Wednesday, January 5, 2011

Hari pertama damia di Brainy Bunch

Selasa 4hb Januari 2011 - hari pertama Damia bersekolah. Dah besar anak dara aku ni rupanya. Dah nak masuk 4 tahun dah.. aduhaii.. cepatnye masa berlalu. Sebetulnya aku apply cuti untuk 2 hari; isnin & selasa. Tapi jumaat petang dapat sms dari pihak sekolah; bagitau yang sesi persekolahan bermula hari Selasa. Tak pe la.. Hari isnin tu boleh la rehat2kan badan dan minda.

Pagi selasa bangun macam biasa. Damia kejap2 tanya bila nak pergi sekolah. Penat aku nak jawab.. Dah siap masak pukul 10 lebih. Suruh damia makan dulu sebelum ke sekolah tapi dia tak nak. Excited punye pasall la tu! Aku jugak yang makan bertambah2. ehehe...

Jam 12.40tghari lepas damia mandi2 dan bersiap, maka kami pun bergerak ke sekolah. Sampai kat sekolah, damia takde masalah. Cikgu datang sambut student. Masa sampai tu belum ramai lagi yang datang. Damia bukak kasut n letak atas para. Pastu bukak beg letak atas kabinet kat luar kelas. Dia terus masuk tapi cikgu bagi try baju sukan dulu sebab damia belum amik baju sukan. Tapi saiz yg ada XL je.. so kena tunggu order sampai sbb dah habis stock. Tak pe la...



Hari pertama ni, beg sekolah pun pakai beg lama je. Dia banyak kali request nak beg baru tapi tak baik membazir.. sebab pihak sekolah dah sediakan beg dah cuma belum amek je!




*sobbbs..sobbbs... dah besar dah anak ibu... da pegi sekolah da.... *

Posing dulu sebelum gi sekolah. Maklumlaa.. mak nye pun excited jugak. Owh si adik dah macam nangka dah. Baju semua da sendat. Tunggu bulan depan la yea dik baru gi shopping baju adik pulak. heee... cian dia!
Masa drive ke sekolah, aku macam tak percaya anak aku dah masuk sekolah. Bila sampai kat simpang tadika tu, aku pulak tetiba rasa nervous. Seriousss beb!!!! Rasa mcm aku pulak nak masuk skolah wat kali pertama. Siot betul... Damia je relax..



Ok damia da mula sekolah. Dia excited. Malu2 pun ada. Belum panas enjin lagi, biasa la kan...




Mujur tak nangis! Good girllll... Damia sangat independant. Aku cuma tunggu kat luar sekejap je nak tengok aktiviti diorang. Damia pun tak kisah aku ada ke tak. Cuma bila dah beberapa budak2 yang nangis2 nak mak bapak diorang, damia macam sentap jugak la.. Datang lari2 kat aku.. cehh mula la dia nak emo sama. Tapi kejap je. Saje nak mengada2. Hehehe...




Tengok.. ada yg pakai baju sukan, ada yang pakai uniform. Actually aku pun baru tau baju sukan tu di pakai tiap hari Selasa & Khamis. Patut pun ramai yg pakai baju sukan. Tapi tak pe la.. sama je!





Ini ruang makan. Hari pertama damia kata makan roti dgn gula. Owh maybe roti tu disapu mentega n ditabur gula kot... Kesian damia, dlm 20 minit lepas kami sampai tu damia sibuk nak makan. Tu la.. ibu suruh makan siap2 kat rumah tak nak. Kan dah lapar.. bawak bekal air masak je pulak tu. Tapi dia kata makan roti pun kenyang. Ok la tu...






Playground pun ada. So tak la risau sangat sbb ada sekolah yang playground nye kat luar kwsn skolah. Lagi bahaya..





Masa ni da ramai n da ada 2 group. Cikgu masih sibuk dgn budak2 yang nangis.. hehe.. Damia pandai bawak diri. SUka2 dia je nak join mana2 group. Kejap sana, kejap sini.





Ni damia da dapat beg sekolah.. saje nak eksen!


Dalam 45 minit je aku tunggu. Pastu damia datang salam2 n cium2, aku pun blah. Teruskan pulak agenda aku sementara nak tunggu time pick up dia kul 4 nanti. Cukup masanya, aku datang n sempat la kenal2 dgn akak driver bas yang nak jemput damia nanti. Ni pun nasib la opis-mate kenal dia. Kebetulan opis-mate pun antar anak kat tadika sama tapi tak tau nak naik bas sekolah sape. So aku sebut 2 nama yang sekolah bagi. Cuma aku dah contact sorang pakcik ni. Sebulan rm60 kauuu... Pastu kebetulan opis-mate ni kenal pulak lagi sorang tu, akak tu pun amik anak opis-mate ni jugak. elok la tu. jimat 20 inggit tiap bulan.



Masa tunggu tu, budak2 ni takde kat tgkt bawah. So maybe diorang kt tgkt atas la.. pastu nampak masing2 turun tangga. Damia yang 1st keluar dulu, terus capai beg sekolah n kasut. Aku menyorok sikit n dengar damia kata kat cikgu 'ibu tak sampai lagi...' tapi masa aku snap2 gambar ni damia pun perasan aku. hehehe...




Tamat hari pertama persekolahan. Damia kata seronokkk sangat. Ramai kawan! Baguss anak ibu.




Lepas tu kami ke MCd sebab da tentu damia lapar! Sian dia... ngantuk2 pulak tu. On d way balik, damia da tertido dalam kereta.... Dan malam tu aku persiapkan beg sekolah baru damia.





Ribbon purple tu akak bas sekolah bagi. Untuk dia cam kan budak2 yang naik bas dgn dia.





Ok ini nama empunya bag. Tapi memandangkan bag sekolah semua orang adalah sama... dan damia pun masih belum tau eja nama dia.. maka aku pun buat satu lagi tanda:














Keychain Minnie Mouse, hadiah dr Tokyo. Berkali2 aku pesan kat damia, nak amik bag sila tengok keychain minnie mouse ni. Kalau ada, konfem bag mia. Tengok la besok cemana nanti... jangan tertukar bag dah la..


Owh lagi satu. Sekolah ni tak sediakan kasut. Pakai je kasut apa yang suke. Aku tak de nak membazir beli kasut skolah de... So aku suruh damia pakai kasut ni. Abis cerita...



Sekian saja cerita sekolah damia. :) excitedd gileee anak da g skolah!! ehhehe...

5 comments:

AMIIZAA@Mieja said...

seronoknya damia dah gie school.....:):) auntie tumpang happy:):)

nanti update kat blog mama yer...nak tgk damia&fren & perkembangan kat school:):)

Sue said...

of course!! asal balik keje sure tanya apa mia buat kat sekolah.

Arin Mansor said...

wah.. dah start skool dah. seronok nye tak nangis.. heheh..
beb, aku pun tengah mencarik org mengajar swimiing. uhuk3. ada contact tak?

Sue said...

Mommy prince,
tadek contact la. yg ada pon cuma bukak time cuti skolah je. cuba tanya kat Mai (ceritera) coz dulu dia penah amek instructor ajar swim anak dia. ehh pesal tak leh bukak blog hang?

Unknown said...

mama hani minatlah dengan sekolah ni....cuma yang kat sbn 2 shop lot. takda taman...hmmmm