Tuesday, November 30, 2010

Musim apa sekarang ni?

Sekarang ni, bukan hanya musim hujan dan musim orang kahwen serta musim mengawan, tapi ada lagi satu musim yang menimpa orang2 kita..

Musim batuk + selsema + demam

Pergi klinik, queue kemain lagi. Boleh kata semua yang datang tu bawa anak masing2. Kalau antar anak kat nursery, ntah macamana la agaknye ye. Sorang kena, abis virus merebak ke budak2 yang lain. Kesian..

Damia & Khalish pun tak terkecuali. Aku rasakan.. aku memang ada instinct la kalau time diorang hampir2 tak sihat tu. Sebab dah 2-3 kali aku perasan. Nanti tetiba perasaan aku atau aku akan terpikir yang 'bila last diorang demam?' Lepas tu aku akan perhatikan je diorang main sambil dalam kepala dok ligat memikir bila kali terakhir diorang sakit.

Tup-tup, 2 hari lepas tu dah start dah.. mula dengan kakak. Batuk² dan selsema. Tapi kakak ok lagi.. cuma yang letih time dia asyik muntah je la. Mujur dah besar dan dah pandai cakap. Bila nak muntah cepat2 dia bagitau dan pergi ke toilet. Lepas tu, adik pulak. Si adik ni pulak kalau batuk, memang pekej sekali la. Dah tau dah.. tiap kali kena batuk, memang berulang ke klinik amik neb. Sabtu lepas, 2 kali amik neb. Tengahari & malam. Pastu selsema pun memang lambat nak baik. Kalau bagi ubat selsema biasa tu... jawabnye sebotol abis pun selsema tak hilang. So kalau doctor yang dah biasa dengan kami tu da tau dah.. mesti dia bagi SINGULAIR. Konfem cepat kering selsema tu.

Pagi ni, tengok adik boleh main sana sini. Lari sana sini. Walaupun nafas agak kasar.. sekali sekala batuk.. as long as dia aktif, aku rasa tak perlu la neb. Terdetik jugak nak bawa ke klinik amik neb. Tapi tak perlulah kot.. tengok keadaan dia lepas bagi ubat nanti. Kalau makin teruk atau dia nampak letih.. baru bawa ke klinik. Aku da pesan siap2 dengan pengasuh dia. Dia pun tau la keadaan mana yang perlu dibawa ke klinik sebab anak dia pun ada lelah jugak.

Actually ada gambar nak dimasukkan dalam entry ni. Tapi kabel tah mana tahh.. kena cari dulu la nampaknye. Da jumpa nanti aku edit balik yea..


Okey da dpt upload masuk komputer da itu gambars... Cekidauddd!!




Adik dengan Opah yang kena pakai spek itam walau tengah2 malam sbb kena kurangkan cahaya masuk mata.


Style bergambar si kakak skang ni asyik pegang botol. Tah pa pe.. eehehhehe




Adik pulak, mesti nak cangkung.




Masa amik neb. Ni 1st time yang dia tak nangis2 n cranky.




Sebab, aku suh dia buat bunyi ayam. Corong neb tu utk children, nmpk tak macam ayam? hehe

Ok tu je. Lain2 gambar utk entry akan dtg ok

Btw, untuk GA tu aku tak publish kan komen yea.. Saje je. Hehehee..

Friday, November 26, 2010

Checklist hujung minggu

Filem faveret dah kuar lagi. Waaaaa.... harusss melangkah kaki ke pawagam terdekat jugak ni. Dah seminggu tayang tapi tak sempat2 lagi nak pergi. SO minggu ni harap2 ada la masa nak membuang di pawagam.

1st movie nak tengok :





Sebab sukeeeeeeee sangat citer ni dari dulu lagi. Dari Harry Potter ni kecik, sampai la besar skang ni. Masa kekecik comelll je dia kan? Hehehe..


2nd movie:



Okeh ni actually untuk anak2 la kan. Hehehe.. Mesti diorang seronok tengok wayang lagi lepas Shrek dan Zoo dulu tu. Rasa da lama tak tengok... Hmmmpphhh!!!
Tapi hati macam nak pergi IKEA je la. Nak cari something untuk deco rumah. Masuk web, da jumpa n masuk shopping cart. Kang kena review balik la perlu ke tak beli benda2 tu. Tapi ada 2-3 benda yang wajib beli.
*Skang ni damia asyik tak bagi ibu gi kerja je la... cemana ekk? Pagi2 nangis... Tak bagi pergi kerja. Tak pun dia nangis2 sebab nak ikut gi kerja. Sabar je la. Sekali dua boleh la bawak. Tapi hari yang ada meeting, memang tak dapat la lagi2 hujung bulan ni, bole kata tiap hari ada meeting. Sorry sayanggg.. esok ibu cuti kita gi jejalan ok. Muahh muahhh *

BLOGGER IN THE HOUSE : KHAS UNTUK BLOGGER BARU


Kepada en.Ben Ashaari...
Saya ni bukan nye kategori blogger baru start berblog. Tapi kira saya baru je la yea.. hehe.. Blog saya ni lebih banyak citer pasal life saya.. pasal anak2.. pasal keje.. pasal kekawan.. kadang2 pasal bisnes saya pun ada jugak diselitkan. Hope en.ben sudi la nak bina jambatan dari rumah saya ke rumah en.ben yang tersergam indah tu...
Tu je la kot..

Thursday, November 25, 2010

Mengidam lagi.....

Hari raya lepas dah dapat Lemang Periuk Kera yang aku idam-idamkan sejak mengandungkan Khalish. Alhamdulillah....


Kali ni ada satu lagi yang aku nak. Sebenarnye benda ni terlintas kat fikiran aku sejak beberapa bulan lepas. Tapi aku buat tak tau je la.. Tak nak mintak2 pun sebenarnye. Tak cakap pun dgn suami. Lepas2 tu aku dah tak pikir pun.. tak ingat pun nak makan benda ni.


Tapi semalam kot, tetiba terbayang lagi depan mata.. aiihhh tak boleh jadi ni! Lekas-lekas aku text en.suami..




'Abg, teringin nak makan ikan kelah la... tolong dapatkan ye'



Haa.. terus dia kol balik. Dia tanya nak yang idup ke yang mati? Ceitt.. mesti lah nak yang fresh. Tak kisah la idup ke mati janji fresh. Cemana tu....? Pastu buat2 tanya balik... ikan keli kan? senang la nk cari... ampehhhh aku nak ikan kelah la!!! Takat ikan keli kat kantin opis pun ada jual.

1st n the last time aku merasa ikan ni masa kitorang pergi Kenyir tahun 2004. Waktu tsunami. Pergi dgn kawan-kawan kaki camping. Dapat ikan ni pun tak banyak... dapat la merasa sorang sikit. Goreng dengan sisik skali. Sedapppp.. tapi skarang aku dah lupa rasa dia cemana.

Harap-harap dapat lahhhh ikan ni. Aiiihhh..... dalam kepala tgh pikir ni, kalau dapat nak masak ape yekkk? Goreng pun sedapppp ni.. hehe

Ajal maut.. tidak cepat sesaat dan tidak lewat sesaat.

Saat aku menaip, bergenang air mata ku..

Innalillahi wa inna'ilaihi roji'un..
Aku tak kenal arwah. Tak pernah baca blog arwah. Tapi bila aku dapat tau beliau dah tiada dari blog seseorang.. aku terus buka blog arwah.

Sekali lagi jiwa aku tersentap. Bila melihat anak kembar 3 arwah yang masih kecil. Arwah baru memiliki blog.. rasanya belum puas arwah meluahkan apa-apa kenangan beliau terhadap anak² dan keluarga tercinta.

Arwah memiliki 6 orang anak, termasuk kembar 3 yang baru berusia beberapa bulan. Aku rasa arwah tak sempat pun sambut ulang tahun pertama anak kembar 3nya. Tapi Allah lebih sayangkan arwah.......

Info dari seorang blogger iaitu AMRAFAHAN, arwah meninggal dunia sebab terjatuh di bilik air.


Aku kesian pada anak-anak kecil itu.. kehilangan ibu pada usia mereka masih muda. Jika mereka masih menyusu badan, alangkah kasihannya.............................................. tak dapat aku bayangkan.


Al-Fatihah untuk Arwah Kak Aisyah. Semoga roh beliau ditempatkan di kalangan orang-orang beriman...........




Ini gambar terkini anak-anak arwah yang aku peroleh dari blog Aishah- kenangan terindah

Semoga anak-anak ini dipelihara sebaik arwah ibu mereka memelihara dan menyayangi mereka........

Wednesday, November 24, 2010

Flower Girl

Anak buah nak kahwin Disember ni.

Saya nak anak saya jadi flower girl. Boleh? Ahh tak kira.. nak jugak!!

Ehhh over excited pulak saya ni. Macam saya yang nak kahwin pulak ngeeeeeeee :D




Sekarang adalah misi untuk mencari gown yang terbaekkkk...

Warna apa yea? Ermmmm saya 'sound' pengantin *bestkan sy pulak yg tentukan kaler gown huhu* kaler gown flower girl kaler putih @ baby pink. Baru kena dengan tema *walau sbnrnye tema adalah pelangi.. kater dok kat taman pelangi kan.......*


So pakcik google adalah yang saya perlukan ketika ini. Tapi adakah gown2 sebegini ada dijual di Malaysia? Saya nak cari gown yang labuh sampai kaki. Baru lah macam pengantin! Berkenan pulak dengan gown bertingkat-tingkat seperti gambar di atas.



Pastu tengah cari hand bouquet macamana yang sesuai dan cantek dan terbaek.. Sebab selain anak saya, ada anak orang lain jugak jadi flower girl. Tapi saya tukang sponsor hand bouquet untuk pengantins kecik. Pengantin besor sila tempah dan bayar sendiri ok! Rabak duhettt mak kalo nak sponsor sume...



Aihh berkenan sungguh dengan gown kaler purple ni. Pastu tiup belon banyak2 sampai semak rumah dan apa lagi...photoshot la! Gilerrr.. pastu kang ade pulak budak lain sibuk sama. kasi rosak gambar je kang. Muahahhahaha... Eh pengantin, sila inform ur photographer team, jgn lupa photoshoot utk flower girl jugak. Nak lagi cantik, masa outdoor photoshoot nanti bawak skali pengantins kecik. Konfemmmmm gambar meletop!
Hiiiiii.. tak sabar nak tengok mia pakai gown cantik2, dengan hand bouquet... baru lah dia rasa dia jadi pengantin. Owh kena buat rambut kat saloon nanti ni. Baru la comel! Nak harap aku.. mmg failed la. Hehehe...
Oke sekarang nak tanya: Kat mana nak cari gown cantik2 utk flower girl ehhh...? Ada sesape tau takk.. please..please....

Tuesday, November 23, 2010

Anak permata hati ku

Lama tak citer pasal anak-anak. Makin hari makin nakal dengan keletah masing-masing.

Khalish aka adik *soon to be abang*

-Sudah berumur 1 tahun 8 bulan
-Masih belum pandai bercakap. Cuma yang dia tau 'ayah', 'hishhh'(fish), kadang² terdengar 'buu' esp time nangis, ermm apa lagi ek? tak banyak yg dia leh sebut. berat mulut sikit budak sorang ni tapi apa orang cakap atau suruh, semua dia faham. Doctor kata normal.. so tak risau apa sgt pun.
-Berat terkini 13kg.
-Agak lembekkk compare kakaknye. Tgk cara dia berlari pun da tau. Ni kes terlebih manja kot..
-Suke menjerit. Kalau nangis pun jerit sekuat hati sampai bingit telinga rasa nak ciliii je. Masa duduk rumah opah kalau jerit tak la bingit sangat sbb rumah open air. Bila duduk rumah teres ni, bergema satu taman agaknye!
-Paling suke makan! Terhibur tengok ketelah dia masa makan.
-Dah pandai bergaduh dgn kakak.
-Dah pandai jeles dgn kakak.
-kalau buat bunyi ayam paling comel 'khookk koohkk khookk..' hehe mcm nak kuarkan kahak je.
-masih mahukan boobies ibu time balik keje dan time malam. Walau hasilnye tak de sgt, tp dia tetap mahu. Alhamdulillah..


Aksi terkini kalau di ajak bergambar - mesti nk cangkung!




Suke gambar ni, nmpk sgt manjanye...
Damia aka Kakak
-Sudah berumur 3 tahun 8 bulan *kakak & adik lahir sama bulan, yg no3 nnt pun sama bulan jugak*
-Makin nakal... tapi mudah merajuk
-Pandai main & pujuk adik.. pandai jugak bergaduh dgn adik
-Pernah berjaya pakaikan adik pampers! Cantik je dia pakaikan adik pampers. Cam tak caya je..
-Berat terkini 18kg.
-Penulis skrip terhebat - sebab asyik2 bagi skrip kat ibu, suruh lakonkan semula. Ceittt..
-Cepat bosan dengan sesuatu - cthnye mewarna. Tak sampai 2minit dia da boring.
-Mulut tak reti diam. Bila dia takde, sunyi je rasa...
-Pandai bodek orang..
-Skang kalao nak keluar suka pakai tudung. Boleh la tahan selama 2jam je.. hehe..
-Paling tak suke ikat rambut. Kalau ikat pun tak sampai 1jam da bukak..
-Faveret kaler adalah PINK
-Fanatic princess & strawberry








Ibu saaaayangggggggggg kakak & adik!! Muahhhs..

Monday, November 22, 2010

Otak Lembu Masak Lemak Cili Api oh sedapnye...

Saje nak kongsi resepi dengan kawan-kawan sekalian. Ahad semalam aku masak hasil korban. Kira boleh layan lah jugak. Dan aku sungguh puas hati. Sebab apa nak tau..? Kang aku bagitau lah. Kita bagi resepi dulu ek...


OTAK MASAK LEMAK CILI API



Bahan-bahan:
Otak lembu
Bawang merah/besar
Bawang putih
Kunyit
Serai
Daun limau purut
Santan
Cili padi
*sukatan agak2 je la yea..macam tak biasa masak! :D*



*ni saje nk bagi cantik, ada ala-ala blog chef2 tak?*



Pastu masak macam masak lemak biasa tu je. Masuk santan, masuk bahan di tumbuk, masuk serai yang dititik.. tunggu mendidih sambil tu kacau-kacau. Bila da didih, masukkan otak, garam & gula sikit. Bila da didih lagi, masukkan daun limau yang diramas2.



Ok ini hasilnya. Pandai pulak orang yang cedokkan lauk ni, siap ada serai atas otak lagi. Macam tau2 je aku nak snap gambar. *aku masak, ada orang yang tolong hidangkan*
Bila makan, aku puas hati! Sebab apa......? Sebab tak hanyir langsung!!!!! Ada 2 sebab tak hanyir:
1. urat darah dah buang habis
2. daun limau purut
ehh ni saje nak citer, aku penah makan otak masak lemak ni kat mana tah.. *tempat adalah dirahsiakan ehehhe* tapi hanyir gilerrrrr... bila aku belek2.. otak tu masih penuh dengan urat darah. Perghhhh... nasib baik aku amik secubit je tau. Terus loya tekak aku. So kalau nak makan otak ni pastikan buang urat2 darah tu betul2.. jangan main masak je!!!
eh lagi satu, barang2 dalam ni aku memang tak bagi anak2 makan. Sebab ustaz kata tak elok untuk proses pembelajaran anak2. Walaupun aku tak pasti lagi nak juruskan anak2 aku ke arah tahfiz ke ape ke, tapi aku elakkan je bagi diorg makan organ dalaman ni. Nehiii nehii kabi nehiii... Mak aku pun tak bagi budak2 makan organ dalam. Tapi terpulang la pada penerimaan masing2.
*Aku lebih suka ikut cara orang yang berpengetahuan/berilmu daripada ikut cara orang yang lebih dulu makan garam* ada pahamm...?


Kindy :: part 1::

Last saturday, aku bawa Damia carik sekolah yang sesuai untuk dia. Ye la.... dia excited sangat nak pegi sekolah kan. So kena carik yang menepati citarasa dia la. Kang ikut makbapak punye taste kang... buatnye da bayar yuran mahal2 sekali dia tak bekenan. naya je...

Skarang ni aku ada 2 plan. Samada nak masukkan terus ke kindy atau just cari weekend class. So Sabtu semalam aku pegi ke E*Genius sebab situ ada Gl*bal Art punye class. Aku nak damia masuk trial class dulu. Tengok samada dia minat ke tak dengan art ni. Class tu cuma mengajar anak2 mewarna. Masa aku pegi Mines baru2 ni ada Coloring Contest. Ada la dalam 20 orang participants kot. Kat situ aku tengok anak2 c*na mewarna punye la cantik... siap shadow bagai... Yang ada sorang dua anak melayu ni kaler guna kaler Luna tu je.. biasa sangat la kan. So kat situ baru aku tau yang org c*na ni memang hantar anak diorang pegi art class. *aku sendiri tak reti nak color cecantik camtu tau*




Masa trial class ni, teacher bagi sekeping kertas ada gambar epal. Then dia lukis lagi satu epal, dan dia suruh damia kaler.. Ikut sukati la nak kaler cemana kan. Dia nak tengok skill.




Damia kejap-kejap cakap lenguh... penat.. aku da tau dah, konfem dia tak minat ni. Ala lagipun baru nak masuk 4thn. So budak baya ni memang tak leh concentrate buat satu benda.. Then teacher tu suruh kaler epal lain, tapi dia ajar la.. dia buat line n damia kena kaler kt dlm area line tu je.. ikut kaler yang teacher bagi. *aku da tau ni, so leh la buat sendiri kt rumah*
Conclusion : Damia kurang minat! So kena tunggu dia 6tahun la baru masukkan ke art class camni.


Pastu pergi pulak trial class Brain Development. Ni untuk budak2 age 2-3 & 4-5 yr. Untuk Khalish dia kata tak ada lagi.. Tapi trial class ni aku masukkan je khalish bagi dia main2. Takkan dia tengokkkk je kan. Sian aarr dia. Ni group 2-3 yr..






Class ni kecik je. Ada 2 cikgu. Muda2 lagi... Masa ni damia dipanggil join group 4-5 yr kat depan tu.. Yang budak c*na baju merah tu lagi sian.. menangis2 nak mak dia. Pastu abang dia kat sebelah tu yang pujuk. Cikgu dia tak pandai pujuk la.. Cikgu pun budak2 lagi.. So aku tak rasa nak register damia kat situ. Even class ni ada a few stage, tapi aku tak nampak lagi ar keberkesanannya.
Conclusion : Damia sendiri kata TAKNAK! dia kata.. mia tanak skolah ada tangga.. mia nak skolah takde tangga. *bole? hehe..sbb tempat ni kat shop lot*
Tapi dulu penah bw mia gi smart readers n dia sangat2 enjoy kat situ, n tak sabar2 nak register. Agaknye environment SR ni lagi best kott... ke sebab dia berkenan dgn kasut2 student SR tu? heheheh..





Dah kul 11 am, perut pun da mintak di isi. SO kami ke Metr*point, minum2 kat Old Town dan buang2 masa kat situ. Gile lama okeh!!! Misi pencarian akan diteruskan lagi entah bila ehehe... sabar ye,nak...




Friday, November 19, 2010

Musim dah datang

Cuti sekolah da mula esok. Yeayyy..!!! Untung cikgu-cikgu kan.. sekolah cuti dia pun cuti. Pastu keje setengah hari je pulak tu. Tapi biasa lah.. time cuti sekolah pun kena ke sekolah jugak. Macam2 lah program nye kan? Jangan merungut ye cikgu-cikgu. Sebab gaji anda jalan jugak.. So anggap je la ade keje ada gaji. hehhe...

Yang menariknya, asal cuti sekolah je mesti banyak kenduri-kendara. Terutamanya wedding ceremony. Kalau nak jadi tuan rumah, persiapan tu makan masa berbulan-bulan. Tapi majlis nye sehari je! Bulan depan ni berderet2 la wedding ceremony yang kena attend.




Kalau pegi rumah orang kawen, biasanya kita suke tgk baju pengantin. Suke tgk kaler baju, fesyen baju, lip lap sana sini... kaler scallop, kaler tema... tak terkecuali:




Kek kahwin!
Skang ni macam2 design kek yang orang buat. Janji ada duit je... semua siap! Dulu2 aku tempah kat kedai kek je. Skang ni bole je tempah online. Siap orang tu datang pasangkan lagi! Tak yah la tuan rumah sibuk2 nak susun kek bertingkat2 pulak...
Bermula 25 Disember, weekend aku memang sibuk! Sebab 2 orang anak buah nak kawen. Nasib la aku membawa perut. Hahahahhaaaa... so hari kenduri nanti takde la aku susah payah. Walaupun pakai khidmat catering, ahli keluarga tuan rumah tetap akan menyibukkan diri jugak. Biasa la kan......
Oh lagi satu, hope kali ni takde lagi adegan menangis nak cincin masa acara sarung cincin lepas akad nikah. Hehehe.. hai anak dara ku, tahun lepas dia buat perangai kat masjid masa anak buah nikah. Masa pengantin nak sarung cincin, damia menangis2 nakkan cincin jugak! Oh ayah.. sila la standby cincin belah rotan untuk anak dara. I nak yang emas 916 ok.. tak main la tipu2 punye walau pun itu untuk anak dara kecik. Ngeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee....
November..
Musim cuti sekolah
Musim Tengkujuh
Musim Mengawan :p
It's NOVEMBER RAINS babyyyyy!!!!

Polar kutub utara

Pagi tadi on the way nak ke opis, turn on radio. 1st time dengar lagu kanda dinda ni. Besttt.. patut lah dalam sokkabar pon org dok sebok kata lagu ni best. Aku je yang tertinggal ketapi. Hehehhe.... memang layan la.




Oh Kekanda
Jangan iri hati, Dinda naik pangkat lagi
Oh Adinda
Kanda mana dengki,
malah Kanda support bini

Jadi Dinda mahu mengambil masa
Tapi Kanda mahu segera
Dinda ingin berjaya dalam kerjaya
Tapi Kanda mahu cahaya mata

Dinda belum bersedia
Kanda dah beria ria
Jadi yang mana satu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka

Oh Adinda,
tolong jangan lekas curiga, lekas cemburu buta
Oh Kekanda,
Dinda perlu berhati-hati, tak rela dikongsi

Kanda kerja overtime, terlebih masa
Itu yang Dinda harus berwaspada
Ini semua demi masa depan keluarga
Dengan Dinda atau sebaliknya

Kanda kerja malam
Dinda kerja siang
Jadi bila nak bertemu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka

Oh adiwira, dewataku, mari ikut cara Dinda
Oh Tun Teja, intan permata, mari ikut cara Kanda
Oh bagaimana? Bagaimana kita nak selesaikannya?
Apa keputusannya?

Oh Kekanda mari nyawa, kita cuba komunikasi
Oh Adinda mari sayang, kita cuba toleransi

Walau kita janji sehidup semati, kita berlainan
Kanda polar kutub utara
Dinda kutub selatan
Komunikasi, sikap toleransi, itu yang kita perlu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka

Walau kita sering dengan cara masing-masing
Kanda yang Perdana
Dinda yang Utama
Kanda segalanya
Dindalah nyawa
Kita tetap bahagia bila bersama sama
Bahagia bersama
Bersama selamanya
Bahagia selama-lamanya


Ada lagi satu lagu yang aku suka. SINARfm suka on kan lagu tu. Tapi tajuk tatau.... Penyanyi pun tatau.. tapi suara ada ala2 Ali Mamak je.. hehehe...

Thursday, November 18, 2010

Aidiladha 2010

Ini raya pertama dalam hidup aku, memasak hidangan raya untuk suami & anak2. Seronoknyeee... Tahun2 dulu, duduk dengan emak. Kalau nak masak rendang pun, kejap2 aku tanya mak.. Tapi kali ni everything dalam kepala sendiri. Kalau salah masuk bahan pun, sendiri la rasa..

Sehari sebelum raya, beli barang2 nak di masak. Tak plan pun. Masa kuar nak gi keje pagi tu, ternampak gerai org jual daging. Stop kejap, beli paru + limpa + hati.. pastu nampak ayam pulak. Beli pulak ayam tua, sekor. Pastu beli bahan-bahan macam serai, halia, kunyit etc.







Malam tu baru aku start memasak lepas semua bahan2 siap. Paru hati limpa tu aku rebus dulu siap2. senang nak potong. Bila mengenangkan yang nak makan cuma 4 mulut, so ayam tu aku masuk freezer dulu lah. Paru limpa hati pun dah banyak sgt.. Pagi raya pulak aku masak kuah lontong dengan sambal ikan bilis. Nak buat kuah kacang, tak de bahan. So belasahlah sambal ikan bilis, buat lawan kuah lontong tu.




Juadah raya kami : nasi impit, rendang paru hati limpa, kuah lontong, sambal ikan bilis, & choc moist cake (yg ni beli kat opis-mate). Not bad la kan... Takde gambar tgh makan sebab baju semua orang pakai baju duduk rumah je. Sebab nak pegi surau tengok orang korbankan lembu. Aku bawak anak2 je la... tapi suami nak tolong2 melapah.





Comel kan? Bakal Hajjah Damia *insyaallah*




Mula2 hantar ayah dulu ke surau. Pastu antar anak buah ke komuter. Then patah balik surau, bawak Mia & adik tgk lembu. Drpada ramai org ppuan yang tengok, sampai la aku rasa aku sorang je perempuan kat situ selain damia. Sabooo je la. Demi anak, tahan je la kebas kaki.



Banyak gak lembu yang dikorban kat surau ni. 8 ekor semuanya. Ramai yang menolong. Tengahari dah setel semuanya. Ayah yang menolong orang ni dapat la sikit bahagian. Kira pada aku banyak jugak la kalau takat nk makan 1 family kecik ni.





Seronok bawak anak2 tengok ibadat korban ni. Macam2 soalan tak terjangkau dek akal di tanya. Contohnye:

nape kena potong lembu tu?
nape kena potong kaki tu?
ehhhh tu telor lembu kan yang panjang2 bulat2 tu?
nape nak potong kecik.. nape tak masak terus?

Haaa sila jawab!

Sebab lembu tu besar
Sebab nak masak kaki tu
eh bukan, itu perut lembu *berpintal2 mcm usus itu adalah perut*
Kena potong kecik, nak masak tak muat kuali la kalau nak masuk sekor2 tu..

Hahahha.. last skali jwpn/soalan : muat lahhh! kuali kan besar *cuba bayangkan seekor lembu digulai dalam kuali* gedebuk camtu.. sape nk makannnn?????? :p





Budak yang excited tapi takut







Adik je yang berani pegi dekat2. Siap nak tolong lagi...




Ayah start nak melapah





Ni aktiviti kat rumah sementara tunggu ayah balik dr surau. Nampak mcm adik lagi besar kan?


Nak tau apa yang spesel, yang di bawa pulang oleh ayah??
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
tak reti la buat dot dot ni panjang2.. lenguh!
.
.





OTAK LEMBU!
Yang kiri dah siap 'siang', yang kanan n atas kecik tu belum lagi. Ni saje nak bagi contoh beza yang dah 'siang' dengan yang belum. Ini jugak 1st time dalam hidup aku buat sendiri benda ni. Selalunye emak yang buat, aku tengok je kejap2. Letihhh weiiiihh nak mengerjakan benda ni. Nak masak otak ni, kena buang dulu urat2 darah tu. Kalau tak kena gaya, hancur la benda ni sbb lembek gile..
Kebetulan, masa gi beli paru tu aku tanya jugak kat org jual tu kot2 ada OTAK. tapi nan ado la kan... pastu masa tgk orang melapah, hati ni nakkkk je cakap kat ayah - kalau bole amik la otak bawak balik. Tapi bila pikir balik ini kan lembu orang, sape aku nak demand2. So senyap dalam hati je la. Bila ayah balik aku tengok ada otak. Happy tak terkata! Dah siap bilas2.. simpan dulu dalam freezer. Sabtu ni nak masak lemak cili api. Perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh meleleh da air liur ni!




Petang tu, lepas ayah berehat2 baru kami bersiap nak ke rumah emak. Baju adik tu baju raya Aidilfitri. Memandangkan masa tu sekeping gambar pun tadek, so kali ni aku pakaikan jugak. Mia punye adalah baju baru tapi da lama tempah. Hehhe.. Comel kan 2 beradik ni.




Masa kat rumah emak, damia & khalish tengok opah macam pelik je.. Masing2 takut nak dekat. Nak amik gambar ni pun damia takut. So aku pun kena la join skali. Tapi adik memang tanak bergambar sama. Tu opah tengah panggil adik la tu.. dia jenguk kat pintu je.





Masa ni kat rumah abang yang sulung, sebelah rumah mak je.
Masa nak balik malam tu, singgah speedmart beli susu. Pastu aku nak singgah sini, nak tapau.




Ingatkan nak tapau air je, minum dalam kete sebab da kul 10mlm. Tapi damia sibuk nak makan situ. Apa lagi feveret dia kalau bukan half boiled egg. Aku...?? Macam biasa la...



Hazelnut White Coffee pujaan hati ;)


Tuesday, November 16, 2010

Barang baru baikkkkk punye!!

Saje test kenalan yang baru. Ni terpengaruh dengan sesuatu yang menarik kat blog Lady of Leisure la ni. :D



Suke sebab cuma guna mode AUTO je.. terus dia set samada ko nak amik potrait ke.. nak amik macro ke.. tak yah nak ejas2 pusing sana tekan sini dah.



Yang penting, benda ni kecik je.. tak lah bulky. Nak bawak masuk henbeg pon boleh.


Set je mode auto pastu focus je kat apa2 yang ko nak jadikan subject gambar ko. Macam benda ni, dia terus set jadi Macro. So ada la nampak ala-ala benda yang mahal tu... heheh



Ingat benda mahal je bole buat 'fish-eye' ke?? Yang ni pun bole maaaa....
Tapi mcam buruk pulak ek. Ni aku yang tak reti sbnrnye. :p
Nak tau ape dia?
.
.
.
.
.
Nak kenal ke dengan dia?
.
.
.
.
.
.
.
Tak yah la ekk... Malu ahh!
.
.
.
Apa? Nak kenal jugak....?
.
.
.
.
. Ni haaa dia.. penyegan orang nye...
.
.
.


CANON POWERSHOT PRO S95
Retail price : Rm 1549.00
Ko nak tengok specs ke ape ke.. sila la ke web SINI
Ni antara latest product from Canon.
Sape punye....?
Ngeheheheheheeeee......
Selamat Hari Raya Qurban ;)