Thursday, December 30, 2010
Peminat cilik happy Msia menang Piala AFF Suzuki 2010
Aku lah salah sorangnye. Yang dah luntur semangat kalau nak tengok bola skang ni. Dulu kemain lagi... Tapi Piala AFF Suzuki ni dah kembalikan semangat aku terhadap profesion footballer. Cewahhh.. macam la aku footballer! Kaki dan tangan bangku, ada la!
Tahniah jugak kepada penjaga gol Malaysia. Aku tengok dia macam cina pun ada.. jepun pun ada.. muka bole tahan *ehem ehem*. Dah macam Nakata pun ada . Owh baru tau nama dia Fahmi. Lagi satu tahniah jugak kat Safee sebab menang Anugerah Kasut Emas dengan 5 gol peribadi. Caya la!!
Malam tadi dapat jugak relax2 sket tanpa gangguan dr anak boboy aku. Sape lagi kalau bukan Khalish. Bila on je tv, tengok game da start 4minit.. terus panggil khalish. Dan dia pulak kemain excited siap buat macam2 gaya. Gaya excited! Gaya kecewa siap tepuk2 muka lagi.... Tepuk tangan... bising dgn suara dia 'Ggooooo!!!' 'Ggoooo!!! means gol! gol! heehehe..
Tengok la tu. Dia sendiri amek bantal n landing depan tv sambil tangan tepuk2 sebab Msia hampiri pintu gol! Aku slalu tanya dia 'adik nak main ball ekk? Adik nak main ball masuk tv ekk?' Pastu dengan laju dia dok angguk2. Hehe.. dari kecik sampai skang ni, bola adalah teman setia dia. Kalau dapat bola, aman hidup dia. Main sorang2 sepak sana sini pun dia tak kesah. Bukan takat bola, jumpa buah oren ke epal ke dalam peti ais pun di keluarkan dan dijadikan bola. Sabarr je la.. Apa2 je la asalkan bulat, dia jadikan bola!
So Khalish ni aku da tau minat dia memang bola! Kalau kat rumah mak, tiap2 pagi @ petang esp weekend dia dah bertenggek kat beranda belakang rumah yang boleh nampak padang nun di kejauhan. Sebab nak tengok org main bola. Pastu dia pun beraksi sama siap sepak2 kerusi bagai *sebab dia panjat kusi nak tengok luar*
Ermm Damia pulak, aku belum tau lagi ape yang dia minat sebenarnya. Takde yang spesifik. Semua dia main. Tapi dia rajin nak tolong kalau time memasak. Nak potong bawang la.. sayur la. Tapi anak perempuan kan, biasa la tu.. Cuma rimas sikit kalau dia sibuk nak mencuci pinggan, n aku sibuk nak memasak. Nak bergerak pun susah sbb dapur masak ngan sinki dekat sgt n ruang sempit. Kalu takde perut ni bole je nak lalu celah2 tu. Ni aku kempeskan2 perut tahan napas pon still tak bole. Hehheheheheeee...
Owh ya! Malam tadi masa nak tidur damia datang kat aku sebab dia tengok aku dok aduuhhh..aduhhh sebab sakit pinggang. Dia kata :
'Ibu.. ibu tak payah la keje. Ibu duduk je rumah. Kakak da besar. kakak boleh jaga ibu... tak payah la keje'
Alahai syahdunye rasa.. Aku reply: mana bole camtu. ibu kene keje. kalau ibu tak keje, macamana nak ada duit? nak beli susu, pampers khalish.,. nanti nak beli pampers baby. Baju lagi...
'Tak pe.. baju kan dah banyak. Pakai je la. Mia bole jaga ibu...' cara dia cakap tu sgt meruntun hati. Soft spoken!
'Ye la.. tapi kena tunggu mia besar, belajar, sekolah sampai jadi doktor. nanti mia jadi doktor nanti baru ibu berenti keje ok'
'Oke..........' - alahaiiii.. sayang sgt kat mia!!
Dah 2 malam mia tido tak pakai pampers. Dia tak nak, katanya 'kakak kan da besar..' Malam 1st dia berjaya sbb tak kencing sampai ke pagi. Tapi itu di kira dr jam 12 mlm sbb tido lambat. Malam tadi tido sebelum kul 11mlm. Jam 3 pagi aku tersedar, tengok2 dia tgh bukak suar. Aku cepat2 bangun ingatkan dia nak gi toilet. Tapi rupanya da basahhh tilam. Sabarr je la! Ermm actually aku sendiri tak ready nak train dia tido malam tak pakai pampers. Sebab aku yang malas nk bangun, dgn keadaan badan yang nak bangun pun rasa mcm amik masa 5minit! Tapi bila damia sendiri dah nak 'pampers-free' ni, so aku kena gagahkan juga la nampaknye.
Macamana nak train anak supaya tak kencing kat tilam ehhh..?
Monday, December 27, 2010
Edisi Perkahwinan 2010
Hari jumaat aku ke rumah pengantin untuk tolong serba sedikit. Cehhh walaupun sebenarnye tolong kopek ikan bilis pun aku takkkk buat! Muehehheee.. tolong tengok pun jadi lah ye. Mujur juga jiran2 pengantin secara sukarela utk gotong-royong memasak untuk makan malam. Siap masak kat rumah diorang lagi.. so rumah pengantin tak la huru hara sangat. Lewat petang aku pun pulang ke pangkal jalan.. sebab nak pergi amek sirih junjung dan handbouquet pengantin. Cadangnye malam lepas Maghrib nak ke sana lagi tapi apakan daya.. badan letih sgt2! Tido malam pun macam tak lena, macamkan aku pulak yang nak kahwin..
Sabtu pagi2 dah bangun. Sebab nak amek nasi lemak n kuih muih yang di tempah oleh mak pengantin. Aku tempah kat tempat biasa beli nasi lemak n kuetiow damia... pastu tetiba pulak ade plan lain pagi tu. Masa tempah sireh junjung n handbouquet tu cuma tempah pengantin punye. Sebab untuk flower girls aku dah belikan bunga tiruan kat LovelyLace. Dah la mahallll.. sebijik bebola bunga yg ada rantai manik tu berharga RM22.90. Dua bijik dekat 50inggit ok! Malangnyeeeee apabila si pengantin dtg umah jumaat malam nak collect bunga dia, damia request handbouquet dia pulak. So aku tunjukkan yg bebola bunga tu, dia tanakkkk!!!! Adeehhh... Terpaksa pujuk dia, dan berjanji utk beli handbouquet mcm pengantin pagi2 soknye...
Mujur kat Pasar Kajang ade jual bunga2. Phewww... Jam 7.15pagi aku dan damia dah ke pasar semata-mata nak beli handbouquet. Tu pun dia request nak kaler merah macam pengantin. Tapi aku terpaksa kelentong dia, kata bunga kaler merah sume org da tempah. Last2 dia terima jugak la bunga kaler pink. Legaaa... Sampai rumah pengantin, touch up sket bunga tu n taruk ribbon. Murah jugak ekk bunga2 kat pasar tu. Rose sekuntum RM1.50 je.. Lily setangkai ada 3 kuntum RM6.00 je. Ermmm bole lah hias rumah dgn fresh flowers pasni. Hehe...*berangan* Ok jom tengok gambar je la...... melambak2 ni, jangan muntah dah la...
Damia memanjang je senyum. Hati berbunga riang sebab dia tau dia pun nak jadi pengantin tenghari nanti :)
Jam 10.10am sah menjadi pasangan suami-isteri. Ehhh nampak tak budak baju biru tu? Ape ke halll rambut cenggitu? heheh
Official Photographer di situ....
*behind the scene*
Cantik tak kaler tema kanopi yang ahkakk pilihkan? :p
My Princess *muahhmuahh*
Hiiiii geram tau dengan budak ni! Asyik makan telooorrr je...
Pengantin.
Ni pun pengantin jugak ;)
Damia memanjangg je senyum. Padahal skang ni payah nak amik gambar dia. Bila di tanya nape mia asyik senyum je.. jawabnye: 'mia kan jadi pantin. kena la senyumm'
Tuesday, December 21, 2010
Checklist mak sedara pengantin...
Sireh junjung ni berharga RM30.00 jekkkk!!!!
Kira ok la walaupun masa gambar ni sireh tu terjulur2 kuar gitu. Pas touch up sket2 maka cantik la dia.... Dan ini banner FB si pengantin. Saje bagi glam kat sini.. heheh
Alaaaaa da dekat puluk 6ptg ni. Mana laaa en.suami ni tak dtg2 jemput lagi. Abes la projek Alamanda i malam ni. Adehhh...
Friday, December 17, 2010
Cinta Roti dan Basikal....
Damia dah dapat basikal baru. Dah seminggu dah.. excited sangat2. Asalnye aku ke klinik kat kajang ni. Kebetulan time sampai tu doctor belum balik lunch. Pastu Damia pulak nampak kedai basikal sebelahhh je klinik tu. Apa lagi, dia pun masuk, belek2 satu persatu.. mana yang dia berkenan dia tarik n test drive. Cewahh...
Aku kesian pulak tengok dia. Dah lama mintakk nak basikal. Sebelum harijadi ke 3 tahun lagi dia dah mintak. Aku kata nanti dulu.. nanti dulu.. tunggu ayah yang belikan. Ehemmm kena la ayah yang kuar duit untuk keperluan dan kehendak anak, tak gitu? Sedar tak sedar rupanya dah setahun lebih dah, tak jugak beli2. Dok la pakai basikal lama yang ada handle pemegang kat belakang tu, yang skarang ni dok berebut dgn khalish.
Pastu aku panggil ayah yang tunggu dalam kete. Nasib kebetulan ada kete kuar parking, so dpt la parking betul instead tunggu tepi kete orang je. Nama aku nak pilih2 basikal ni mana laa reti. So khidmat ayah jugak diperlukan. Pilih punye pilih.. mana yang ayah berkenan, si anak tak nak pulak.. mana yang anak nak, ayah ibu pulak tak nak. Haihhhhh... yang penting yang menarik perhatian si anak adalah basikal kaler PINK. Aku nak yang tak kaler pink supaya nanti khalish da besar bole la dia take over pulak.
Pastu masa pilih dok tengok kat basikal yang beratur je. Last2 dongak atas terus ayah nampak basikal pink yang cantik dan besar, sesuai dgn saiz badan damia. Tu pun dia macam tak nak sebab dok berkenan yang pink putih ada bakul cuma basikal tu kecik sket. Last2 ntah cemana dia pun setuju nak yang pink cherry.
Cantik tak? Aku pulak yang sukee.. hihi actually kat depan tu ada mcm beg berzip la, ganti bakul. Tapi ayah da tanggalkan sebab mcm tak cantik pulak. Harga RM150 after discount. Siap beli dengan helmet skali, rm15. Pastu khalish pun sibuk2 cari basikal dia pulak. Siannn dak kecik ni. Pandai dah nk pilih untuk diri sendiri. Belikan jugak la dia helmet since basikal lama dah ada, jangan membazir.. tunggu besar sket ye dik!
Tapi macam kesian je kan, boy kena naik basikal pink. Hee tu la bila anak 1st tu ppuan, mesti everything nak pink. Pastu bila adiknye boy, nak tak nak terpaksa la turunkan yang PINK tu ke adik pulak. Kalau tak, membazir. Tapi tu pun khalish dok ngendeng gak basikal akak. malangnye basikal akak tinggi sangat, tak bole naik pun. Tunggu besar sket ye dik, ibu belikan adik punye pulak.
Ini pulak kisah roti. Skang ni nak elakkan breakfast yang heavy dan tak berkhasiat. tapi pagi semalam goreng jugak la mee since da ada stock dlm peti ais. Pastu petang gi Giant, beli la roti n macam2.. da lama nak buat tapi baru ni jadinye. Resepi ikut kak nani punye, tapi ni resepi derhaka sket la bak kata Mat gebu.
Bekal kat opis 2 keping. Kat umah sempat jamah sekeping. Yang lain tinggal untuk anak2 dalam 4-5 keping.
Resepi/cara:
- Goreng minced meat dgn lada sulah sikit. Ketepikan.
- Panaskan oven..
- Sapu roti wholegrain Gardenia dgn sikit lada sulah.
- Tabur minced meat yang digoreng tadi rata2.
- Tabur bawang merah dan bawang putih yang dicincang.
- Tabur tomato dan capsicum yang dicincang.
- Tabur keju mozarella.
- Susun dalam dulang n bakar dalam oven dalam 5-7minit je. Siap untuk dimakan!
Sedap. Memang sedap! Pasni bole buat lagi...... :) Memang menepati selera tekak aku. Tapi selera tekak anak2 aku belum tau lagi sebab masa gi keje tadi, diorang belum jamah pun roti tu. Balik nanti baru tau cemana..
.
..
.
.
.
CANTIK TAKKKKKK?
Ni try masa kat LovelyLace Alamanda. Cantik... Tapi aku prefer gown yang tak de kain net tu. So nak pakai gi mana2 pun ok je.. tak la macam pengantin sangat. Damia da memang fall in love la dgn gown tu. Pastu pandai2 sendiri nak try kasut kat situ pulak. Tapi sayang, tak muat! Yang saiz 5-6 ketat.. yang saiz 7-8 panjang sangat.. heheh cian dia!
Tapi sampai la ni aku tak beli gown dia tu. Yang dia try tu after less jadi RM170 la gitu. Bapak mahallllllll. Mahal la bagi aku coz bukan selalu nak pakai. Bila bukan selalu nak pakai, pastu dok simpan2.. lama2 badan makin naik, gown jadi ketat. Tak ke membazir?? Kalau dpt baby girl pun, kena tunggu 3 tahun lagi la kalau nak bagi pakai pun. Ishh ish ishhh.... Tapi aku sukee gown ni coz kat leher tu sebenarnya mcm ada loket bentuk love. Takyah da nak pakai rantai2 lagi.. Jimat!
Buat masa sekarang tengah survey tempat lain lagi. Cari yang murah2 tapi nampak eksklusif gitu... Aku skang ni bila nak beli barang amat berpegang pada pepatah orang kaya :
" Kekayaan bukan diukur pada berapa RM yang kita keluarkan, sebaliknya kekayaan diukur pada berapa RM yang kita simpan. "
Wednesday, December 15, 2010
Sarapan berkhasiat
Pagi tadi bangun nak buat sarapan. Selalunya buat nasi goreng ke.. mee goreng ke.. mihun goreng ke.. Tapi pagi ni, nahhhhhh... sarapan yang berkhasiat!!
Tuesday, December 14, 2010
Confirm dah... Montessori Islam!
Tapi skarang dah tukar nama ke Brainy Bunch International Islamic Montessori.
Semalam aku dah pergi daftarkan Damia. Masa daftar pun memang aku saja bawak damia sekali sebab dia cerewet jugak nak pilih sekolah. Masa sampai tu nampak riak wajah dia gembira sangat. So lepas cikgu tu explain serba sikit pasal sekolah tu, pasal education dia, pasal fees... aku tanya damia samada dia nak ke tak sekolah kat situ. Terus dia jawab 'nakk....' sambil senyum2 gembira.
Kebetulan, masa kami datang tu, walaupun cuti sekolah, tetap ada kelas jugak untuk students yang nak la... so damia tengok ramai kawan kat situ.. tu yang dia happy je. Yang aku suke tu, budak2 umur 5-6tahun tu bercakap sesama diorang pun speaking english tuuu.. siap dgn slang skali..
Memandangkan permintaan yang tinggi, so start tahun depan diorang buat 2 sessi - pagi dan petang. So untuk sessi pagi da penuh sebab mostly students sedia ada da booked and priority utk diorang la kan. Tapi aku request gak kalau ada kekosongan, aku nak damia skolah pagi. Harap2 ada la yang available.
So ini aku nyatakan serba ringkas yuran sekolah ni yea. Untuk rekod aku, dan juga untuk makluman kawan2 yang memerlukan...... boleh jugak jadi panduan untuk tahun depan.
Brainy Bunch Islamic Montessori School
- Registration fees = rm 150.00
- Materials & stationery = rm 350.00
- Jan & dec 2011 fees = rm 500.00 (rm250/month)
- Insurance = rm 20.00
- Uniform/bag = rm 40.00
- Sportswear = rm 40.00
TOTAL = rm 1100.00
Optional:
- uniform = rm 40.00 each
- daycare = rm 150.00
- Transport = rm 30.00 / rm 60.00 (depends on ur home location)
- swimming class = rm 50.00
Tapi untuk swimming class tu, teacher kata tengok pada permintaan. Kalau ramai, baru ada class. Kalau tak.. takde lah. Sebab baru nak start next year ni... Masih dalam perbincangan. Tak kisah la.. kalau ada pun bagus jugak kan.
Damia baru nak masuk 4tahun, next yr. Tak pe la.. bukan nak paksa dia jadi pandai sangat pun. Since dia dah excited sangat.. hari2 cakap nak pergi sekolah.. so aku pun daftar juga la. Lagipun kalau tengok damia dengan budak2 age 5-6yr tu, tak nampak pun bezanya.. sama je besar n tinggi. Even ada anak teacher tu dah 4 ke 5 yr tah.. kecik comelll je. So harap2nya damia suka dengan skolah dia.
Oh ya.. untuk sessi pagi, class start dari 8.30am till 11.30am (kalau tak silap la). untuk sessi petang pulak dari 1pm till 4pm. Harap2 ada la kekosongan morning class tu. Sebab kalau petang tu macam dah letih la pulak sebab pagi2 kat rumah sure tak duduk diam punye.. Tak kisah la.......
Monday, December 13, 2010
Cameron Highlands
Lepas kenduri tu, tak dan nak singgah rumah sedare mara sebab hari dah petang. Lagipun family abg aku dah gi rumah sedare dulu, so masa nak kuar tu aku pun nampak kete diorang kuar.. so terbantut la plan aku nk singgah kat umah 2pupu. Aku ni failed sket kalo gi umah sedare mara.. harap abg aku yg sulung, takpun mak aku. Tapi mak time tu kat umah kenduri lagi. Ye la.. dia n abg no.2 balik esoknye. So melangut la lama sket situ...
Kami ikut laluan Simpang Pulai. Jalan memang cantik. Lori je yang banyak lalu situ... tu pun gile lajuuu si lori2 ni tau. Sampai Brinchang dalam 11 mlm. Ada pasar malam tapi dah nak tutup. Sempat jugak singgah.. pastu carik mesin ATM. Pusing kat Brinchang, tak jumpa. Nasib baik ade Garmin. Rupanya kat Tanah Rata ada ATM. Terpaksa pegi ke Tanah Rata pulak... Pastu singgah makan steambot. Satu set RM30. makan sampai muntah... banyakkk. Kuah Tomyam dia sedap sgt.
eh ni da nak abes makan baru teringat nk snap pic.
Masa check-out.
Town Brinchang
Kat BIG RED STRAWBERRY FARM
Abaikan stoking merah itu. haha.. beli kat pasar malam CH
Adik da meleleh2 hidung sebab sejuk
Macro yang tak jadik
Muka poyo je budak nehhh nak gunting strawberry
Nak amek gambar adik. Aku panggil2 suh pandang camera tapi dia wat tatau je.. ingatkan nak wat ape... rupenye...
Adik pun beriya-iya nak potong strawberry
Terkedek2 nak petik strawberry tapi tak sampai.. hehe ciannn dia
Dah petik, sila timbang. Since aku mintak 2 bakul plastik tu, so kena at least 1/2kg per bakul. So kalau 2 bakul kena la at least 1kg. Harga pulak utk 1/2kg = rm20. Kalau 1kg=rm40. Kalau penuh menggunung dia caj rm60. Kitorang punye tak sampai 1kg pun, tapi orang tu top up jadikan 1kg jugak!
Pastu breakfast kat cafe. Nak makan ice-cream strawberry tapi pagi sangat.. tak tahan sejuk. So aku cuma order waffle, funfries utk khalish, damia nak makan buah strawberry yang dipetik. Jadik la utk alas perut sebelum balik...
Jam masa tu pun dah pukul 9.30pg kot. Ayah da bising2 dah nak balik cepat sebab dia janji ngan client jam 10pagi. So kuar dari strawberry farm, terus pulang.. Ikut laluan Brinchang-Tanah Rata-Ringlet-Sg.Koyan. Masa turun dari Tanah Rata ke Ringlet, kepala aku da pening dah... nak tengok kebun teh pon tak bole. Berpinar2 bijik mata. Damia pun komplen cakap sakit kepala. Dalam kete gak dia muntah, sibbaik sempat tadah ngan beg plastik.