Wednesday, January 19, 2011

Pet pertama Damia & Khalish

Damia dah lama inginkan arnab. Puncanya, dia tengok sepupu dia masa kat rumah opah dulu bela arnab. Damia yang dok buat main2. Pastu mula la dia pun nak arnab jugak. Aku pun memang plan dah lama, since mengandungkan khalish lagi.. nak belikan damia pet, tak kisah la rabbit ke hamster ke.. tapi tak terbeli2 pun lagi.

Semalam kuar opis awal sikit coz gi klinik, hubby eksiden la pulak. tapi takde pa pe pun, just luka2 kecil je kat kaki tapi orang yang langgar tu da bawak dia gi klinik la. Budak sekolah lak tu.. nasib baik budak tu ok la siap bawak gi klinik, then motor pon budak tu tolong bawak gi repair kat kedai moto. So sementara tunggu motor siap repair kebetulan sebelah tu ada kedai jual haiwan. Tapi aku tak selera la plak sebab macam kotor sket kedai tu. Tau je la kalau kedai tu dah jual itik ayam angsa bagai, dia punya bauuuuuu... paham2 la yea.

Since hubby pun da kata nak belikan rabbit, terus aku bawak gi kedai tak jauh dari situ. Tapi malangnya, tadek pulak jual rabbit. So patah balik kedai tadi. Tutup idung je la.. Ada pulak rabbit, comel2 n bersih. So beli la sekor dulu untuk damia..



Kemain excited lagi budak 2 orang ni bila nampak rabbit tu. Khalish terjerit2.. tengok lah dia punya posing. Geram ngan budak tote sorang ni!!!




Damia lah paling happy coz dapat rabbit. Tak sabar2 nak gomol2 tapi aku tak bagi. Coz rabbit tu baruuu je dapat family baru kan, so takut dia tak biasa kang lari tah mana2, jenuh pulak nak cari.




Aku nak bagi nama apa pun tatau la. Bila tanya kat damia, apa nama rabbit ni? Dia kata 'rebit la..' Si rebit ni jenis angora tak silap aku.
So plan aku skarang ni adalah untuk mencari pasangan si rebit tadi. Sian pulak dia sorang2 dok dalam cage tu tadek kawan. So tadi bukak la Mudah, ada la rabbit murah2 n cantik2... Antara yang aku berkenan :




Rabbit butterfly - tapi jantan la pulak.



Rabbit Angora - tatau jantan ke betina tah... comel!!!

Tapi seller tu jauh kat Klang la pulak. Kalau harga rabbit tu ngan delivery, baik beli je kat sini. Ermm kena survey kedai pet yang lain la camni. Carik la comel2 cam butterfly n angora tu.

'Rebit.. tunggu yea nanti ibu carikan kawan. ehehhehehehhehe'

5 comments:

Mieja@Amiizaa2001 said...

comelnyaaaaaaaaaaaaaaa...auntie nak pinjammmm boleh? :):)

lily azliyana @ mama zara said...

bestnye damia dapat rabbit!!! Zara pon suka rabbit tp mamanye yg takut tk terjaga..huhu..cukuplah dulu bela ikan laga sekor stakat ni..kekekeke

Enis said...

Bestnya Damia dah ada rabbit. Kak Lisa pun suka, but mummy tak bagi... currently kak lisa ada satu fish je..

Sue said...

k.mieja,
hehehe da tanya damia, dia kata tak bole. huhu... saje mengusik dia.

*********
lily,
bela fish lg senang jaga. ini hari2 nak kena bersihkan cage dia, kalu tak konfem berbau satu rumah!

***********
k.enis,
ingat pas ni nak bela fish pulak la. baru jaga rabit tak smpai seminggu da rasa letihnya nak clearkan cage dia.

mamalieyna said...

comellllllllllll! auntie eina pun berkenan ni..hehe..suka sangt la damia tu..haii bukan main cantik posing khalish..hehe..