Monday, September 29, 2008

Shopping raya

Sabtu lepas dlm kul 3pm kot gerak ke KL. Park kete kat LRT Cempaka. Malas nak bersesak2 kat KL nanti. Dgn jammed lg..bikin tensenn je nanti.

Sampai Sogo, mak aihh ramainye org. Ni yg aku tak sukee ni. Memang le sale berpercent2. Tapi kalau dah pack sgt org sampai aku tgk org nk bayar pun beratur pjg, mula la mood aku spoiled. Nak tanak, sbb sayang anak so carik jugak la baju utk damia.

Tapi sgt2 kritikal! Bukan kritikal pilih2 baju mcm piranha. Tapi kritikal dok kejar damia ke sana ke mari. Aku ke kiri, abang ke kanan. Damia menyelinap celah2 org sambil toleh belakang and sengih2. Sabooo jek la!

Tak larat nak main kejar2, turun ke mcD, beli plain porridge n suapkan damia makan. Bagi kenyang. Pastu ilang mood nak shopping. Terus kuar ke Jalan TAR. Selesa sikit. Masuk Semua House, saja tgk2 baju (sbnrnye nak amek aircond, kat luar panass!)

Time ni damia da tido. Carik2 baju melayu abang. Aku nak beli tudung. Takde mood sbb lapar. Lepas berbuka, baru laa ade mood nak beli barang2. So aku beli tudung bawal berbatu2 tu.. 4 helai ade la dlm Rm2++. Ternganga abang membayarnye. Hahahaha..

Membazir ke? Pada aku takkk.. Sebab aku suke beli yg berkualiti biarpun mahal! Sebab aku bukan jenis yg selalu nak shopping tudung. Lagi satu, kalau beli yg mahal ni, masuk washing machine pun, batu tak tanggal tau! Buktinya.. ade 2-3 helai tudung aku beli 2 thn lepas. Slalu je aku masuk dlm machine. Berkilat lagiiii batu nye sampai skang.

Pastu gi Wisma Yakin. Abang beli baju melayu, samping ngan butang. Eh tu je ke yg kitorg shopping? Ada lagi.. apa ekk? Lupa plak. Ade la benda kecik2. Owhh ya.. lagi satu..masa kat Semua House, beli rantai n gelang emas utk Damia. Jadik la kan...

So baju2 damia lom shopping lagi. Balik keje kang baru gi shopping kat Jusco Maluri. Tu je yg aku senang nak g. Tak larat nak masuk KL. Kasut aku pon lom beli lagi. Aiyakk.. da la aku ni jenis yg cerewetttt gile nak pilih kasut. Sure abang tensenn je nanti. Hehe.. Takpe, Jusco Maluri tu ada pot budak2 main. So aku letak la damia ngan abg skali kat situ. Senang hati aku nak shopping.

Arhh.. mood raya da nehh! Esok baru cuti! Wehuuuuuuuuuuuuuuuuuu~

Friday, September 26, 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Terima kasih kepada Niza dan Hardlena yang mengirimkan kad raya online kepada saya, skang ni saya balas balik kad raya ni. Sila la ambil yea.. tampal kat pintu rumah okeh!


Ni kad raya drp Niza, kawan masa di UiTM Segamat dan sama2 join Majlis Perwakilan Komander Kesatria. Kecik molek je orgnya tapi anak dah 2! Hebat ko niza...hehe



Dan ini kad drp Hardlena yang saya kenal melalui forum MYBAYI. Cantik orgnya.. kad pun cantik.


Thx ya frens.

Kepada anda semua yg membaca blog ni, sila la terima kad raya saya. Tak de la cantik sgt. Tak sempat nak buat cantik2 coz busy siapkan kerja. Kena settle sblm cuti raya kerana lepas raya, saya akan terus mengikuti kursus selama 3bulan. So kepada kawan2 sekerja, kita jumpa tahun hadapan okeh! (saya tau anda baca blog ni.. ngehngehngehh...)

*************************************

Time rehat hari jumaat ni, boring2 blog hopping dan surf internet.. tetiba teringat gift yg aku dpt. Tak penah pun bukak even benda ni da seminggu atas meja aku. So utk memanfaatkan masa yg ada ni, maka aku pun bukak la nak tgk apa isinye. Aku ingatkan kuih raya..ye la da nak raya da ni kan?

Aku sukeee kotaknye. Cantik. Baldu dan bercorak2. Sgt sesuai utk menyimpan segala barang kemas yg ada. Takpun simpan je segala brooch yg ada.

Dan bila dibukak kotak ni, naaahhh~ Kurma dgn gula2 kacang pistachio (erkk..gula2 ke? Tak sedap pun. Erkk kantooi le plak aku tak pose hari ni) Plastik gula2 tu (yg tepi2 kurma tu) tertulis Esfahan-Hezar Jerib. Apa maknanya?


Aku dimaklumkan gift ni pemberian Alam Flora (Kajang kot). Nway thx!

Wednesday, September 24, 2008

Semalam kan...

Macam biasa la b4 amek damia sure aku gi pasar ramadhan kat tesco kajang tu. Kali ni gi ngan abang sbb dia jemput aku kan.. Dgn senang ati la aku mengepau dia.Hehe..

Asalnye teringin nak nasi kerabu. Tapi da sampai situ rambang mata la plak! Last2 beli ayam percik, tongkeng + hati + pedal percik, puding karamel, ikan talapia bakar, laicikang faveret and char kue tiow.

Masa berbuka, makan char kue tiow dulu sementara tunggu nasik masak. Mak buat laksa kelantan pulak so kena la masak nasi utk makan ngan ikan bakar.

Damia sukeeeee sgt makan char kue tiow. Aku share ngan dia sampai tak cukup (of coz la aku yg sebat byk sbb damia makan main2) tapi ingat jugak la kat anak kan... aku rasa bahagi sama rata la! Dah abis tu..damia mintak lagi. Alahai kesiannn pulak. Sampai saki baki yg tertinggal kat sudu pun dikautnye.. So hari ni kena beli la lagi.

Pagi tadi ade interview utk post staff aku. Kebas montot dok dlm bilik mtg tu. Macam2 ragam ada. Hehe.. Alhamdulillah ahli majlis kali ni memang betul2 educated dan lebih intelligent dlm memilih calon yang layak. Dan paling penting mereka sudi utk mendengar pendapat kita dlm memilih calon. Soalan2 yg diorg bagi pun memang relevan dgn post dan organisasi. Tak la merapuuuu je mcm dulu2. Opsss...

Ermm petang ni nak beli gak la nasi kerabu. Dah aimed dah stall mana yg paling best. Last week kot beli nasi beryani gam. Memang sedap sgttt.. siap ada kambing panggang sekor dok tgh bakar. Harga? RM4.00 utk 100gm. Ciputttt je dpt tp ok la.. jgn makan byk2 kang naik darah tinggi lak. Tapi aku tadek la HBP ni. Mintak dijauhkan....

Tahun ni aku tak beli pon even sekeping kad raya. Kad raya yg org antar pon tak di balas2 lagi. Maaf yea... Insyaallah la kalau ada masa, aku gi le beli.

Pagi tadi otw gi keje aku tanye abang. Raya ni abah (my FIL) masak rendang apa? Awal2 aku sound suh bagitau abah, carikkk jugak daging lembu. Sebab aku tanak daging kerbauuu!!! Mau cirit birit aku sepanjang raya. Masa 1st time raya sana masa baru2 kawen, daging lembu sold out. So bapak mertua ku masakla rendang ayam ngan kerbau. Aku dlm taknak makan tu, makan jugak la rendang tu masa pagi raya ke-2. Tu pun da tinggal serdak2. Ade la 2-3 ketul yang aku makan. Menjelang tghari aku pon dok jadi penunggu toilet. Arghhh tensenn tau!

Tahun ni raya pahang dulu. Sistem giliran ye puan-puan. Tadek main ozum2 ni. Kang asik diaaa je menang. Aku plan balik malam raya supaya bole la aku tlg mak aku dulu masak2 rendang ke apa ke. Hehe tapi kalo anak buah aku dah tolong, baik aku gi jejalan shopping2 last minit. Kot2 dpt kerepek murah2 ke..kan? Tapi i tanak balik phg awalll... i nak mamam rendang my mom dulu! Sebab rendang my PIL kering2. aku nak yg basah dan wangiii ngan daun kunyit.

Eh teringat tahun 2006. Masa tu lagi seminggu nak raya. Aku pregnant time tu. Tetiba masa kat opis aku cam terbau2 sambal kacang makan ngan nasi impit. Terus dan dan tu call mak mintak
buatkan nak makan masa berbuka. Takde la beriya2. Tapi balik umah tgk2 da siap. Mak siap cakap :

'Ape hal ko ni? Raya lagi semingguu je. Tak reti sabar ke? '

Hehe..tahhh..tanye la anak dlm perut time tu :p

Tuesday, September 23, 2008

O-owhhhh..

Damia skang ni happy sgt2. Maklumla nak dpt adik. Hehe.. Dah pandai main cak-cak dgn baby dlm tummy ibu ni. Noti la damia...
Pandai cium my tummy, siap tepok tgn n hulur kat tummy mcm gaya minta nak dokong adik.
Baru lagi... baru nak masuk 4mos. Edd will be end of march 2009. Abang hope sgt baby kuar 9hb jugak. Ayoo susah la mcm tu.. sume nak 9 mac jek! hehe
So aku dah start surf apa2 brg yg perlu. Babycot tu of course la tak yah beli dah. Yang paling
penting skang ni, saving duit utk beli breastpump. Kali ni memang aimed nak fully bf. Damia dulu sampai 5 bulan je pastu dia sendiri yg reject. Sedih tauuu...




Currently eyeing benda ni.. Medela Freestyle Breastpump. Complete set. Tote bag pun cantik je kalau nak bawak g opis.

Masa damia dulu, aku tak penah pikir nak beli apa2 breastpump sampaila da deliver n susu tak kuar. Yang kelakarnye, tak sangka lak cik abang pandai nak shopping brg2 baby tanpa aku. Dlm diam2 dia gi jusco maluri n shopping baju damia sikit n beli breastpump pureen electric. Ok je pakai tp da rosak pulak. Mana taknye, mak aku gi rendam botol dgn pump tu sekali. Hehe..

So kali ni mmg strive la nak dptkan medela ni. Mmg nak fully bf. Susu formula mahal beb! Lagipun susu ibu kan terbaik utk baby.



Ni pic masa 1st time nak bgtau abang pasal ni. Amektester kat klinik (free sbb panel kan) pastu tak sabar2 lagi kat opis dah test dah. 2 kali test sbb tak percaya! Huhu..


Ni pulak expression damia bila aku kata 'Ooooo.. damia nak jadik kakak ekkkk?' hehe..

Anak buah aku baru bersalin sabtu lepas. Baby girl. So semalam baby discharge n aku sempat gi tgk kat umah dia (depan umah aku je!) Damia sukee sgt. Pandai dia popok (tepuk slow2) baby bagi tido. Tapi kang kejap2 hulur botol suh baby minum. Bila baby bf, damia pulak nak bf kat aku. Sabooo jek la!!!

Monday, September 22, 2008


Yea.. Ini lah menu berbuka puasa semalam. Tapi gambar ni bukan sy punye yea..
Ni amek kat internet. Tak sempat nak snap semalam la. Hehe..
Hari2 makan nasi ngan lauk-pauk sampaikan da tak tau nak masak lauk ape dah!
Tetiba pagi semalam, terasa2 pulak nasi lemak kat tekak ni. So kul 3pm da start operasi
kopek ikan bilis sementara Damia tgh tido.
Masak nasi 3 stgh pot (pot tin susu tu..) Utk santapan lebih kurang 8 org sbb anak buah
dari melaka dtg dgn tunangnya. Buat sambal ikan bilis dgn bawang. Goreng ikan bilis.
Goreng kacang panjang. Goreng kunyit sotong. Telur rebus wajib ada kalau da namanya
nasi lemak. Tak lupa cik timun...
Sepinggan hulur ke rumah abang long, sebelah rumah je!
Tak sangka, nasi lemak laku! Hehe... Selalunye kalau nasi biasa tu, kalau makan dlm 5 org masak 2 pot pun tak abis, siap bawak ke sahur. Alhamdulillah.. licin segalanya!
Lepas Isya' ajak abang jalan2 KL. Bawak damia tengok lampu2 berkerlipan la kononnya. Ops..Bukan shopping yea..kedai pon da nak tutup, buat penat je nanti. Masuk
Jalan Loke Yew, Damia da lentok. Pantang naik kete la budak ni. Sampai Dataran Merdeka
konon nak tunjuk kat damia la betapa indahnye malam dgn lampu2 neon.
Sekali lentok sampai tak sedar!
Pusing2 cari parking, takde pulak. Terus ajak abang jalan2 ke Chow Kit. Tapi abang
drive masuk pulak ke jalan sebelah Pertama. Sampaila ke Jalan Doraisamy.
Last2 park keta dan kami pun menuju ke kedai mamak. Penuh. Terpaksa dok
dalam kedai (kat luar lagi bes..angin malam..kurang asap tapi penuh asap okok pulak).
Pekena sup kambing dgn roti. Kenyangg!
Terus balik umah dan tido.
Thx abang, belanja sup kambing yg di idam2kan sejak minggu lepas. Hehe..

Raya..Raya..

Percaya takkk?? Aku tak shopping apa2 pun lagi utk raya ni..! Phew~

Pejam celik, minggu depan je dah raya. Cepatnye Ramadhan dah nak berlalu pergi.
Nampaknye shopping last minit jek la kali ni mcm tahun lepas jugak. Tapi seronok, mmg feel raya tu terasa sgt2.

Ok..list utk raya tahun ni adalah :

1. Baju raya - Theme kaler tahun ni adalah grey. Aku nye kain opal grey bunga2 pink sbb nak sama ngan damia nye japanese cotton kaler grey with small pink flower. So abang nye baju melayu grey beli siap je nanti yeak!! Tu utk raya pertama. Raya ke-2 dan seterusnya ada lagi 3 psg baju utk aku termasuk 2 kurung phg. Damia? Ada lagi sepasang japanese cotton dan lain2 akan dibeli weekend ni.

2. Kasut raya - Aku nak carik yg 1" nye jek.. tak larat nak pakai tinggi2, nak jalan2 nnt leceh le plak. Damia nye - weekend baru beli okeh. Abang? Tatau le dia nak beli yg cemana..selalunye sandal jek, senang dan ringkas.

3. Tudung - Kat Jln TAR banyak pilihan kan.. Tapi semalam tgk NONA, ada butik tudung Haryani kot namanya. Cantik la tudung2 dia. Kat mana ekk butik tu? Sape tauuu sila la inform saya ok. Sbb tgk semalam pun tak sempat tgk dr awal.

4. Kuih raya - Setakat ni dah beli 7 balang. Tempahan khas ni. Takde jual kat pasaran pun. Rasa, memang mavelles. Tahun dpn leh tempah lagi. Nanti nak carik kerepek la.. Tahun ni tak buat lagi kuih raya, tak mcm masa anak dara dulu. Lagipun nanti ada org yg sukeeee nak tolong, tak larat nak berebut dgn dia, sapa lagi kalau bukan damia.. hehe

5. Home deco- Ops..ingatkan tahun ni leh la buat open hse rumah sendiri kan. Tapi malangnya tak dpt la nmpknye. So hias sikit2 aje lah.. Kalau sempat baru buat makan2.

6. Duit raya - Utk anak buah yg study lagi, adala habuan masing2. Utk mak.. abang long, mmg ada jugak. Belah mertua, cik suami sila la tanggung. Hehehe selambe je kan?

Apa lagi ekk? Nanti ingat baru la update lagi...

Friday, September 19, 2008

Waktu rehat di hari jumaat.. selalunye aku ngan kekawan akan buat site visit ke mana2 shopping complex. Tapi sejak berpuasa ni, tak penah lagi ke mana2, melainkan ke tesco nak beli brg2 utk masak.

Hari ni plannye nak ke tesco gak. Aku da list kan brg2 nak dibeli neh. Mcm nak buat mee rebus le pulak esok. Waaaa.. semangat berkobar2 siap call abang, tanye ok ke tak? Hehe..

Bila tengok balik list tu.. aku rasa sume benda leh di beli kat kedai jimat kat umah aku je. Lagi murah kot.. So plan tadik kenselll! Tapi mcm nak jejalan jugakkk..!!! Tapi cam boringgg je nak jejalan sorang2. Linda m.c, Laila balik umah le plak basuh baju (laratttnye ngko!)

Tetiba aku teringat plak nk beli tulang rusuk. Kat Taman Mesra ade org jual daging fresh. Kemarin siap dgn kepala lembu di letaknye atas meja. Aku tunjuk kat damia masa kitorg dlm keta, masa stuck kat traffic light. Excited sungguh budak kecik neh. Tapi cam tak sanggup la nak benti balik kang, dgn jalan jem lagi.. org ramai lagi.. kat situ plak ade pasar ramadhan. Adoiiyaiii....

Next week la beli. Sedap pulak ekk.. da lama tak makan sup tulang rusuk. Nyummm Nyummm..

Alamak.. balik kang nak singgah pasar ramadhan tesco la plak. Da byk hari tak pegi. Tetiba teringat laksa yg sedapppp sgt tu. Kuahnya di masak dlm periuk tanah. Memang mavelless!

Menu wajib kalau aku gi pasar ramadhan adalah :

1.Murtabak feverettt..
2.Air laicikang

Lain2 tu bole la ditukar2 ikut selera. Hehe.. Sepanjang ramadhan ni aku duk umah mak. Senang sket balik keje da siap makanan tu. Tak yah susah2 selingsing lengan lagi. Tapi selera aku sure down bila nampak lauk berkuah lemak2. Adoiii.. Tapi abang mmg suke la, feverett dia.

So esok rasanya mmg konfom la aku masak mee rebus daging. Last week masak laksa kelantan. Sedapppppp~~!! (puji sendiri jek la...)

Tuesday, September 16, 2008

OMG! Kursus utk pegawai PBT Selangor akan bermula seminggu lepas raya. Aku rasa, turn aku dah hampir tiba. Tinggal bape org je lagi yg tak pegi. Yg kekananan sume of course la lambat lagi turn dorg.

3 bulan beb!

Sayanggggnye nak tinggal anak. Dah la skang ni damia asik meragam. Asik nak berdokong, tido pon gedik2 pelok aku. Huhu.. aku mmg suke dipeluk, sampai ayahnya pun jeless.. Asal ayah pegang je ibu, damia merengekk dan makin kuat dipeluknya aku. Sukeee sgt tido mengadap muka damia dekat2.

Hrmmm...tapi nak taknak kena gi gak la rasanya kalau da mmg turn aku. Kalau thn depan lagi leceh, kan? Nape laaaa ade kursus ni?? Kalau lulus n terus dpt anjakan gaji ke ape ke tak pe gak. Ni tak, dah la mbazir duit rakyat, output kalau excellent takpe gak. Ni ade kes yg cerai-berai sbb da tertangkap cintan sama2 pegawai masa pi kursus..ape ke he? Dah la tinggal anak, tinggal suami lama2. Even leh balik weekend pun, 3 bulan tu lama tauu!

Patutnye buat je 2minggu mcm induksi tu. Ok pe.. tu pun seksa aku nak abeskan induksi dulu! Nyampahhhhh~

Monday, September 15, 2008

Firstly aku nk reply la msg kat shoutbox sblh ni.. sowie ek.. malas nk login oggix. hehe...

To Niza : bday ko bile ek? ko tak bgtau aku pon. Mestila ingt bday buyek.. dia kan kekasih gelapku. muahahaahahahaaa... Tak ar.. tu ingat pun pasal dia 9hb. Kalau sape2 lahir 9hb mesti aku ingat tak kira la bulan bape pun. sebabnye aku nye 9 jun. Hsbd aku 9 mac. damia pun 9 mac. Ex-bf aku 9 jan. Huhuhuhu.........
Okeh.. ni nk citer pasal weekend aku. Hari sabtu kitorg g darussyifa'.. amek air penenang jiwa yg kacau ni. Hehehe.. Tak la.. utk damia, asik meragam jek! Pastu gi masuk kat upm. Jalan2 kat bukit ekspo. Jam masa tu dlm kul 4 lebih.
Rupanye dlm bulan puasa pun budak2 upm ni dok berdating tak hengatt ekk.. pot baekk lak tu. Sunyi jekk area tu. Damia nmpk playground kat situ, so kitorg pun bwk la dia main2. Syok gak.. angin2 petang.. walaupun tak leh makan/minum even aku tak pose time tu, dah terbatal dek muntah2 pagi tu tapi still enjoy.

Da nk naik kete, aku terbau sesuatu. Arghh.. damia wat kuehhhh..!! Apalagi, abang la kena cebok kan. Hahaha..
Nasib baik ada paip kat sini. Kalu tak mau semerbak satu kete.. konfem aku pengsan!

Pastu gi Pasar Ramadhan kat Sri Serdang, beli2 juadah sket n balik umah..

*********************
Tiap kali bulan puasa, aku sukeee sgt baca Salam Perantau kat sokkabar. Pastu berangan kalau2 la aku yg dlm gmbr tu. Huhu.. dari dulu sampai la skang, berangannnn je la!



Teringat sesuatu.. masa tu aku da masuk uitm. Sorang sepupu yg keje kat bkt aman ni dtg la rumah. Borak punye borak termasuk la pasal aku nye study. Pastu tetiba dia tanya...

'Awat takk apply study oversea? Ni kalau tgk result spm ni sure dpt punye...'
Aku terdiam..

Masa aku interview kat opis skang ni, sorang pegawai / interviewer tanya aku soklan yang sama.. Alasan aku : mak saya tak sihat.. kalau sy study jauh2 sape nk jaga dia..
Yea..aku memang nakk sgt study sana. Nak sgt merasa dok negara org. Kdg2 sampai hari ni aku terasa sikit kesal sbb tak bertindak awal. Tapi.. aku tak tau nak apply cemana??? Kat mana nk dpt borang?? Bole tak..? Kesian kan aku.. Tu la mulut berat sgt nk bertanya orang. Kalau tak sure gambar aku tertempekk kat dlm sokkabo tiap2 bulan pose. hehehehe..

Penah, masa ngandungkan damia dulu, masa tu dlm 5 bulan prgnant. Ym ngan abang time lunch. Aku kata la kat abang :

'Baby kata ayah carik la duit byk2. Nanti baby nk study oversea. Nak tunaikan impian ibu..'

Dan-dan tu aku terasa gerakan pertama baby dlm perut. Teruja sungguh! Nampak sgt damia ni memahami aku even masih dlm perut. Cewahhhh...

Apa pun.. kat mana sekali pun.. aku tetap doakan kejayaan damia suatu hari nanti. Theory org kg abang... 'ni esok2 anak mesti pandai ni.. mesti belajar universiti ni. Ye la.. Mak pak dia pandai2...' Insyaallahh....... tapi selaku mak pak ni pun kena la usaha bagi anak pendidikan yg sempurna. Tul takk???

Selalu tanya damia.. 'nanti besar skolah cina ekkk... co-ceng-co-ceng (konon ckp cina la)' dan damia pun tersengih2 cam kerang busukk.. hehe.. comel!!

**Nampak tak rambut damia? Huhu.. nampaknye tak sempat pjg la raya ni. Cian dia. Kalau bawak gi salon, repair, bole tak??








Friday, September 12, 2008


Damia demam lagi..


Rabu - gi klinik, check up damia ngan aku skali. Seksa gileee okehh!!


Dari 8.30 sampai 10.30 nak setelkan register aku sbg kes baru ngan amek basic check up i.e urine test, amek berat n test darah.. adoiiyaii.. menyampahhh haku ngan bebudak praktikal MASTERSKILLS. Lecturer diorg ni pun bagi la student tu master dulu baru antar praktikal.


Ni tak.. nak isi borang pun terhegeh2. Da la aku be-2 jek ngan damia. Tau je la si kecekkk ni mana reti diam. Kejap2 tarik tangan aku ajak balik.. Kejap2 suh dokong. Mana aku larat beb.. Da la pose.


Aku pulak kejap2 tanya kat student tu 'dah siap ke dik...?'


Pastu kaunter 1 da panggil no. aku utk cek damia. Dah tu kena masuk bilik no.5 plak. Aku tunggu le ngan kad aku skalik.. tak setel2 lagi. Damia da beguling2 kat lantai.. Hanginnn gile aku kat klinik tu.. Ikut ati nk blah je.. Tapi bulan lepas aku dah blahh, takkan kali ni nk blah jekk lagi?


Mulut aku dah bebel2. Tgh tunggu nak amek darah, student plak lemauuu jek. Aku doa le sgt biar la nurse yg amek. Tapi memandangkn kes baru, kena gak la tggu student tu, dia lak tunggu lecturer dia yg tgh tgk student lain cucuk org.


Bila turn aku, budak student cucuk 2 kali tak dpt2. Dtg lecturer plak.. cucuk 3 kali pun tak dpt2 darah sampaikan dia surrender, pass kat nurse. Nurse tu sekali cucuk je da kuar darah. Maknanya... Lecturer tu kena la study balik.!! Patut le student pun lemau!


Tapi kan dorg tau aku tgh hot. Pas sorang..sorang student mintak mahappp kat aku. Sampai lecturer pun mintak mahap kat aku pasal lambat. Aku diamm jek. Sib baik student lain tu nak tlg main2 dgn damia.. kalu tak haruuu.


Kul 11.45 baru setel. Balik umah, plan nk gi keje plak pastu. Tapi gi beli ikan dulu, masak utk damia merangkap utk aku sekali. Tak larat.. mcm nk pengsan. hehe.. Pastu damia da start demam. Terus sms dato kata aku nk cuti le...


**********

Khamis - damia demam lagi.. kali ni teruk pulak sampai tak leh berdiri n berjalan. ops lupa nk citer..semalam tu pun damia kena jab. So aku ingatkn sbb jab tu yg jadik camtu. Damia asik nangis2. Biasala.. budak lasak tetiba kena baringg je. Mau tak bosan life dia satu hari ni. Pastu mak aku pun picit2 la kat punggung dia n lama2 dia pun terlena..


Da ptg sket baru leh bangun n jalan2. N baru la aku tau rupa2nya semalam dia ade jatuh terduduk masa mandi2 kolam.. anak buah aku yg form 2 plak tak bgtau pun. Hampehhh betul!

Masa tu aku gi beli ikan.. Patut la aku tak tau..


Pasni gi check up kena la ayah damia ikut sekali. Kalo tak haruu.. konfem aku nanges2 kat klinik tu.. mana nak bawak diri.. mana nk kejar damia. Aku da kuar dari bilik nurse pun dia still ronda2 kat dalam tu. Siap main kejar2 ngan nurse. Adoiii....


**********


Hari ni badan damia tak panas tapi deda je.. Pagi tadi cek suhu 35dgre. Ni kang balik tak tau la cemana. Malam tadi seksanya... Dia tanak tido. Aku plak da ngantuk + penat gile. Jam da kul 12.30am. Adoii.. Nasib ayah dia balik. Dorg ber-2 la dok begelak2 depan tv. Aku selambe je tido. Nasib la kan.. aku da penat jaga 2 hari. So turn ayah la plak...


Tuesday, September 9, 2008

Hari ni mcm suke je nk post entry. Nape? Sebab hari ni kan 9 September...

nape ngan 9 Sept?

Sebab hari ni usia damia genap Setahun 6 bulan. Maknanya... lagi 6 bulan damia akan masuk 2 tahun..

Ermmph.. pantasnye masa berlalu... N'way..

Happy Birthday to u..
Happy Birthday to u..
Happy Birthday to damia..
Happy Birthday to u..

Pagi tadi odw gi keje, aku nyanyi lagu besday.. tersengeh2 damia.. mcm pahamm? hehe..
Hari ahad, aku gunting rambut damia tanpa teringatkan yg RAYA LAGI 3 minggu...
Dah mcm org penan dah... pendek dan mcm letak tempurung atas kepala pastu gunting......

kesian damia..

tapi tak pe, dlm masa 3 mggu ni aku pasti rambut dia cepat pjg. nanti ikut ibu gi salon la yeak.. pasal ibu pun nk gunting rambut, ala2 rambut raya le konon.. tapi nanti pakai tudung bukan org nmpk pun.. pasal tu la rambut ibu ni tadek fesyen2 nye.. he..

Hari ni jugek besday kawan se-uitm dan se-komander ngan aku iaitu encik Buyek. Dah wish da tadi kat ym.. Aku doakan encik Buyek ni maju dlm kerja dan dimurahkan rezeki serta cepat kawen.

Ok, hari ni mood nak citer pasal Damia jek:

1. Masih tak pandai sebut 'ibu'. Tiap kali mesti panggel aku 'Baa..' dan tiap kali tu aku mesti betulkan 'ibu la...' dalam sehari aku rasa sekali je dia panggil 'Buu..'

2. Prefer ibu. Kalau nak peluk, nak cium.. mesti ibu. Dgn ayah confirm tanak. Kadang ayah baring kat bantal dia.. kat tilam aka toto dia.. mesti damia marah2 dan ngadu kat aku.

3. Kalau da yak.. bole pulak sukati tanak gi cebok? Esp time malam la.. kalau aku ajak gi toilet nak cebok damia akan kata 'nanakkk.. bum bum' dan terus baring kat tilam dia. Tapi bila aku bangun je mula la mengekor... tu je cara nak suh dia gi toilet. Kadang2 tanak sampai berguling2..

4. Cuma pandai sebut perkataan yg suku kata terakhir je. Cth : Mainan - Nan.. Tom Tom Bak - Bak... Tapi sekali je sebut hampir betul, tgk citer kartun ade wording Mambang, damia sebut BAMBANg..

hehe

5. Hari2 nak tgk Tom Tom Bak. Sampaikan ibu tak tau nk bukak chanel ape nk carik TTB lagi dah pasal bukannya tiap jam ade show tu. Paling nak selamat pun bukak je Macam2 Aznil tu..

6. Tak tau nk kata apa lagi.. yg penting.. Damia makin nakal.. dan makin bijak! Tengah suap nasik pun, dia leh amek nasik tu dan suap kan pingu la..kat bebear la.. (sume tu anak patung dia la!) dan apa2 food yg dia tgh makan/pegang tak pun pacifier dia, dia cuba bagi kat kanak2 dlm iklan tv. Adoiiiyaiii

penah masa nk bayar tol, dia bagi pacifier kat jurutol tu.. bole?? Sabo jek la....

*****************************

Hari sabtu lepas dpt sms, Baju da siap! Asalnya bukan nk buat baju raya. Tapi memandangkan da nak raya ni maka baju2 tu jadi la baju raya.. 2 pasang baju kurung Pahang, sepasang kurung biasa utk aku dan 2 pasang kurung damia, sumenye cuma RM125.00 sahaja. Murah kan? Tu tempah kat Bentong. 1st time nk try tailor baru. kalau sedap pakai pasni leh la tempah lagi.... Pada aku, biar murah tapi sedap dan selesa di pakai.

Ermm.. baju raya yg tempah kat auntie rock tu tah da siap ke belum ekk? Nak kena ajak Linda la pegi jenguk2 buat keco la. Ni pun 1st time aku try selepas disuggest oleh Linda. Hmm.. sepasang dengan lining, dekat 300. Kalau tak sedap pakai, tak tau la nk ckp... Tapi aku rasa sedap dipakai kot sbb aku tgk baju2 Linda tu sume nye nampak selesa je di badan dia.

Aaahhh.. demam aku. Banyaknye nak pakai duit raya ni..

Ops Abang, jadi ke project honeybulan kita raya ni???

Thursday, September 4, 2008

I'm craving for this....

A Pahang delicacy, lemang periuk kera,
is steamed rice cooked in pitcher plants
and served with rendang Pahang

Ohhh abanggg.. pls la carikkan nih utk ayang.
*Pstt.. kata org pahang, takkan makanan tradisi Pahang pun abang tak tau? Ish ish...
Malam tadi abang balik kL, sampai dlm kul 1am. Pastu dia kuar balik gi jmp member dia deal project. Bukan kuar berdangdut yea, harap maklum hsbd i ni kelawar..siang tido
Masa aku tido, tetiba dengar bunyik kucing kirai plastik. Malas nk bangun sbb pk mane de food atas meja. Sekali kul 4.30am abang balik, dia ckp kat aku:
Ayang, abes ikan keli cili padi yg ayg nak tu..kucing da makan!
Dah la aku nak kan benda ni dah berminggu-minggu. Sekali kucing da kidnap le plak. Abang pun tak bgtau yg dia bwk balik ikan ni.. kalu tak leh le aku suh dia simpan dlm lemari lauk. Ni main letak je atas meja makan. Mmg kenduri la kucing2 jiran aka akak ipar aku.. hehe
Yea..memang berlambak ikan keli cili padi kat pasar ramadhan..kat restoran2.. tapi aku nak yg bapak mertua aku buat jekkkk! Sebab tak sama dgn yg lain.. Sebab ikan nye garingg... masin manis.. pedass... tak berminyak sgt.. Tu pasal la.. FYI my FIL ni mmg terer bab masak..
Terbantut selera nak bersahur bila teringatkan ikan yang dah di kenduri dek kucing.. iskk isk..
**Pic from NST

Wednesday, September 3, 2008

Bangun sahur

Aku bukak website Mak Lang saje nk tgk menu apa dia masak semalam. Aku pnh try satu resepi kat web ni, mmg sedappp.. So bila skroll down tu sampai la ke entry bertajuk "adakah anda susah bangun sahur?" Ada la tips2 yg maklang ni bagi cemana nk bangunkan org utk sahur..

Tetiba aku tegelak sorang2.

Aku teringat satu kes antara aku ngan husband aku. Dia mmg la liattt sgt nk bangun tido. Aku pulak jenis yg 3 kali panggel, tak bangun, so lantak la kan.. Tak suke aa kejutkan org tido. Tensenn je.

Kejadian ni aku rasa berlaku dalam tahun lepas kot. Dalam bulan puasa gak rasanya. Aku tgk tv, ada drama lakonan Zul Yahya dan M Rajoli sbg bapanya. Zul yahya ni jenis yg susah nk bangun sampaikan bini dia lari. Bila balik umah bapak dia, susah sgt nk kejut, last2 bapak dia baca Yasin. Hehehe..

Tu la yg aku buat kat husbd aku. Susah sgt nk kejutt.. last2 ...

'Bismillahhirrohmaanirrohim... Yaasinnnn...'

Terus dia bangun. Pastu aku la yg kena marah. Muahahahhaaa.... ! tau pun nk bangun.. geramm aku! Sowie yek bang.. niat nk gurauuu jekk.. hihihi..

Monday, September 1, 2008

Ramadhan dtg lagi..


Salam semua..

Kami ingin mengucapkan SELAMAT BERPUASA kepada semua readers/kawan2/sedare-mare dan semua umat Islam tak kira di mana anda berada. Blog ni akan beroperasi seperti biasa (cewahhhh..) cuma depends pada saya jek la nk update ke tanak. hehe..bole?

Hopefully tahun ni dapat puasa penuh, Insyaallah.. Kalau takde sebarang alahan, dpt la kot puasa penuh. Seumur hidup tak penah merasa puasa penuh sebulan. Masa zaman kanak2, mcm2 cara di buat supaya dpt bukak puasa. Hehe.. penah sekali tu terliur tengok akak ipar beli air soya kat pasar ramadhan, balik jek umah terus bukak dan minum.. padahal jam masa tu dah 5.30ptg. Pastu baru nyesalll..

So pasni utk tahun2 yg akan dtg, aku akan pastikan anak(anak2) aku tak buat camtu. Kena didik dgn betul la, besar sungguh tanggungjawab bila dah jadi ibu/ayah ni yea...

Okey.. Selamat berpuasa u all...!