Wednesday, September 24, 2008

Semalam kan...

Macam biasa la b4 amek damia sure aku gi pasar ramadhan kat tesco kajang tu. Kali ni gi ngan abang sbb dia jemput aku kan.. Dgn senang ati la aku mengepau dia.Hehe..

Asalnye teringin nak nasi kerabu. Tapi da sampai situ rambang mata la plak! Last2 beli ayam percik, tongkeng + hati + pedal percik, puding karamel, ikan talapia bakar, laicikang faveret and char kue tiow.

Masa berbuka, makan char kue tiow dulu sementara tunggu nasik masak. Mak buat laksa kelantan pulak so kena la masak nasi utk makan ngan ikan bakar.

Damia sukeeeee sgt makan char kue tiow. Aku share ngan dia sampai tak cukup (of coz la aku yg sebat byk sbb damia makan main2) tapi ingat jugak la kat anak kan... aku rasa bahagi sama rata la! Dah abis tu..damia mintak lagi. Alahai kesiannn pulak. Sampai saki baki yg tertinggal kat sudu pun dikautnye.. So hari ni kena beli la lagi.

Pagi tadi ade interview utk post staff aku. Kebas montot dok dlm bilik mtg tu. Macam2 ragam ada. Hehe.. Alhamdulillah ahli majlis kali ni memang betul2 educated dan lebih intelligent dlm memilih calon yang layak. Dan paling penting mereka sudi utk mendengar pendapat kita dlm memilih calon. Soalan2 yg diorg bagi pun memang relevan dgn post dan organisasi. Tak la merapuuuu je mcm dulu2. Opsss...

Ermm petang ni nak beli gak la nasi kerabu. Dah aimed dah stall mana yg paling best. Last week kot beli nasi beryani gam. Memang sedap sgttt.. siap ada kambing panggang sekor dok tgh bakar. Harga? RM4.00 utk 100gm. Ciputttt je dpt tp ok la.. jgn makan byk2 kang naik darah tinggi lak. Tapi aku tadek la HBP ni. Mintak dijauhkan....

Tahun ni aku tak beli pon even sekeping kad raya. Kad raya yg org antar pon tak di balas2 lagi. Maaf yea... Insyaallah la kalau ada masa, aku gi le beli.

Pagi tadi otw gi keje aku tanye abang. Raya ni abah (my FIL) masak rendang apa? Awal2 aku sound suh bagitau abah, carikkk jugak daging lembu. Sebab aku tanak daging kerbauuu!!! Mau cirit birit aku sepanjang raya. Masa 1st time raya sana masa baru2 kawen, daging lembu sold out. So bapak mertua ku masakla rendang ayam ngan kerbau. Aku dlm taknak makan tu, makan jugak la rendang tu masa pagi raya ke-2. Tu pun da tinggal serdak2. Ade la 2-3 ketul yang aku makan. Menjelang tghari aku pon dok jadi penunggu toilet. Arghhh tensenn tau!

Tahun ni raya pahang dulu. Sistem giliran ye puan-puan. Tadek main ozum2 ni. Kang asik diaaa je menang. Aku plan balik malam raya supaya bole la aku tlg mak aku dulu masak2 rendang ke apa ke. Hehe tapi kalo anak buah aku dah tolong, baik aku gi jejalan shopping2 last minit. Kot2 dpt kerepek murah2 ke..kan? Tapi i tanak balik phg awalll... i nak mamam rendang my mom dulu! Sebab rendang my PIL kering2. aku nak yg basah dan wangiii ngan daun kunyit.

Eh teringat tahun 2006. Masa tu lagi seminggu nak raya. Aku pregnant time tu. Tetiba masa kat opis aku cam terbau2 sambal kacang makan ngan nasi impit. Terus dan dan tu call mak mintak
buatkan nak makan masa berbuka. Takde la beriya2. Tapi balik umah tgk2 da siap. Mak siap cakap :

'Ape hal ko ni? Raya lagi semingguu je. Tak reti sabar ke? '

Hehe..tahhh..tanye la anak dlm perut time tu :p

1 comment:

DYLA said...

Salam Aidilfitri,
Maaf Zahir & Batin.

Dari kami sekeluarga.
http://dylarizadi.blogspot.com