Monday, December 13, 2010

Cameron Highlands

Okeh.. mari kita sambung cerita lagi.

Lepas kenduri tu, tak dan nak singgah rumah sedare mara sebab hari dah petang. Lagipun family abg aku dah gi rumah sedare dulu, so masa nak kuar tu aku pun nampak kete diorang kuar.. so terbantut la plan aku nk singgah kat umah 2pupu. Aku ni failed sket kalo gi umah sedare mara.. harap abg aku yg sulung, takpun mak aku. Tapi mak time tu kat umah kenduri lagi. Ye la.. dia n abg no.2 balik esoknye. So melangut la lama sket situ...





Gambar atas ni masa nak check out dari resthouse. Pesal muka aku kembang plak ni... *ciss tanak ngaku lagi mmg da kembang sbnrnye.. hehe*
Damia teruja balik kg ibu sebab banyak kambing n lembu tepi2 jalan. Even kat rumah kenduri pun ada kambing/lembu kat tepi rumah. Damia n adik sempat tgk Tok cik (makcik aku) bagi kambing makan daun2 kayu.. tengok anak kambing embekkk embekk.. Teruja betul budak 2 orang tu. Ye la kan.. selama ni dok balik kg ayah mana penah jumpa kambing/lembu tepi jalan. Sume kat dalam ladang dalam hutan/kebun getah.. kena kurung.
So lepas isi minyak kami teruskan perjalanan menghala ke Grik-Lenggong-Kuala Kangsar. Takde plan apa pun, cuma aku cakap nak singgah KK makan laksa n nak gi kedai jual kraftangan. Dalam kete Damia tido lena.. Khalish pulak aktif kemain lagi. Depan belakang dia conquer. Kalo duduk depan, aku yang penat sebab sume dia nak usik.. dashboard la.. cd player la.. radio la.. macam ulat. Sampai sakit perut aku. Bila duduk belakang pulak, ni kerjanya.....
.
.
.
.
.
.
Abis digomolnye kakak yang tengah tido. Dia tarik rambut kakak... dia cium pipi kakak.. dia peluk2 kakak... sabarrrrrr je la........
Masa lalu kat Lenggong, kitorang sempat singgah kat Muzium Arkeologi Lenggong. Tempat bersejarah kan Lenggong ni.. tapak orang2 zaman mesopolitik ke neolitik tah... kat Lenggong ni pun banyak gua. Aku penah masuk 2-3 jenis gua kat sini. Ade satu gua tu yg aku ingat namanya GUA GELAP. memang gelap gelita dalam tu. Takde satu lubang cahaya pun! Lagi satu gua yang menarik, GUA ape tah.. gua tak tau la, lu tau ka?! heheh.. Tapi yang tu macam gua orang2 bunian la.. ada katil n kelambu batu yang berkilau2an.. ada satu batu macam sumpahan, sebijik bentuk macam sepasang pengantin atas bangku, dengan dikelilingi dayang/pengawal.
Yang katil bunian tu, bayangkan je la tirai2 kelambu berlapis tu.. batu yang berkilauan, dalam tu macam hamparan umpama katil la... cantikkk sangat2. Mak aku cakap, memang ada pun orang bunian situ dulu2. Pastu orang2 nk buat kenduri kawen dulu2 selalu pinjam pinggan mangkuk orang bunian situ. Mende ni pun memang masa aku trekking situ, sorang pakcik ni ade citer yg sama gak. Erm masa nk kuar dari gua tu, sib baek la badan masa tu agak slim *ehem ehem* bole la gak kuar kat lubang tinggi, kena pegang tali naik atas tau. Kalo badan skang.. kem salam la. Duduk la dendiam dalam gua tu sampai skang. Hehehhe...

*tgk la jari anak dara tu tunjuk mana? sabooo je la!




*dalam ni ada baby tau..*




*bayangkan kalo si ayah menghadap ibu, mau terpenyekk yg kecik comel tu*
Kitorang sampai K.kangsar dalam jam 6.30ptg. Kedai2 kraftangan situ tutup dalam kul 7ptg. Sempat beli bakul isi air panas/tin susu.. beli frame letak kunci, dengan kayu refleksologi. Pastu pekena laksa.. aku tatau la kat KK ni laksa kedai mana yang sedap. 2 kali makan situ, kedai lain2 la.. 2-2 tak sedap. Lupa plak nk call member lama tanya laksa sedap tang mana...
Kat situ sempat la mandikan damia kat toilet.. tukar pampers n baju khalish. Tapi damia aku tak pakaikan pampers sebab plan nk pakai kat RnR. Sebabnya kami tetiba plan nak ke Cameron Highlands. So RnR tu pulak lepas simpang ke CH. Alamatnya.. masa mendaki ke CH dalam gelap malam tu la damia tetiba bangun cakap 'mia nak kencingggg.. tak tahannn' sambil nangis2. Menggelupur aku takut dia terkencing dlm kete. Dah gelap2 camtu takut pulak nak benti tepi jalan... pampers pulak kat belakang, nk kena panjat. Yang ada pampers adik. Tak dan nak bukak suar, aku tadahh je ngan pampers. Ahahhahaa... bila da dpt pampers mia, baru bukakan suar dia n pakaikan pampers. Perghhhh... tercampak je la pampers kencing dia tu. sibbaik tak kencing dlm kete.




Kami ikut laluan Simpang Pulai. Jalan memang cantik. Lori je yang banyak lalu situ... tu pun gile lajuuu si lori2 ni tau. Sampai Brinchang dalam 11 mlm. Ada pasar malam tapi dah nak tutup. Sempat jugak singgah.. pastu carik mesin ATM. Pusing kat Brinchang, tak jumpa. Nasib baik ade Garmin. Rupanya kat Tanah Rata ada ATM. Terpaksa pegi ke Tanah Rata pulak... Pastu singgah makan steambot. Satu set RM30. makan sampai muntah... banyakkk. Kuah Tomyam dia sedap sgt.





eh ni da nak abes makan baru teringat nk snap pic.











Adik tido lena sangat2. Kejut byk kali pun tak bangun. Comell je dia, macam nangka bungkus. Hehe...
Pastu patah balik ke Brinchang. Check-in kat Hotel Rainbow. Amek family room. 2 queen bed. RM130/nite. Sebabnya esok pagi2 nak petik strawberry...









Masa check-out.




Town Brinchang






Kat BIG RED STRAWBERRY FARM














Cantik2 salad kat sini. gerammm aku tgk!
Dia jual 3 peket RM5.00






Abaikan stoking merah itu. haha.. beli kat pasar malam CH




Adik da meleleh2 hidung sebab sejuk





Macro yang tak jadik





Muka poyo je budak nehhh nak gunting strawberry













Nak amek gambar adik. Aku panggil2 suh pandang camera tapi dia wat tatau je.. ingatkan nak wat ape... rupenye...








Dia pun nak tunjuk STRAWBERRYYYY....
pandaiinyeeeee!!




Adik pun beriya-iya nak potong strawberry












Terkedek2 nak petik strawberry tapi tak sampai.. hehe ciannn dia





Dah petik, sila timbang. Since aku mintak 2 bakul plastik tu, so kena at least 1/2kg per bakul. So kalau 2 bakul kena la at least 1kg. Harga pulak utk 1/2kg = rm20. Kalau 1kg=rm40. Kalau penuh menggunung dia caj rm60. Kitorang punye tak sampai 1kg pun, tapi orang tu top up jadikan 1kg jugak!




Pastu breakfast kat cafe. Nak makan ice-cream strawberry tapi pagi sangat.. tak tahan sejuk. So aku cuma order waffle, funfries utk khalish, damia nak makan buah strawberry yang dipetik. Jadik la utk alas perut sebelum balik...





Jam masa tu pun dah pukul 9.30pg kot. Ayah da bising2 dah nak balik cepat sebab dia janji ngan client jam 10pagi. So kuar dari strawberry farm, terus pulang.. Ikut laluan Brinchang-Tanah Rata-Ringlet-Sg.Koyan. Masa turun dari Tanah Rata ke Ringlet, kepala aku da pening dah... nak tengok kebun teh pon tak bole. Berpinar2 bijik mata. Damia pun komplen cakap sakit kepala. Dalam kete gak dia muntah, sibbaik sempat tadah ngan beg plastik.
Aku pulak, da lepas Ringlet, suh ayah benti tepi n munnn jugak la. pening woo.. Jalan dari Ringlet ke Sg Koyan cantik.. jalan besar dan takde la zig zag sangat.. pastu ade signboard 'rusa melintas'. Dalam ati ni.. kalo betul2 ade rusa melintas kan best.. tapi takde rezeki la pulak. Sampai di pekan Raub lebih kurang jam 12.30tghari.
Apa pun, alhamdulillah.. at least lepas juga hajat nak ke Cameron Highlands walau sekejap cuma. Ermm tahun depan nak gi lagi la.. Tak puas rasanya berjalan. Kalau gi lagi konfem aku ikut jalan Sg.Pulai pergi dan balik. Tapah... ohh tidak!!!!!




Oh ini souvenir utk staff. Coklat beli kat Kompleks Bebas Cukai Pgklan Hulu. keychain kat CH. Ok la tu kan....

5 comments:

AMIIZAA@Mieja said...

salamsss suee,

meriahnyaa anak2....damia&khalish nampak seronok sangat:):) hehehehhe tersenyum akak tgk gambr mereka...

dah nampak peyut sue....dah taou ke baby apa?

suria lekatlekit said...

yang mengandung ibu.. yg ayah pun mcm mengandung pehal lak?? kekekekekeke

Sue said...

k.mieja,
a'a..budak2 sonok sgt esp damia. impian dia nk petik strawberry da tercapai! yg kelakar selama ni dia tak penah ngadu sejuk even tido dlm ekon. masa kt CH ni la dia sibuk sejukk..sejuk.. hehe.. baby dah tau dah gender. tapi biarlah rahsiaaaa.. cewah!

Sue said...

lekatlekit,

aahaha tu perkara biasa! dari dulu smpai skang tak bersalin2 pon dia tu. tapi tak pe.. perut buncit lelaki tu lambang dan bukti dia da kawen tau!

Lily@MamaZaraZareef said...

wahhhh..smpat pulak singgah CH yek..kitorng bulan dpn baru nak naik atas..tk sabar rase nak pi rehat2 kat sinun..heheh