Wednesday, February 16, 2011

Bila da senang, memang terasa bila tiada dia

Last weekend adalah hujung minggu yang bole aku katakan sebagai minggu naik darah tinggi. Hahaha.. sebab apa? Meh nak citer...

Bibik mintak cuti, so lepas kerja hari jumaat tu aku hantar bibik kat bus stop Kajang ni. Dia nk g rumah abang dia kat Semenyih. So far da 2 kali bibik cuti. Ok la tu.. So balik dari tu maka bermula la episod huru hara dalam hidup aku anak beranak. Plan asal aku nak gi rumah kakak tapi tak jadi pulak pasal husband kata nk balik malam tu. Mulanya memang aku mintak dia balik weekend ni tapi dia ada kerja nak kena setel hari sabtu ahad tu jugak kat bentong. Hmmm...

Lepas antar bibik tu, aku pun balik dgn anak dara n anak teruna. Mulanya ok la.. aku mandi, budak2 pulak main2. Pastu uruskan budak tote tu berak la.. kalau dalam toilet tu memang aku cepat hangin la. Dia sibuk nak main air. Aku pulak termengah2 dok mencebokkan dia. Perghhhh bole hilang sabau!! Pastu time nak masak pulak, bibik pulak petang tu tak sempat masak sebab aku pun last minit baru inform dia yg aku tak jadi gi rumah kakak. So terpaksa la masak sendiri.

Sementara aku ketang-ketung kat dapur, sambil tu mulut pot pet lagi dengan budak2 yang tak reti duduk diam. Kejap2 panggil aku.. kejap2 kang gaduh.. Waaaa mau nangis tau!!! Aku pulak kalo da berdiri lebih 5minit mula la pergerakan terbatas. Nak angkat kaki pun tak larat, apa lagi nk ke hulu hilir. Tapi alhamdulillah setel jugak akhirnya. Malam tu ayah balik baru laa lega sikit rasanya.

Sabtu tu rilex sket sbb ayah diorang ada. Tapi tengahari pas lunch ayah dah balik bentong setelkan keje. so bermula lagi la huru hara kt rumah tu. Aku terbaring dah kat sofa, biar kan je diorang main ke gaduh ke.. sukati korang la!! Suruh tido, tanak! Tapi penat arr aku ni, kejap2 bangun buat susu.. kang sorang ni berak nk kena cebok.. pastu mandikan dorang, aku pulak termengah2 bermandi peluh. Baru nak duduk, dah nak susu lagi. Gawat sungguh!! Bila da petang sikit dalam kul 6 tu, baru la lega... sebabnya :







Syahdu rasa hati ni dapat tengok dorang tido dengan aman. Aku lagiiiiii la aman. Lega sikit badan dan segala sendi2 aku ni ha. Dapat jugak aku berehat - mandi - makan dengan aman. Dalam kul 8 lebih khalish pun bangun.. Bagi makan n layan la dia main bola. Damia still tido sebab dia tido kemudian dr khalish. Bila terjaga kul 10 tu pun dia tanak makan, nk sambung tido je.. Malam tu aku rilex sket n dapat la tengok tv dengan aman.

Tapi pagi ahad sekali lagi aku diuji. Cewah... Since malam tu aku da masukkan baju kotor dlm mesin, pagi tu just nk jemur je la. Tapi budak2 ni, kalo aku bangun awal time tu jugak la dorang bangun. Kalo aku bangun lambat pun dorang bangun saing aku. Lepas aku mandi, kena mandikan diorang pulak. Pastu nak goreng bihun pun aku da termengah2. Tengah sedap dok tumbuk cili n bawang, khalish datang bawak telur sebiji. Aku tengok da pecah... Uwaaaaaaaaaa... tengok lantai habis bercicir putih telur atas lantai.. Sape nak mengemopppp ni?? Aku tak larattt!!!! Sedih gile aarr masa ni. Perut da la lapar. Tengok rumah bersepah tak berkemas tak disapu lagi.. ada pulak putih telur.. aku memang da nangis2 arrr mengenang nasib diri.

Damia dok tanya nape.. nape... dia tu kalo aku sedih ke meng aduh ke.. menangis ke, dia yg risau lelebih.. So damia la terpaksa mengelap putih telor tu.. huhu nk wat cemana. Nasib dia nak tolong, tu pun tak la bersih sangat. Habis lantai melekit2.. Lepas breakfast, aku suh diorang main kat hall sementara aku p jemur baju n basuh pinggan. Lepas tu terus aku terbongkang depan tv. Penat gile......... Masa tu jam da kul 10am. 2 jam aku kat dapur rupanya..... Baru rasa nak sedap sikit badan ni dah terpaksa bangun balik, 10.30am. kena siapkan diorang ni sebab nak bawak damia g kelas ballet.


Aku tukar baju, khalish aku tak tukar pun baju dia.. pastu siap2kan damia. Itu pun berperang gak tu sebab segala benda dia nak bawak.. dari baju sampaii la bedak dia nk masukkan dlm beg. Padahal aku suh bawak baju nk tukar, botol air dgn ballet shoes je. Balik dari kelas ballet, singgah mcd n tapau je. Sebab aku da tak larat nk balik memasak lagi, perut pun da lapar. Dah kul 1 lebih.. mau tak lapar! Tengah dok makan mcd kat rumah, bibik kol. Katanya dah sampai komuter kajang.. Aku tengok dlm kul 12 lebih ada dia miskol, tapi agaknye masa tu aku tgh layan khalish tengok kakak dia ballet. So makan cepat2 n terus kuar gi jemput bibik.
Masa tu aku dah hepi gilee!!! Hehehhe... Bibik sampai je kat rumah, aku pon dengan senang hatinya dapat lah merehatkan badan. Lega sikit. Susahnyee kalau dah biasa ada orang tolong kita kat rumah, sekali org tu takde, perghhh memang terasa sangat2. Lagi2 dgn keadaan diri yang tengah sarat ni.



Budak ni nakal jugak tau. Suka tengok kenakalan dia. Pandai gaduh dengan kakak da skang ni. Tu yang menambahkan pening kepala aku. Kadang malas nak layan... heheh



Gedix kan? Gewammmmmmmnye kat budak tote ni tau! Pas amek gambar pastu sibuk nk tgk balik gmbr dia. Hehe..




2 orang yang baru bangun tido. Tapi si kecik pun sibuk nak tudung time aku bersiap g kerja. Pastu siap salam n kiss aku lak tu. Kuar bilik terus menuju ke pintu.. ehhhh jangan berangan yea. Ibu nak gi kerja.. bukan nk g jalan2. Hehhe.. Si khalish ni, taknak kalau takat anak tudung je, mesti nk complete ngan tudung. Sabo je la...
Cuti Maulidur Rasul semalam tak kemana pun. Dok rumah menghabiskan masa atas katil. Aku kena banyakkan bed-rest la.. sebab kaki da bengkak macam kaki gajah. Hahaha... sok pas bersalin sure kurussss je kaki aku ni. Orang kata, kembar air. Hmm...




Masa ni nyanyi lagu 1-1 menjadi gunung... 2-2 menjadi spek mata.. *ayah diorang yg ajar*





Malam ayah balik kejap. Sempat layan diorang gi funfair. Balik kul 12 mlm. Waaa khalish tanak balik... sibuk nak main. Heheh lainkali kita dtg lagi ok!!!

1 comment:

Lily@MamaZaraZareef said...

huuu..ikut semput plak bile baca story sue nih..tu baru dua kan..lom yg kat dlm tu kuar lagi..nasiblah sue dh ade pembantu umah siap2..leh kurangkan penat sket menjaga umah n anak2 kan..=)

p/s: kite yg baru nk kuar lagi sorang ni pon dah dup dap dup dap memikirkan cmner nk handle anak 2 nanti..heheheh