Wednesday, March 24, 2010

Saya sokong KEMPEN '90 DAYS FOR MUM'

Salam

Korang, korang rasa cuti bersalin 60 hari tu cukup tak? Pada saya, tak cukup! Sebab baru 2minggu habis pantang dah kena masuk kerja. Pastu pulak buatnya masuk2 kerja, melambak2 fail atas meja. Fuhhh..... Pastu kesian baby kan? Baru nak manja2 da kena tinggal...

Ni sempena Hari Wanita Kebangsaan 2010, NUBE ada buat Kempen 1 juta Tandatangan untuk menyokong cuti bersalin diberi 90 hari dengan bergaji. Kalau dibandingkan dengan beberapa negara Asean, Malaysia ni sikit je cuti bersalin yang diberi iaitu 60 hari. Alangkan Singapore pun bagi cuti selama 112 hari.

Saya sangat2 sokong kempen ini. Sebabnya:

  1. Ibu boleh luangkan masa lebih banyak bersama bayi
  2. Ibu dapat rehat yang secukupnya
  3. Ibu boleh menjayakan penyusuan susu ibu
  4. Tempoh 60 hari tu belum menjamin ibu tu pandai menyusukan anak dengan susu badan
  5. Bagi ibu2 yang melahirkan anak pra-matang atau ada komplikasi pada anak atau sebagainya memang memerlukan cuti yang panjang
  6. Masalah kesihatan ibu itu sendiri. Mental, emosi. Dalam pantang bukannya boleh rehat sepenuhnya...
  7. Dan macam2 lagi lah yg penting SAYA SOKONG KEMPEN 1 juta Tandatangan untuk '90 DAYS FOR MUM'

Dan kalau kawan-kawan tak kira lah yang belum/sudah berkahwin, belum/sudah ada anak, ibu2 bapa2, anak2.... mari lah kita jayakan kempen ini. Tak susahhh... Cuma klik SINI dan isi petition di bawah sekali.

2 comments:

Anonymous said...

kami sokong jugak...hehehe... ya la.. kiter ni masa ngan anak mmg amat kurang.... negara lain paling skit pun 90 ari cuti kiter jer 60 ari

Sue said...

cayok as.. ehe betul tu kite paling sikit