Friday, January 28, 2011

breast engorge??

Apa nak citer ekk...

Ermmm.. Hari ni genap usia kandungan masuk 8bulan. Kejap je... Sejak balik check up hari tu, kejap2 pikir pasal air ketuban yang dah sikit tu. Tapi bila pikir BP yang agak tinggi, cepat2 cool kan diri. Tanak pikir macam2 dah. Bila kat rumah, sedaya upaya mengelak untuk cepat naik angin dengan anak2. memang mencabar sungguh laaaaa...

Ermm walau dah ada bibik pun, anak2 still nak ibu buatkan segala2nya. Kalau larat, aku ikutkan juga.. tapi kalau dah tak larat tu, nak tak nak pujuk jugak diorang mintak tolong bibik. Ermm selalunya bibik boleh je nak ikutkan kehendak budak2 ni, tapi damia tu tau je la.. kalau A katanya, A jugak. Kalau ibu katanya, ibu lah jugakk!!

Alhamdulillah, dah beberapa malam ni khalish tak bangun mintak susu dah. Lega sikit rasanya, tapi asal terjaga je mesti aku terpaksa bangun gi toilet. Cuma kadang2 batuk berkahak ni mengganggu betul la. Dah 2 hari amalkan minum madu. So far ada perubahannya.

Ni nak citer sikit. Semalam sibuk juga la coz ada mock audit untuk star rating kat opis ni. Tapi at the same time aku tak rasa selesa sangat coz rasa sakit kat breast. Rasa mcm breast engorge. Sampai urat2 belikat pun terasa terik... Macam breast penuh susu, rasa macam nak balik bagi khalish setelkan aje! FYI, rasanya sejak pregnant 4 bulan kot susu dah tak kuar. Tapi Khalish masih menyusu walau sehari sekali je. Maybe untuk lepaskan rindu dia je kot... Tapi ni pun dah 3-4 hari gak dia tak bfeed.

Bila balik, masa nak mandi tu aku belek2 la sikit. Sebab rasa urat2 membengkak. Pastu kupas2kan kulit kering kat nipple, terus kuar susu. Terkejut tauuu!!! Susu tu pekat, maybe kolestrum kot... Aku pun picit la Booby kot2 memancut pulak ke susu kan.. Tapi 2-3 kali picit still susu pekat yg kuar. Then bercampur darah pulak. Ahhh sudahh!! Apa kah ini? Picit lagi, konfem yang kuar adalah darah. Terus tak jadi nak picit lagi, takut. Rasa nak gi klinik je... Tapi badan letih sangat, mata dah kuyu.

Pas makan, aku just urut2 bagi urat bengkak tu surut. Walau pun dah tak rasa bengkak, tapi nipple masih rasa ngilu. Lagi2 damia tersiku pulak nipple aku. Arghhh rasa nak nangis!! Masa nak tidur aku doa sangat supaya khalish tak mintak, takut dia terminum pulak darah tu. Alhamdulillah.. dia terus tido lepas layan Upin Ipin kat hp aku.

So pagi tadi sempat email K.Mieja tanyakan hal ni. Thanks kakmieja atas cerita yang akak kongsikan tu. Terus aku call doktor pulak tanyakan hal ni. Mulanya doc kata normal.. tapi bila kata kuar darah, dia suh datang klinik nak cek. So petang ni balik kerja, kena la gi klinik. Hopefully tak de ape yang serius. Apa pun, kena la cek dulu kan....

Hari ni kurang rasa engorge tu, tapi kejap2 terasa jugak. Ermmmmm.. nak picit pun macam tak berani je!! Hahahahha... Oh btw, weekend ni apa plan u all yea? Ermm kitorang takde plan apa pun, tapi esok macam nak gi rumah mak amik barang sikit. Oh actually nak amik bengkung and Premium Beautiful kesayangan. Nak prepare barang2 untuk berpantang. N rasanya bag ke hospital pon dah patut kena ready dah ni. Walaupun lambat lagi due, tapi aku memang prepare bag awal2. Senang nanti.

Gambar takde.. Harap maaf :)

6 comments:

Mieja@Amiizaa2001 said...

Salamsss suue,

kmieja doakan tak ada apa-apa amin amin....insyaallah....:)

Seronoknya sue pakai PB, angan-angan jerk kmieja nak pakai.....PB kena ukur lilit segala kan sue?

Enis said...

So scary baca citer Su ni...Apapun, kak doakan Su sihat walafiat sampailah waktu melahirkan nanti..Amin.

Kak takde experience langsung bab2 ni, so tak bolehlah nak advise or share something with Su. Sori...

THE LEKAT LEKIT STORY said...

wooo.. dh nk masuk 3 ker?? huhuhu.. tahniah. br tau

lily azliyana @ mama zara said...

adehhh..tetibe ikut terasa ngilu plak sue..huhu..hope tkde ape2 la yek..

maya amir said...

camne ye lps dah check..?darah tu kenapa ye..

p/s : salam perkenalan:)

gee ryder said...

haa tetiba kuar darah..takut gak eh..

kalo pump tak bole ke?