Friday, December 17, 2010

Cinta Roti dan Basikal....

Kisah 2 cinta hati saya.... :)

Damia dah dapat basikal baru. Dah seminggu dah.. excited sangat2. Asalnye aku ke klinik kat kajang ni. Kebetulan time sampai tu doctor belum balik lunch. Pastu Damia pulak nampak kedai basikal sebelahhh je klinik tu. Apa lagi, dia pun masuk, belek2 satu persatu.. mana yang dia berkenan dia tarik n test drive. Cewahh...

Aku kesian pulak tengok dia. Dah lama mintakk nak basikal. Sebelum harijadi ke 3 tahun lagi dia dah mintak. Aku kata nanti dulu.. nanti dulu.. tunggu ayah yang belikan. Ehemmm kena la ayah yang kuar duit untuk keperluan dan kehendak anak, tak gitu? Sedar tak sedar rupanya dah setahun lebih dah, tak jugak beli2. Dok la pakai basikal lama yang ada handle pemegang kat belakang tu, yang skarang ni dok berebut dgn khalish.

Pastu aku panggil ayah yang tunggu dalam kete. Nasib kebetulan ada kete kuar parking, so dpt la parking betul instead tunggu tepi kete orang je. Nama aku nak pilih2 basikal ni mana laa reti. So khidmat ayah jugak diperlukan. Pilih punye pilih.. mana yang ayah berkenan, si anak tak nak pulak.. mana yang anak nak, ayah ibu pulak tak nak. Haihhhhh... yang penting yang menarik perhatian si anak adalah basikal kaler PINK. Aku nak yang tak kaler pink supaya nanti khalish da besar bole la dia take over pulak.

Pastu masa pilih dok tengok kat basikal yang beratur je. Last2 dongak atas terus ayah nampak basikal pink yang cantik dan besar, sesuai dgn saiz badan damia. Tu pun dia macam tak nak sebab dok berkenan yang pink putih ada bakul cuma basikal tu kecik sket. Last2 ntah cemana dia pun setuju nak yang pink cherry.




Cantik tak? Aku pulak yang sukee.. hihi actually kat depan tu ada mcm beg berzip la, ganti bakul. Tapi ayah da tanggalkan sebab mcm tak cantik pulak. Harga RM150 after discount. Siap beli dengan helmet skali, rm15. Pastu khalish pun sibuk2 cari basikal dia pulak. Siannn dak kecik ni. Pandai dah nk pilih untuk diri sendiri. Belikan jugak la dia helmet since basikal lama dah ada, jangan membazir.. tunggu besar sket ye dik!





Tapi macam kesian je kan, boy kena naik basikal pink. Hee tu la bila anak 1st tu ppuan, mesti everything nak pink. Pastu bila adiknye boy, nak tak nak terpaksa la turunkan yang PINK tu ke adik pulak. Kalau tak, membazir. Tapi tu pun khalish dok ngendeng gak basikal akak. malangnye basikal akak tinggi sangat, tak bole naik pun. Tunggu besar sket ye dik, ibu belikan adik punye pulak.


Ini pulak kisah roti. Skang ni nak elakkan breakfast yang heavy dan tak berkhasiat. tapi pagi semalam goreng jugak la mee since da ada stock dlm peti ais. Pastu petang gi Giant, beli la roti n macam2.. da lama nak buat tapi baru ni jadinye. Resepi ikut kak nani punye, tapi ni resepi derhaka sket la bak kata Mat gebu.





Bekal kat opis 2 keping. Kat umah sempat jamah sekeping. Yang lain tinggal untuk anak2 dalam 4-5 keping.




Resepi/cara:

  1. Goreng minced meat dgn lada sulah sikit. Ketepikan.
  2. Panaskan oven..
  3. Sapu roti wholegrain Gardenia dgn sikit lada sulah.
  4. Tabur minced meat yang digoreng tadi rata2.
  5. Tabur bawang merah dan bawang putih yang dicincang.
  6. Tabur tomato dan capsicum yang dicincang.
  7. Tabur keju mozarella.
  8. Susun dalam dulang n bakar dalam oven dalam 5-7minit je. Siap untuk dimakan!

    Sedap. Memang sedap! Pasni bole buat lagi...... :) Memang menepati selera tekak aku. Tapi selera tekak anak2 aku belum tau lagi sebab masa gi keje tadi, diorang belum jamah pun roti tu. Balik nanti baru tau cemana..

.

..

.

.

.

CANTIK TAKKKKKK?


Ni try masa kat LovelyLace Alamanda. Cantik... Tapi aku prefer gown yang tak de kain net tu. So nak pakai gi mana2 pun ok je.. tak la macam pengantin sangat. Damia da memang fall in love la dgn gown tu. Pastu pandai2 sendiri nak try kasut kat situ pulak. Tapi sayang, tak muat! Yang saiz 5-6 ketat.. yang saiz 7-8 panjang sangat.. heheh cian dia!

Tapi sampai la ni aku tak beli gown dia tu. Yang dia try tu after less jadi RM170 la gitu. Bapak mahallllllll. Mahal la bagi aku coz bukan selalu nak pakai. Bila bukan selalu nak pakai, pastu dok simpan2.. lama2 badan makin naik, gown jadi ketat. Tak ke membazir?? Kalau dpt baby girl pun, kena tunggu 3 tahun lagi la kalau nak bagi pakai pun. Ishh ish ishhh.... Tapi aku sukee gown ni coz kat leher tu sebenarnya mcm ada loket bentuk love. Takyah da nak pakai rantai2 lagi.. Jimat!

Buat masa sekarang tengah survey tempat lain lagi. Cari yang murah2 tapi nampak eksklusif gitu... Aku skang ni bila nak beli barang amat berpegang pada pepatah orang kaya :

" Kekayaan bukan diukur pada berapa RM yang kita keluarkan, sebaliknya kekayaan diukur pada berapa RM yang kita simpan. "

2 comments:

mamalieyna said...

alahai..pink pun pink la khalish ye..janji bleh jalan..hehe..cute tul beskal pink! ^_^

Mommy Prince said...

idea breakfsast tuk anak bujang aku nanti ke tadika ni sue.sementara nk tunggu roti di bakar boleh la buat menda lain dulu kan.
nampak pun lazat je :)