkan anak kita dengan anak orang lain. Setakat mana pencapaian anak kita tu, itu yang perlu kita prihatin. So tak yah nak compare anak org lain pandai, anak kita lagi terror atau pa pe je la...
Bila montessori ni, psikologi dalam pembelajaran tu sure ada. Lagipun montessori sesuai untuk anak2 seawal umur 1 tahun. Betull.. tak tipu! Sebab method ni lebih kepada membentuk sahsiah diri, perlakuan etc.
Sehingga ke hari ni, damia tak pernahh bawak balik homework! Semua selesai kat sekolah, sebab teacher tak nak ganggu masa dengan family. So far progress damia adalah memberangsangkan. Kadang2 tengok dia main sorang-sorang.. macam roleplay coz dia lakonkan balik apa yang berlaku kat sekolah.
Contohnya: Damia amek buku n pensel. Pastu dia buat conversation antara teacher dgn student. Dia tanya, dia jawab. heheh...
'damia qaisara...?'
'yes, teacher. Im here...' sambil angkat tangan.
'aqila fofya...? oh.. she go to toilet?'
hehe.. comel kan? sampai aku pun join skali.. Lagi satu, kat rumah skang ni kalau lepas makan nak basuh tangan kat sink, kena beratur! So no more rebut2 sink sebab semua orang kena beratur. Macam kat sekolah la.... ni semua damia yang suruh. Kadang ayah saje menyakat dia, saja nak rebut2 sink tapi pastu kena sound balik dgn anak dara. Ngehngehngehhh...
Pastu kalau nak lalu kat belakang/depan orang, damia akan cakap 'excuse me...'
oh comel sangat. Tapi kalau kat sekolah dia buat la. Kalau kat rumah, kadang dia ingat dia buat. Kadang main tarammm je! ehehhe..
lagi satu, damia kalau buat coloring sure terkeluar2 dari line. Tapi skang ni dah ok dah.. dia kata 'auntie ajar kalau color kena kat dalam je'
Berkenaan dengan pertanyaan Pn.Azwa... kat BBIIM ni ada 2 sessi - pagi dan petang. Biasanya sessi pagi untuk student lama, rata2 umur 5 dan 6 tahun. Sessi petang (kat saujana impian ni) baru start this year sbb byk permintaan. So pagi dah penuh. Petang pun ada umur 4-6thn jugak.
Kalau sessi pagi start 8.30am - 11.30am. Petang pulak 1pm - 4pm. Jangan risau, walaupun kira half-day, tapi ada disediakan daycare. Cuma kena tambah duit je la... sama jugak kalau kita hantar ke babysitter.
yurannya adalah rm250 sebulan. Kalau amek daycare kena tambah lagi rm150. Tapi tak sure daycare tu kat tempat yang sama atau tak. Pastu skarang ni ada optional class. Ada silat n swimming lesson. Damia amek swimming, so setiap Selasa tengahari dia akan gi swimming class dulu. Semua tu cikgu yang uruskan (pegi dan balik dari sekolah ke pool).
Overall tentang progress damia sejak bersekolah ni, pada aku sangat terbaek la! Sebab kat rumah kitorang tak pernah pun speaking english.. kalau ada pun, broken sangat la! Hehehe.. Since damia da boleh speak in english, aku pun kena rajin layan dia jugak. Anak kawan aku yang dah sekolah kat situ sejak tahun lepas, skang ni umur da 6yr.. pun da terror speaking. Before that dorang tak ajar pun anak dia english. So.. bagus la kan skolah tu.
Utk pn.azwa, apa kata pergi survey dulu sekolah tu.. tengok cemana. Kalau ok baru daftar. Tapi kena tunggu hujung tahun la sbb skang ni da penuh. Saya tak sure la kalau area BBB ada montessori jugak. Sebab kalau ada situ, sure lagi dekat dgn office u, kan.... Just in case u nak contact no. BBIIM saujana impian, let me know ok!
Till then.. daa~~
p/s: Airasia da start buat sale hari ni. Gi Bandung utk 5 org tak sampai rm800. Tapi macam tak sanggup la pergi bawak anak2, mana dan nak merempit menyopping lagi. Kang sibuk dok kejar anakkkk je! Tak bawak kang, kesian nanti nanges2 teringat anak kat rumah. Heee.. pikir banyak kali dulu lah! Takpun kita Cuti2 Msia je la ke mana2.. nak gi mana ekkk tahun ni?
5 comments:
salam..tq for the useful information ya...by the way ur damia is cute n brilliant!!
comel la damia ni... hehe..
K.Sue.
berapa yuran bulana montesori nih? rasenye tadika ni islamic school kan, tak diwajibkan bebudak tuh pakai tudung ek??
macam best je bile hntr anak2 ke islamic school..
wawa,
hope info ni dpt bantu awak. :)
*****
lady,
damia kata 'if u think im cute, u should see my mother' . hahahhaha just kidding!!
*****
mrs yie,
monthly rm250. tadika ni islamic tp tak pulak dia wajibkan nk pakai tudung. sy pun ada tanya damia, dia nk pakai tudung ke tak. dia kata taknak, maybe sbb kwn2 dia ramai tak bertudung. tp ada jugak 2-3 org yg bertudung. takde paksaan..
Good info..sy plan nk antar anak sy kt BBIM saujana impian
Post a Comment