Friday, February 25, 2011

Baby keluar kat mana yea, buu??

Alhamdulillah, hari ni genap kandungan berusia 36 minggu. Lagi 4 minggu..... dup dap dup dap!!! Tido malam memang dah tak lena. Pusing kiri salah, pusing kanan pun salah. Serba tak kena.. dengan panas berpeluh2 walaupun kipas static mengadap kite. Aduuhaiii.. rasa nak pasang ekon je, tapi risau kat khalish pulak sebab dia tak boleh sejuk sangat. Sure nanti batuk berkahak. Ini pun da 2 minggu batuk.. Kejap ok kejap tak.

Khalish kerap jugak muntah kalau dia batuk2 ni.. lagi2 waktu malam lepas menyusu konfeemmmmmmm keluar balik. Aku ni kalo da baring, nak bangun balik tu yang payah sket tu. Berat segala2nya. Hahhahah!! Bila bangun mendadak tu terus senak rasa perut. Pernah gak dia muntah kul 2 pagi, time tu jugak laa habiss cadar kena muntah. nanges2 gak arr aku nak kena tukar cadar kul 2 pagi tu. Tukar cadar, tukar sarung bantal, tukar baju n suar dia... aduuhhh... kadang rasa nak naik angin je. Ye la mana taknye, da bangun buatkan susu, pastu mata baru nak lelap balik dia dah batuk2 n terus muntah. Tapi kesian jugak kat dia.. hehhehe.. sebab dia pun tak boleh nak tido kalu asyik batuk2.. Ciann budak tote!!

Semalam gi Giant beli barang sikit termasuk pampers. Pastu beli sekali pampers saiz newborn, brand petpet. Selalu khalish punye pampers brand Drypers. Sekali dalam trolley ada petpet pulak. Mula laa damia soal macam tak puas hati. Bila cakap pampers tu untuk baby, baru dia ok. Dan mula la dia excited 'Baby dah nak kuar ke, bu? dah nak kuar ekkk....' sambil sengih2. Heeee...

Nak tau tak.... tak silap dalam 3-4 minggu lepas damia ada tanya satu soalan bonus!! Masa tu aku duduk kat tepi katil, baru lepas mandi n nak pakai seluar. Damia datang n tepuk2 perut aku.. pastu dia tanya ni:





'ibu.... baby nanti kuar kat mana?'


Terkedu. Apa nak jawab? Takkan nak tipu dia.. Tak berani nak kata baby kuar kat perut, takut pulak kalau betul2 kuar kat 'tingkap' tu kan.. Hihihi.. Pastu aku pun kata:

'Emmm.. baby kuar kat kaki la'

'kaki..? kat mana?' sambil tunjuk kaki aku.

'ermmm? kat tengah2 la...' jawab aku.

pastu nak tau damia kata apa????



'Heeeeeee.. kat c*pap yea!! ahahhaaha... '


Comelll je dia gelak. Aku pun tergelak sama :) Pastu aku rasa lega sebab kerana 2 perkara. Pertama; aku tak tipu dia yang bukan-bukan. Kedua; jawapan aku tu tak menakutkan dia. Lepas beberapa hari aku teringat balik soalan damia tu. Pastu baru aku teringat yang dalam banyak2 buku Grolier 'I wonder why..' dia tu ada part soalan dia tanya. Tapi aku tak sempat nak belek n carik lagi. Ermm esok lusa la. Boleh tunjuk kat dia macamana baby terjadi.. n macam mana baby keluar dari kandungan ibu. Tapi kena bersedia la dengan macam2 soalan dia nanti.

Damia ni jenis yang suka bertanya. Macam-macam dia akan tanya sampai aku naik rimas. Kadang nak drive pun tak concentrate sebab kalau dia soal tu, time tu jugak dia nak kita jawab. Kalau kita diam 2 saat, nanti dia sound 'ibuuuu.. kalau mia tanya tu ibu cakap lah!' adehhh kadang aku sound dia balik 'bole diam kejap tak?' hahahahah kesian dia. Mana taknya, aku nak reverse kete atau nak masuk simpang dia tanya soalan yg macam2.. yang otak aku nak kena pikir jawapannya. Mana satu aku nak concentrate ni...?

Tapi aku suka sebenarnya bila dia banyak bertanya ni.. So macam2 yang dia nak tau. Bagus untuk dia jugak... dan bagus untuk aku jugak sebab kadang2 tu soalan dia macam aku sendiri tak tau apa jawapan dia. Tapi otak tetap bekerja keras mencari jawapan supaya dia puas hati! Hehhee...

Okee.. esok misi mencari baju kaler pink/hitam akan bermula sebab APC tahun ni bertemakan HITAM & PINK. Cehhh.. da la aku tadek baju kaler pink. Tapi risau jugak sebab APC 14hb ni, risau aku bersalin awal pulak. Rugi la nak makan chinese cuisine yang aku pilih tu.. hehehhehehe... Memang tepat la dorang letak aku jaga bab makanan. Memang aku sukaaa...!!! Hehehe..

Selamat berhujung minggu!!! Daa~~

3 comments:

Lady of Leisure said...

amboi pandai dia, hehehe... memacam tanya sampai kadang2 susah nak jawab kan hehe

Sue said...

betul tu lady. budak2 bila bertanya tu sampai kita tak terjawab lah!

story of my life said...

soalan dya mmg straight to the point...sue jawab pun straight ja