Salam kawan-kawan..
Entry ni cuma nak menjawab komen2 dalam entry yg lepas. sebab rasanya daripada nak jawab 2-3 kali, baik buat new entry je. hehehe...
Ok pasal problem dlm entry yg lepas tu, jumaat petang lepas kerja dah gi jumpa doctor kat klinik Az-Zahrah Bdr Tek. Doc ada try picit gak n ada kuar sikit darah. Sikit je.. Macam susu baru2 nak kuar tu... So doctor bagi surat refer ke hospital. Since esok tu dah cuti sabtu ahad, maka hari isnin semalam baru la pergi ke hospital.
Ok tapi sebelum tu nak citer, masa hari sabtu, dah tak rasa bengkak or sakit2 urat susu. Dah try picit pun tak de apa yang kuar. Cuma masih risau kalau kat dalam tu ada something sebenarnya. Pastu pulak malam tu Khalish request nenen. Punya laaaa risauu!!! Offer yang belah kanan. Dia tanak! Dia nak yang belah kiri jugak... Perasaan berbelah bagi, takut pun ada. Sebab mana laa tau kan kot masa dia nenen tu terkeluar pulak any discharge selain susu, tak pasal2 dia pulak jatuh sakit.
Tapi bila tengok Khalish dah merengek2 nak jugak, maka dengan nama Allah, aku sua kan juga. Tapi kejap2 aku suruh dia stop n tengok nipple kot2 ada kuar pa pe ke.. Tapi alhamdulillah, takde apa yang keluar. Susu pun memang tak kuar. Khalish dapat lah menetek sampai dia terlena....... dan aku pun rasa lega sangat, at least breast da selesa sikit umpama selesai menyusukan anak dgn breast yg penuh susu pd mulanya. eh paham ke...?
Isnin semalam aku dah pun ke hospital. Tapi paham je la yea kalau dah namanya hospital kerajaan. Dapat surat refer pun nak kena tunggu dalam seminggu, untuk tau tarikh appointment. Pastu ntah bila pulak appointment tu berlaku, nak jumpa doctor. Ntah2 time tu aku dah pun bersalin. Lepas gi klinik pakar surgical.. oh berdebar-debar rasanya ok bila masuk pintu bertanda 'KLINIK PAKAR PEMBEDAHAN AM'. orang pun macam tertengok2 je apesal pulak pompuan mengandung masuk klinik ni, patutnye gi klinik O&G. Hehehe...
Orang kaunter tu kata kalau nk jumpa doctor jugak hari ni, kena gi kat bahagian kecemasan. Time tu pulak husband aku just drop je aku kat spital then dia gi wat keje kat Mardi. Takkan la baru 10minit dia antar, aku nak kol kata nak balik. Jadi aku pun pegi la ke bhgn kecemasan. Dari jam 10.30am (lebih kurang) tunggu, masuk bilik secondary triage (tapisan dulu).. pastu register kat kaunter jam 11.27am (lebih kurang sejam) pastu tunggu pulak turn nak jumpa doctor. Lenguh2 dah kaki n punggung aku menunggu. Fed up rasa nak balik je!! Last2 jam 1.45ptg baru sampai turn aku. Gileeeee!! Kat hospital Ampang pun takde la lamaa sangat camni.
Doctor just bagi antibiotik je dulu. Sebab dia tekan sana sini pun takde apa2 benjolan. So dia advice kalau ada discharge lagi terus datang hospital so boleh diorang tengok apakah jenis discharge itu.
Seharian aku kat hospital. Tensen. Balik pulak singgah bank nak masukkan duit bibik utk anak dia. Sejam menunggu. Aku dah nak nangis dah rasanya....... Tensen nye satu hari hidup aku menunggu turn!! Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!
Dah la. Hari ni bizi. ehehhehe... babai..
No comments:
Post a Comment