Monday, December 27, 2010

Edisi Perkahwinan 2010

Alhamdulillah... 25 Disember 2010 ; Majlis berlangsung lancar dengan cuaca yang sangat baik. Selesai upacara memotong kek, hujan pun turun, mungkin sebagai tanda merahmati pasangan pengantin.

Hari jumaat aku ke rumah pengantin untuk tolong serba sedikit. Cehhh walaupun sebenarnye tolong kopek ikan bilis pun aku takkkk buat! Muehehheee.. tolong tengok pun jadi lah ye. Mujur juga jiran2 pengantin secara sukarela utk gotong-royong memasak untuk makan malam. Siap masak kat rumah diorang lagi.. so rumah pengantin tak la huru hara sangat. Lewat petang aku pun pulang ke pangkal jalan.. sebab nak pergi amek sirih junjung dan handbouquet pengantin. Cadangnye malam lepas Maghrib nak ke sana lagi tapi apakan daya.. badan letih sgt2! Tido malam pun macam tak lena, macamkan aku pulak yang nak kahwin..

Sabtu pagi2 dah bangun. Sebab nak amek nasi lemak n kuih muih yang di tempah oleh mak pengantin. Aku tempah kat tempat biasa beli nasi lemak n kuetiow damia... pastu tetiba pulak ade plan lain pagi tu. Masa tempah sireh junjung n handbouquet tu cuma tempah pengantin punye. Sebab untuk flower girls aku dah belikan bunga tiruan kat LovelyLace. Dah la mahallll.. sebijik bebola bunga yg ada rantai manik tu berharga RM22.90. Dua bijik dekat 50inggit ok! Malangnyeeeee apabila si pengantin dtg umah jumaat malam nak collect bunga dia, damia request handbouquet dia pulak. So aku tunjukkan yg bebola bunga tu, dia tanakkkk!!!! Adeehhh... Terpaksa pujuk dia, dan berjanji utk beli handbouquet mcm pengantin pagi2 soknye...

Mujur kat Pasar Kajang ade jual bunga2. Phewww... Jam 7.15pagi aku dan damia dah ke pasar semata-mata nak beli handbouquet. Tu pun dia request nak kaler merah macam pengantin. Tapi aku terpaksa kelentong dia, kata bunga kaler merah sume org da tempah. Last2 dia terima jugak la bunga kaler pink. Legaaa... Sampai rumah pengantin, touch up sket bunga tu n taruk ribbon. Murah jugak ekk bunga2 kat pasar tu. Rose sekuntum RM1.50 je.. Lily setangkai ada 3 kuntum RM6.00 je. Ermmm bole lah hias rumah dgn fresh flowers pasni. Hehe...*berangan* Ok jom tengok gambar je la...... melambak2 ni, jangan muntah dah la...






Damia memanjang je senyum. Hati berbunga riang sebab dia tau dia pun nak jadi pengantin tenghari nanti :)


Budak bulat ni masammm je muka nya! Ngantuk kot sbb pagi2 dah kena kejut mandi.. hehe..



Jam 10.10am sah menjadi pasangan suami-isteri. Ehhh nampak tak budak baju biru tu? Ape ke halll rambut cenggitu? heheh






















Official Photographer di situ....
















*behind the scene*









Cantik tak kaler tema kanopi yang ahkakk pilihkan? :p





Pelamin yang simple tapi tetap 'IN'. Kalo time aku kawen dulu ade kusi cenggini, takde la nampak aku besor dari kusi. ngehngehngehhh...





My Princess *muahhmuahh*









Wedding Cake




Baker n her cake...
Ceitttt..cake ni cuma tempah je kat AnisBakery. Sedapp! Dan harga sangat berpatutan.










Tuan dan Puan rumah tengah standby menyambut tetamu.










Hiiiii geram tau dengan budak ni! Asyik makan telooorrr je...






Pengantin.





Ni pun pengantin jugak ;)































Damia memanjangg je senyum. Padahal skang ni payah nak amik gambar dia. Bila di tanya nape mia asyik senyum je.. jawabnye: 'mia kan jadi pantin. kena la senyumm'



















Dan acara kemuncaknya adalah:
Kami bersanding lagi!!!!
Hahaha..dipaksa oleh Damia sebab dia nak merenjis. Habisssss tangan bertakung dengan air mawar. Saboor je la..







Selamat Pengantin Baru buat Atikah & Shahrul. 15hb Januari kita ke Jerantut pulak yea.... ermmm this weekend ada lagi wedding anak sedara. Tiap2 minggu acara keluarga.. Hoyeahhhh!!!

3 comments:

mamaarifakeemaisy said...

cantik semuaaaaaaa piccas! tmbh2 ur princess! waaah mia pandai eh, memanjg jer tersenyum manis! ^_^..cunlah!

cantik kaler tema..nmpk mewah!

Kelab Kembar Malaysia said...

cantiknye!!!



assalammualaikum tuan tanah


Anda dijemput sila lihat sini

http://amrafahan.blogspot.com/p/jom-berkelah.html

AMIIZAA@Mieja said...

canteknyaaaaa.....:)

bestnya sue msh boleh pakai baju kurung:) manisnya tahi lalatmu:):)khalish nampak bolat tembam....eiii geram nak kisss....heheheh